BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 12 July 2016

UMNO BELURAN PULA BAKAL MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL.

Lepas satu satu, Terkini UMNO Beluran pula bakal ucap
Selamat Tinggal.

Keputusan ahli UMNO Sabah beramai-ramai meninggal
kan parti itu ekoran pengumuman bekas Naib Preseden
UMNO Datuk Seri Moha Shafie Apdal,yang juga   Ahli
Parlemen Semporna minggu lalu bertindak keluar parti.

Menurut sumber,tindakan ahli UMNO di Beluran  yang
merupakan salah satu daripada 25 bahagian keseluruhan
nya di Sabah di jangka di muktamad kan selewat-lewat
nya minggu depan.

Di fahamkan,keputusan tersebut turut di dorong rasa
tidak puas hati pemimpin tempatan di Beluran terhadap
penguasaan individu dari Kalabakan  dalam Projek Mem-
bina Jalan Raya yang di katakan bernilai RM.30 Juta.

Mengulas gelombang pengistiharan keluar ahli  UMNO
Sabah itu,Pengerusi Amanah Sabah Hamah  Abdullah
berkata,finomena tersebut mengulangi sejarah kejatuhan
Parti Berjaya yang tumbang di tangan Parti Bersatu Sabah
[PBS] pada tahun 1985.

Ini adalah permulaan kepada mitos yang Sabah kononnya
adalah diposit tetap kepada UMNO-BN Fixwd diposit,
kini sudah bertukar menjadi "fake diposit"atau  di posit
yang sudah tamat tempuhnya,tegas beliau ketika di hubungi
Malaysia Dateline hari ini.

Beliau memberi tahu melalui maklumat daripada  beberapa
pemimpin UMNO tempatan,teori domino yang   bakal me-
nyaksikan satu demi satu Bahagian UMNO Sabah  keluar
parti bukan satu perkara mustahil.

Dengan perkembangan berkqaitan,Pengurusi Gerakan Akar
Umbi UMNO Malaysia [GAUM] ulkarnain Mahdar memak-
lumkan terdapat 25 bahagian UMNO di Sabah dengan 5,676
Cawangan dan 546,879 anggota wseluruh negeri itu.

Untuk rekod,Shafie Apdal yang juga ahli Parlemen Semporna
adalah Pengasas UMNO Sabah - Beliau sebelum ini di gantung
keahlian nya oleh lembaga displin dan Majlis Tertinggi Parti
[MT] UMNO,tanpa di panggil terlebih dahulu untuk  memberi
keterangan.
Sumber Malaysiadateline.

0 comments: