BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 30 October 2016

MAAF,KU LI SEMUANYA SUDAH TERLAMBAT...!!


















============================================
PETALING JAYA:Sudah terlewat untuk umno mendesplinkan
pemimpin parti yang di lihat menyimpang daripada perjuangan
parti itu,kata seorang bekas ketua cawangan umno.

Nain Presiden Gerakan Ketua Cawangan UMNO Malaysia
[GKCM],Rushdan Mohamed   mengulas    kenyataan Tengku
Razali Hamzah semalam yang menggesa ahli umno bertegas
mengingatkan pemimpin parti kembali menggerakan negara
mengikut visi pengasan negara.

"Masa menegur sudah berlalu,sudah terlambat.Sekarang waqktu
untuk ahli meninggalkan umno," katanya ketika di hubungi FMT.

Beliau berkata keritikan yang di suarakan sejumlah pemimpin
akar umbi kepada pemimpin tertinggi,terutamanya Presiden
Datuk Seri Najib Razak,sebelum ini di balas dengan tindakan
displin.

"Jika umno sudah tidak dapat di selamatkan,sebarang teguran
sudah tidak berguna.GKCM  menggesa ahli menyertai mereka
yang sudah meninggalkan umno  untuk menyertai Parti Peri-
bumi Bersatu Malaysia [PPBM]," katanya.

Memetik pepatah "Busuk Ikan bermula dari kepala", Kuli yang
juga ahli parlemen Gua Musang,berkata,hanya ahli umno yang
dapat menjamin masa depan parti itu,kini di lihat menjaga ke-
pentingan pemimpin nya.

Pada Desenber lalu,Lembaga Displin umno memutuskan untuk
menggantung keahlian 8 ketua cawangan di Teluk Kemang se-
lama 6 tahun kerana menggesa Najib meletak kan jawatan seba-
gai presiden.

Rushdan yang pernah mengetuai umno cwangan Rista Villa
Perdana turut di panggil Jawatankuasa Displin ekoran tindakan
nya membakar buku perlembagaan umno pada 26 jun lalu,
sebagai simbolek membantah pemecatan Timbalan Presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin,Naib Presiden Datuk Seri Shafie
Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz
Mahathir.

Beliau kini ahli PPBM memaklumkan sebahagian besar ahli
GKCM sudah menyertai parti yang di pengurusikan bekas
Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir Mohamad itu.


0 comments: