BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 28 September 2016

RAKYAT SELANGOR TAK KENAL AMANAH?.



















=============================================

SHAH ALAM--Kajian Institut Darul Ehsan [IDE] mendedah
kan sebanyak 35 peratus responden di negeri ini daripada 1761
pengundi yang di temui bagi kajian isu dan persepsi pengundi
Selangor,mengakui kenal dengan    Parti   Peribumi Bersatu
Malaysia [BERSATU].

Timbalan Pengerusi nya,Prof Datuk Dr.Mohamad Ridzuan
Othman berkata,data itu berbeza dengan    Parti Amanah
Negara[AMANAH].

"Bila kita buat kaji selidik,kita tanya mereka,pernah dengar
Bersatu atau tidak?...Hampir 35 peratus responden kata per-
nah dengar".

"Berbeza dengan Amanah,Data Amanah ini saya tidak mahu
sebut,tetapi peratusan nya lebih rendah daripada Bersatu.
Angkanya ada,tetapi saya tidak sebut," katanya pada sidang
media selepas sesi pembentangan di sini semalam.

Menurutnya,Parti baharu yang di pimpin bekas Perdana
Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu menerima
bantuan promosi melalui media arus perdana.

"Berita tentang Bersatu, TV.3,RTM keluar,sebab ada Tun
Mahathir,berbeza dengan Amanah.Mahu tidak mahu kita
kena akui masyarakat kita di pengaruhi media."

"Di tambah pula mahu atau tidak,kita mesti terima hakikat
Tun Mahathir merupakan orang yang di kenali dan pernah
menyumbang kepada negara," katanya.

"Katanya,generasi muda hari ini melihat Bapa Permodenan
itu sebagai ikon."

"Kalau tuan-tuan lihat buku sekolah,ada bahagian yang men-
jelaskan tentang sumbangan Tun M dalam pembangunan ne-
gara,makna nya,generasi hari ini di beri tahu,Tun M itu mem-
beri sumbangan besar kepada negara."

"Generasi muda melihat Tun Mahathir ini sebagai ikon,walau
pun beliau di pihak pembangkang,tapi auranya    masih ada,"
katanya.

0 comments: