BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 11 March 2019

Sokongan terbuka Lisbian,2 NGO Lapor Polis Penganjor 'Women's March.












KUALA LUMPUR: 11 mach,dua pertubuhan bukan
kerajaan (NG0) hari ini membuat laporan polis terhadap
penganjur perarakan 'Women's  March sempena hari
wanita sedunia yang menyatakan sokongan secara terbuka
terhadap gulongan Lesbian,Gay,Berseksual dan Trans-
gender (LGBT) kelmarin.

Laporan Polis tersebut di buat kira-kira pukul 2 petang
oleh jalinan Muhibbah Malaysia (NJMM) dan Ikatan
Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) di Ibu Pejabat
Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Presiden NJMM, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata,per-
buatan penganjuran perarakan itu melanggar ajaran agama
Islam di negara ini.

"Mereka mengambil kesempatan menggunakan hari wanita
sedunia itu sebagai platform untuk memperjuangkan gulungan
LGBT  dengan melaongkan'hidup LGBT' serta mengibarkan
bendera Pelangi.

"Mereka ini  sebenarnya telah memperdaya kan pihak polis
apabila konon nya mahu memperjuangkan  hak-hak wanita,tapi
dalam masa yg sama  mereka  selitkan agenda jahat,perjuangan
gulongan LGBT"  katanya di sini hari ini.

Sementara itu,Pengerusi IRIMM,Amir Amsaa Alla Pitchag,
berkata,pihak berkenaan perlu mengambil tindakan tegas terha-
dap gulungan ini.

"Kami gesa Polis Di Raja Malaysia dan Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia mengambil tindakan tegas terhadap penganjur
serta mereka menyertai tersebut".

"Mereka sudah mencemarkan agama Islam sebagai agama
Persekutuan negara ini apabila menuntut hak yg tidak wujud
sama sekali untuk gulongan yang mereka sokong itu"',ujarnya.

Dalam perarakan  'Women's March kelmarin penyokong
Lisbian,Gay,Berseksual dan Transgender (LGBT) di rakam
mengambil kesempatan melaongkan slogan seperti hidup
LGBT dan mengebarkan bendera pelangi yg menandakan
sokongan terhadap gulongan itu.

Tindakan itu mengundang rasa marah dlm kalangan masya-
rakat kerana di dakwa semakin melampau dan mencabar
undang-undang serta kesabaran umat islam kerana menyo-
kong pergerakan LGBT...
***sumber: utusan online...

0 comments: