BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 29 July 2016

JANGAN JACK TINGGI SANGAT,NANTI TERBALIK KERETA..



















=============================================
NAIB PRESEDEN PAS, Idris Ahmad hari ini menesihat Naib
Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun supaya tidak ter-
lalu mengampu sehingga membawa rebah.

Beliau merujuk laporan polis Khairul yang mendakwa Konspi-
rasi peringkat tinggi untuk menggulingkan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan.

"Kalaupun hendak mengangpu,jangan terlajak sangat,"
Kalau hendak jack tayar kereta,jangan jack tinggi sangat,nanti
terbalik kereta,"katanya dalam satu kenyataan.

Dalam laporan nya,Khairul menamakan,bekas Gobenor Bank
Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz,ketua Pesuruhjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia [SPRM] Tan Sri Abu Kassim Mohamed  dan
bekas Peguam Negara Tan Seri Abdul Gani Patail.

Beliau menuduh ketiga-tiga mereka memberi maklumat sulit
kepada agensi asing dan Amerika Syarikat,termasuk BIRO Sia-
satan Persekutuan [FBI].

Khairul juga mendakwa,bahawa beberapa doukemen yang di-
kemukan adalah palsu dan maklumat berkenaan di putarbelitkan
untuk mencapai agenda mereka.

Bagaimana pun,Idris berkata,dakwaan yang di buat itu menjadi
kan negara sebagai bahan lawak antarabangsa.

"Kenapa perlu jolok SARANG TEBUAN ?"
"Mereka Pegawai Kerajaan,apabila berhenti daripada berkhidmat,
hendak bermain dengan anak cucu sahaja,tidak mahu berserabut
dengan masaalah lain.Tiba-tiba tuduhan terhadap mereka di buat,
Walau pun mereka berhenti dengan penuh misteri dan menjadi
tandatanya di kalangan rakyat,"katanya.

0 comments: