BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 1 October 2016

STRATEGI POLITIK PEMIMPIN UMNO BILA TIDAK KESAH AHLI KELUAR PARTI.

























---------------------------------------------------------------------------
Logo Parti Peribumi Bersatu Malaysia selepas Pendaftaran
Pertubuhan itu di luluskan..Kenyataan pemimpin UMNO yang
seolah-olah tidak kesah ahlinya keluar menyertai Parti Peribumi
Bersatu Malaysia [BERSATU],hanya lah merupakan strategi
Politik.Kata Pengarah   Pensyarah    Universiti   Kebangsaan
Malaysia [UKM]  Prof Madia Datuk Samsu Adabi Mamat.

"Setiap parti apabila ahlinya keluar,mereka akan risau sebenar
nya.Tapi mereka tidak boleh menunjuk kan kerisauan,sebab
situasi akan nampak lagi buruk kalau mereka tunjuk risau".

"Mereka cuba menunjukan kepada ahli-ahli,yang nak keluar
terpulang pada mereka".

"Mereka guna istilah pembersihan buang penyakit,buang buruk
dan sebagainya supaya menampak kan parti itu tidak memerlu
ahli-ahli yang tidak setia.Kalau dari satu aspek,ada kebenaran
nya pendekatan itu," katanya seperti di petik Sinar Online hari
ini..

Namun katanya,UMNO tidak boleh mengelak hakikat bahawa
partinya sedang mengamami perpecahan dan kemorosatan ahli.

"Kita boleh lihat sejauh mana peningkatan keahlian Bersatu da-
lam jangka masa enam bulan ini.Di situ kita akan lihat  kesan
nya pada UMNO."

"Tapi ia akan mengambil masa,sebab itu formula adakan Pilihan
Raya dalam masa terdekat itu akan menguntungkan UMNO",
katanya.

Beliau dalam kenyataan sama juga menyebut Bersatu bakal me-
nerima nasib sama seperti parti serpihan UMNO,Semangat  46
yang di tubuhkan pada 1988,yang bertahan hanya 8 tahun.

Katanya,dua parti serpihan itu wujud berdasarkan kepada protes
terhadap kepimpinan UMNO sekarang antara sebab parti Baharu
tidak kekal lama.

"Kerana itu partin ini tidak akan kekal lama.Parti ini akan jadi
macam Semangat 46.Akhirnya kembali kepada umno,"ujar
nya seperti di petik.



0 comments: