BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 25 October 2016

Dah Cabar 3 Kali Nak suruh Kita Balik,Silap Hari UMNO Yang Tidak Kekal,Kata Mukhriz.tt

















============================================
Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan kekal
sebagai sebuah parti pembangkang di negara ini dan tidak
sekali-kali ahlinya dan pemimpin nya kembali kepangkuan
UMNO.

Naib Preseden nya Datuk Seri Mukhris Mahathir bercerita
bagaimana beliau sendiri dan rakan-rakan yang tidak sehaluan
UMNO pernah di cabar oleh pemimpin UMNO.

Sewaktu saya jadi Menteri Besar saya di cabar seorang Adun
untuk mengatakan pendirian sama ada saya sokong atau tidak
sokong PM dan Priseden UMNO.

"Bila sudah di cabar,saya jenis tak suka di cabar,saya kata
padanya saya tidak sokong PM. Kalau tidak sokong di cabar
nya kita keluar dari UMNO,tetapi kita bertahan dalam parti
akhirnya dia keluarkan kita daripada UMNO.

"Ada satu lagi cabaran,kalau dah keluar tidak lagi bersama
UMNO,kalau berani bukalah parti baru...dah tiga kali di cabar
kita pun rasa tercabar...dan sekarang kita dah ada PPBM,"
ujarnya ketika berucap pada siri Bicara Rakyat parti itu yang
di adakan di Dataran Hamas Kompleks PAS Jasin Melaka
malam tadi.

Bekas Menteri Besar Kedah ini juga menarik kenyataan
Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Anuar Musa baru-baru ini
seolah mahu memujuk bekas ahli-ahli UMNO ini kembali
kepada UMNO.

"Tiba-tiba Ketua Penerangan UMNO dia pula kata...kalau
takda apa silalah balik ke UMNO.

"Dah cabar tiga kali,boleh nak ajak kita balik UMNO pula...
PPBM akan kekal di dalam di Malaysia,ia tidak akan balik
kepangkuan UMNO".

"Malah silap hari parti Peribumi Bersatu pula pula kekal,
parti UMNO tidak kekal",ujarnya di hadapan lebih kurang
4,000 penyokong parti itu.

Turut hadir Tun Dr Mahathir Mohamad,Tan Sri Muhyiddin
Yassin,Anina Saadudin,Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

0 comments: