BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 29 August 2020

BOLEH BERTAHANKAH KUASA MELAYU ISLAM???..


 









------------------------------------------------------------------------------------------------

Kita semua tahu,pada mei 2018,dengan tumbangnya Umno/Bn dalam PRU 14

lalu,maka berakhirlah kuasa politik melayu/islam,kuasa politik negara di terajui

oleh Pakatan Harapan [PH] ia itu PKR-DAP-AMANAH-BERSATU di mana

Pakatan Harapan di dominasi oleh DAP.


Tiada sapa sangka,60 tahun lebih,Perikatan yg terdiri dari Umno-Mca-Mic dan

kini Barisan Nasional BN boleh kalah teruk dlm Pru 14 lalu.


Selama 22 bulan,org-org melayu islam di perkotak-katik dan penghinaan pada

melayu islam,hak istemewa org melayu,Raja-Raja Melayu,rizab melayu,bahasa

melayu dll di ungkit semula oleh mereka,sedangkan tok nenek mereka telah ber-

setuju menerima kontrak sosial ini semasa menuntut kemerdekaan negara.


Hari nie,takdir Allah,kuasa politik melayu islam nie telah di kembalikan pada

melayu islam,oleh kerana percakaran dalam PH berebut jawatan,hingga mem-

bawa perletakan jawatan Dr.Mahathir Mohamad sebagai PM ke-7.


Bermula 31 mach 2020 bermula lah era baru dengan tertubuh nya kerajaan

baru Perikatan Nasional [PN] gabungan Umno-Bn-Pas-Bersatu-GPS dll,di-

pimpin oleh Ts.Muhyiddin Yassin Preseden Bersatu,orang melayu islam dan

rakyat cukup lega, dengan kerajaan PN,yg setakat ini begitu perihatin pada

rakyat,terutama dalam mengekang penolaran Cobet 19.


Tetapi hari nie,terutama melayu islam,dok tertanya-tanya,apakah kuasa po-

litik melayu nie dapat di pertahankan?,sebab nya mutahir nie banyak sangat

serang menyerang antara parti gabungan nie,seolah-olah virus penyakit PH

telah beralih arah kepada MN-PN pula,serang menyerang antara parti gabu-

ngan ini,memberi bola tanggong pada musuh,belum pun setahun jagong

memerentah dah buat hal.


Aku tak berpelajaran tinggi,tapi cukup tua dlm politik,kerana aku berpo-

litik masa Tengku Abdul Rahman Putra lagi,aku nak nasihatkan sedikit

kalu nak dengan lee,ahli YB,TnSri,Datok Datin,Pak-pak menteri,bawa lee

bertenang,jangar ego,jangan tamak haloba,bawa muafakat,runding baik

baik jangan gelojoh dalam pembahagian kursi nie,usah kisah sangat siapa

akan jadi PM ke-9,menteripmenteri kabinet,asalkan orang gabungan kita


Ingat tuu,sekiranya sekali lagi kuasa politik melayu islam jatuh,maka

untuk bangkit kali ke tiga susahlah..Ingat..Bulah Air Kerana Pembetong,

Kuatnya politik Melayu Islam,kerana Muafakat.

Thursday 20 August 2020

PEJUANG AKAN PECAH,RUGIKAN KUASA POLITIK MELAYU...

 








------------------------------------------------------------------------------

Kuala Lumpur:Penubuhan Pejuang sebagai satu lagi parti politik

baharu tanah air oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr,Mahathir

Mohamad,hakikatnya bertentangan dengan ucapan yang pernah

di ucapkan beliau sebelum ini.


Menteri Besar Kedah,Muhammad Sanusi Md Nor berkata,lagi

banyak parti di tubuhkan berkaitan dengan orang melayu,maka lebih

besar perpecahan dalam kalangan kaum tersebut yang perkara itu

patut di ingati semula oleh Tun Mahathir.


"Tak tahu lah,dia lupa ke dak,saya tah tahu lah ini akan memecahkan

kuasa politik orang melayu,menjadi lebih kecil dan lebih mudah di

tewaskan.Rugi lah orang melayu," ujar beliau yang juga pengarah pili-

hanraya Pas Pusat.


Beliau mengulas perkara itu setelah di ajukan wartawan mengenainya

pada sidang media mingguan selepas mempengerusikan mesyuarat

majlis mesyuarat kerajaan negeri Kedah di Wisma Darul Aman Alor

Setar sebentar tadi.


Sebaliknya,tegas Senusi, asas  kepada penyatuan org-org melayu  ialah

Perpaduan Ummah tanpa mengira di atas nama Muafakat Nasional mahu

pun Perikatan Nasional di mana mereka yang mahu bersatu padu mesti

di terima koalisi itu atas sebarang nama.


"Perpaduan Ummah,nombor satu,then baru,kita tengok apa kepentingan

polotik yang ada di dalam itu," ujarnya yang juga Timbalan Pesuruhjaya

Pas Kedah.


Beliau turut menyangkal bahawa Pas pernah mencadangkan supaya Ber-

satu di bubarkan,sebaliknya menegaskan bahawa Presiden Pas telah mem-

buat kenyataan menyambut baik kedatangan Bersatu dalam Muafakat

Nasional.

 

"Apa-apa coalition yang menguntungkan orang melayu dan meningkat

kan perpaduan ummah,Pas bergerak kearah itu.Dan sebarang langkah-

langkah yang menggugat Perpaduan Ummah kita akan bersedia meng-

hadapinya",jelas beliau.






Sunday 16 August 2020

         








                                        "ATOK   NAK TUBUH   PARTI   BARU    YA   ?











Syabas...Tahniah Atok kerana berjaya menubuhkan sebuah
lagi parti politik di tanah air kita Malaysia nie.

Pada aku,penubuhan parti baru atok,yang di beri apa nama,
Parti Pejuang Tanah Air [PEJUANG]  sudah tentu akan menam-
bah lagi jumlah parti-parti politik yang berteraskan Melayu Islam.

Kalu tak silap aku,Atok pernah berkata,terlalu banyak parti yang
berasaskan Melayu Islam,menyebabkan orang Melayu berpecah
dan kalah di dalam pilihanraya.

Parti Atok ia itu "PEJUANG" terpaksa bersaing hebat dengan parti-
parti Melayu lain,seperti PPBM-UMNO-PAS-AMANAH-PUTRA
dll,ini akan memeningkan orang Melayu Islam sendiri,parti mana
yang hendak di pilih [undi] apa jadi kepada melayu,dahlee orang 
Melayu digunakan bangsa lain untuk bergaduh sama sendiri,yang
untung nya bangsa lain.

Apa nak jadi negara ku ini,orang melayu asik ketagih tubuh parti,
bangsa lain bersatu,Ahli Parlemen/Adun Melayu [bukan semua]
lompat parti hingga boleh menjatuhkan sebuah kerajaan yg di pilih,
mereka nie melompat macam kera mencari buah ranum untuk isi
perut jadi katak lompat,walau pun kita tahu katak lompat nie ber-
laku pada musim hijan aje,tapi leenie tak kira musim dah,lompat
tetap lompat tiada pendirian.

Dedulu kita dok hina Tok Him [Ibrahim Ali] raja katak,leenie takhta
raja katak dah bertukar tangan dah.

Sedar lee,orang melayu,apa jadi kepada kuasa politik melayu,islam
raja-raja melayu,hak istimewa org melayu,selama 22 bulan kuasa po-
litik melayu hilang,melayu islam di perkotak-katik oleh bangsa lain.

Alhamdulillah,dengan pertolongan Allah,pada 1 mach.2020 kuasa
politik melayu di kembalikan di sebabkan PM.ke-7,[Atok] letak
jawatan,dengan kerjasama, Bersatu-Umno Bn-Pas-GPS dan  parti
parti lain tertubuh lah kerajaan Perikatan Nasional [PN] di pimpin
oleh YAB.TS.Muhyiddin Yassin sebagai PM.8. Sepatut nya orang-
orang Melayu mempertahankn Kerajaan PN nie,kerana nampak nya
kerajaan ini cukup perihatin pada rakyat.

Bagi meraikan domokrasi aku pun nak tubuh parti baru gak....

Semalam,fikir bunya fikir bersama kengkawan,kami bersetuju tubuh
parti bari,namaanyaa "Parti Pemecah Belah"[PPB] siap dengan j/kuasa
penajanya: ia itu aku sebagai Presesin.Kengkawan.anak-anak aku.bini
aku sebagai jawatankuasa.

Leenie kami tengah dok tuleh [draf] undang-undang,siap kelak hantar
kat ROS daftar,harap Ros dapat lulus dan Kem.Dlm Negeri tengok-te-
ngok lee sikit,

Pada awalnya parti baru PPB nie nak cuba "Tes Market" di PRK Slim
tapi tak dan,takpe,kami nak masuk PRU 15 nie,
Kaku menang aku nak calon diri aku jadi PM-9,ganti YAB.TS.Muhyi
ddin Yassim [abah], abah tentu setuju....

Gitu lee hebatnya orang melayu,ketagih tubuh parti politik...Aku takut
macam cerita dongeng "PAK KADOK"  "Menang Sorak,Negara Tergadai"

huhuhu......