BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 24 July 2016

AWAS FBI DAN PEGUAM NEGARA AS!..



















=============================================

Jendela dunia bagi saya adalah CNN,BBC,ALJAZEERA dan
CCTV, masing-masing bertapak di AS,UK,QATAR dan CHINA.
Pada hampir jam 6.30 pagi JUMAAT 22 July 2016,dua hari lalu,
CNN memberitahu AS$1 BILION telah di rampas oleh kerajaan
AS daripada pemilikan 1MDB di AS,sedangkan BBC pula lan-
tang menatakan sebanyak AS$ 177 Juta di rampas oleh pihak
berkuasa Singapura,ekoran penyiasatan salah laku kewangan
dalam IMDB di Singapura.

Pada 21 july sebelum nya,media sosial bertemasa dengan sia-
ran TV terhadap persidangan akhbar berkenaan salah laku kewa-
ngan dalam IMDB oleh pihak-pihak tertentu yg di berikan  oleh
Loretta Lynch Peguam Negara AS, di Jabatan Keadilan AS
Washington DC. Bersama beliau ialah seorang pegawai kanan
perkhidmatan hasil dalam negeri AS [IRS],Timbalan Pengarah
FBI,Penolong Peguam Negara AS dan seorang Pegawai Tinggi
di pejabat Peguam Negara,California..Apabila semuanya ber-
kumpul ,maka ia menerbitkan satu gambaran yang bizarre,atau
amat luar biasa.

Sesuai dengan tujuan berita CNN,Kerajaan AS,Belion-belion
di curi daripada rakyat Malaysia.Lynch memerikan,bagaimana
wang bagitu banyak bergerak dari Kuala Lumpur ke Timor
Tengah,Switzerland,British Virgin Island dan tempat-tempat
tertentu sebelum memasuki sistem kewangan AS, nama penuh
Riza Aziz,anak tiri Perdana Menteri DS.Najib dan Jho Low di
namakan sebagai pihak-pihak terbabit secara langsung dan tidak
langsung.

Di sebutkan wang yang tiba di AS di gunakan untuk membuat
filem The Wolf of  Wall Street,yang mendapat kutipan kira-kira
AS$.55O JUTA di seloroh dunia,membeli Apratmen mahal-
mewah di kota NEW YORK DAN LONDON,Sebuah mension
[Sedang di dirikan di LOS ANGELES], karia seni lukis Menet
yg mahal di katakan juga pembayaran hutang PERJUDIAN DI-
LAS VEGAS.

Secara pasti Lynch dan mereka yang bersama beliau itu menama
kan "Pegawai Malaysia 1,Pegawai Malaysia 2,Pegawai Malaysia
3,dan seterusnya yang dikatakan terlibat dalam salah laku kewa-
ngan IMDB di Kuala Lumpur,di AS. memberikan nama samaran
untuk maksud orang yg sudah di kenal pasti sebelum tuduhan
rasmi di buat adalah amalan biasa.Tujuan nya ialah untuk memas-
tikan tumpuan kepada kes yg di kendalikan tidak berpindah kepa-
da orang yang akan di tuduh,ini adalah proses kematangan tindakan
undang-undang dari negara demokrasi terulung di dunia.

Paling rapat pemerian siapa Pegawai Malaysia itu,ialah fasa ini
dalam laporan rasmi AS,di sisi Peguam Negara AS itu; Beliau
adalah seorang yang berkuasa keatas IMDB,2,Beliau adalah ber-
saudara[relative] dengan Riza Aziz.

Rakyat Malaysia tentu kagum dengan kenyataan yg di keluarkan
oleh setiausaha akhbar Perdana Menteri Malaysia bahawa,"Kita
akan memberikan kerjasama",kepada mana-mana pihak yg ber-
tauliah dalam perkara IMDB yang di rujukkan oleh Peguam
Negara AS Lynch itu.

Bagaimana pun,apabila AS dan Singapura masing-masing sudah
di umumkan bertindak merampas wang begitu banyak,ia dengan
sendirinya berupa satu pengakuan,bahawa segala maklumat yang
releven sudah di dapati dan berdasar maklumat itu,keputusan telah
di capai AS dan Singapura dengan itu bagaikan berkata,semua
maklumat releven sudah kami dapati,kerjasama seterusnya di har-
gai.

Perlu di tegaskan Peguam Negara AS ialah Pegawai Tertinggi pe-
nguatkuasa undang-undang AS,di samping bertindak sebagai Pegu-
wam Nombor 1 AS,Perlantikan beliau di buat melalui  proses pen-
calonon oleh Preseden AS dan Senet.

Bila AS melalui Peguam Negara,FBI,dan IRS [Badan Kutipan
Hasil Negara] bertindak,tiada siapa yg boleh bersikap enting,bila
tak ada,tidak ada,bila ada macam tsunami.Negara lain boleh  di-
serang,ketua negara lain,seperti Preseden Panama Manuel Noriega,
boleh di tangkap dan di penjara seumur hidup atas gara-gara wang
kotor di AS.Penyangak wang dan peniaga karut AS seperti Marc
Rich di buru,lari ke luar negeri hingga mati,bekas Preseden Chile
Augusto Pinochet di tangkap di London pada tahun 1998 kerana
salah laku hak asasi manusia,dan mati lima tahun kemudian,
kesemua mereka rakan AS pada satu masa dulu,mereka menjadi
musuh AS dan di tangkap apabila keadaan memaksa.
*Tan Sri Adam A.Kadir mantan Preseden Senat dan ahli Kabinet
-sinarharian-

0 comments: