BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 12 October 2019

PH Gali Lubang Lebih Besar Untuk Tutup Lubang Kecil...














----------------------------------------------------
BANGI,13 Safar 1441H,Sabtu,Kerajaan Pakatan
Harapan (PH) sedang membuat lubang yang lebih
besar bagi menutup lubang kecil,sindir Timnalam Pri-
siden Umno,Datuk Seri Mohamad  Hasan.

Beliau berkata demikian memerli Menteri Kewangan
Lim Guan Eng yang kerap kali menyebut PH berha-
dapan dengan beban hutang kerajaan lalu,namun pada
masa sama,pemimpin DAP itu juga membuat hutang
yang akan membebankan genarasi akan datang.

"Ini mengingatkan saya kepada lagu lama "Gali Lubang,
Tutup Lubang oleh Salleh Yakob,yg menceritakan kisah
orang berhutang,meminjam pula pada orang lain,untuk
membayar hutang sebelum nya,"katanya.

Mohamad berkata,jika hutang yang di pinjam tidak di-
uruskan dengan cara betul,rakyat khuatir akan memasuki
lubang yang lebih besar seperti yang di gali oleh kerajaan
PH.

"Berita Harian Online memetik lapuran tinjzauan Fiskal
dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020,bahawa
Kerajaan Persekutuan di jangka membuat pinjaman
kasar pada tahun ini,sebanyak RM.135.2 bilion atau 8.9
peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar KDNK.

"Daripada jumlah itu,sebanyak RM.83,3 bilion di gunakan
untuk membayar semula hutang sedia ada,menakala baki
nya untuk pembiayaan DIFISIT sebanyak RM.51.8 bilion.

"Dengan kata lain,kerajaan bayar hutang sebanyak RM.
83.3 bilion,tetapi dalam masa yg sama,berhutang semula
RM.135.2 bilion.Jadi bagaimana kerajaan PH boleh me-
ngurangkan hutang negara ? soalnya.

Mengulas lanjut,Mohamad yg lebih di kenali panggilan
Tok Mat berkata,pihaknya menyokong pemberian insentif
dan bantuan kepada rakyat daripada gulungan B40.

Katanya,beliau juga mengalu-alukan insentif yg mengga-
lakan pengajian  rakyat tempatan seperti yg di rancang
dalam Belanjawan 2020.

Bagaimana pun beliau mengingatkan cabaran terbesar dlm
penyediaan Bajet bukanlah melalui pembentangan,tetapi
perlaksanaan nya pada masa hadapan.

"Harapan kita ialah supaya Bajet ini (Belanjawan 2020)
tidak membelenggu pencapaian Bajet tahun lalu,yang
jelas tersasar dari matlamat",katanya.


0 comments: