BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 12 March 2019

Ustaz Taliban telah pergi buat selamanya...

Kuala Lumpur
12 Mach. 2019
PAS kehilangan
seorang lagi pe-
mimpinnya apa-
bila Ketua Pene-
rangan Ulamak
PAS  negeri Perak Ustaz Norazli Musa menghem-
buskan nafas terakhir di Madinah Al Munawwarah
jam 12.30 pagi waktu tempatan di sana.

Almarhum ketanah suci bagi menunaikan Umrah
serta menghadiri majlis Konvokisyen anaknya,Ustaz
Ahmad Syakir Norazli di Universiti Madinah,dimana
berangkat dari  Malaysia sejak 2 mach lalu.

Almarhum juga merupakan Yang Di Pertua PAS Ka-
wasan Ipoh Barat,Presiden Persatuan Pendukung dan
Pencinta Ulamak,atau lebih di kenal Geng Ustaz,juga
Timbalan Pengarah Pusat Bantuan dan Kemanusiaan
PAS (PAS Relief).

Sepanjang hayatnya,Almarhum juga pernah menerajui
Persatuan Bola Sepak Perak selaku Pengurus Pasukan
serta Ketua Pemuda PAS Perak selain aktif menyampai
kan ceramah agama di seloroh negara serta bantuan ke-
manusiaan di serata ceruk dunia.

Almarhum yg amat mashur dengan panggilan "Ustaz
Taliban" itu sememangnya di kenali sahabat,kenalan
serta orang ramai sebagai seorang amat peramah,ceria
dan sering memberi peringatan biar pun berwajah serius
dan bersuara garau.

Di maklumkan,sempena pemergian Almarhum dan sebagai
menyenpurnakan jenazahnya yg akan di kebumikan di bumi
Rasullullah saw,Geng Ustaz  akan mengadakan solat jenazah
ghaib di Kompleks Tibbun Nabawi Shah Alam selepas
maghrib hari ini.

-Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh nya...Aamin.
-Takziah kepada keluarga dan bersabar atas pemergian Ust.










0 comments: