BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 22 September 2019

JUAL ASET KHAZANAH,MACAM JUAL KAIN BAJU KITA..












-----------------------------------------------------
Apabila kerajaan sudah mula menjual asetnya untuk
membayar hutang ia akan memberi gambaran,bahawa
negara dalam keadaan terdesak,maka harga yg di ta-
warkan pembeli di bimbangi akan jatuh,kata bekas
Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, keadaan itu seperti kerajaan sudah mula sam-
pai ketahap menjual kain bajunya.

"Kalau jual aset kerana nak bayar hutang,atau kerana
hendak biayai perbelanjaan operasi yang kita dah buat,
"Ini satu keadaan yg tidak akan menambah harta negara,
bermakna kita sudah mula menjual kain baju kita",kata
nya ketika menjawab satu soalan pada majlis Forum
Cabaran Dasar Ekonomi Baru di PWTC Kuala
Lumpur hari ini.

Terdahulu,Khalid yg juga panelis Forom anjuran Putri
Umno Malaysia itu di minta mengulas mengenai tindakan
kerajaan menjual aset Khazanah yang di bidas oleh pe-
mimpin pembangkang termasuk bekas Perdana Menteri
Najib Razak sebagai merugikan negara.

"Apa yg penting,saya takut adalah apabila orang tahu
Syarikat hendak bankrap,harganya akan jatuh,itu sebab
kita kena berjaga-jaga dalam buat urusniaga.
Kita tak boleh tunjukan kita ghairah sangat hendak jual
harta benda,sebabnya kita tidak cukup duit,maknanya
orang sudah tahu,kalau orang nak beli sejuta,dia akan
tawar hingga RM.500,000",jelasnya.

Menurutnya,tindakan kerajaan menjual aset negara me-
rugikan Malaysia dalam dua perkara,"Kita boleh dua
benda,harta itu sudah tidak ada lagi,dan hutang pula kita
terpaksa cari duit lain untuk tambah lagi.

"Ini,kerajaan tidak ada duit,tapi hendak buat pemba-
ngunan,dan bagaimana caranya hendak jaga harta supaya
jangan di jual pada harga yg tidak sesuai,"katanya lagi

Pada majlis itu turut menjadi pinalis ialah Menteri Besar
Terengganu Dr.Ahmad Sasuri Mokhtar dan bekas Menteri
Kewangan Abdul Johari Ghani.

Untuk rekod,Najib mengkeritik langkah kerajaan berhubung
pelupusan aset oleh Khazanah baru-baru ini termasuk menjual
Pusat Perubatan PRINCE COURT  di ibu negara.

Khazanah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak
RM.6.3 billion pada 2018 yang kebanyakan nya di sebabkan
Kos melibatkan  Malaysia  Airlines bhd.(MAS).

Pada awal tahun ini,Lembaga Khazanah telah memberi mandat
baru kepada syarikat penerbangan negara itu untuk menyusun
semula dan memperolih  lebih banyak tunai kepada kerajaan
dengan melupuskan aset bukan strategik.


0 comments: