BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 11 September 2016

Selamat Hari Raya Haji-Korban..
















---------------------------------------------------------------------------
Selamat hari raya Haji aidiladha-Dan selamat menjalankan
Ibadah KORBAN.

Besok umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha,aku
mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya
dan menyusun jari mohon kemaafan ketelanjuran aku pada ka-
lian semua.

IBADAT KORBAN:

Atas permohonan kengkawan supaya  aku memberi se-
dikit penerangan berkaitan perkara ini,walau pun aku bukan
Ostad,tetapi orang ameno panggil aku Ostad Playboy,kerana
mereka-mereka nie segan nak jumpa Ostad betul.Jadi akulah
jadi Ostad mereka.

Masaalah mereka nak tahu,Pengagihan Daging Korban Nazar
Dan Korban Si Mati.

1.Bolehkah daging korban wajib [NAZAR] di agehkan  pada
orang kaya ?.
Masaalah ini terdapat khilaf kalangan Ulama.
Menurut Mazhab Shafiee dan Mazhab Hanapi,korban wajib,
dengan sebab nazar dan sebagainya,Wajib di sedekah kesemya
nya,iaitu dengan di berikan keseluruhan daging org yang melaku
kan korban itu kepada Fakir miskin dengan keadaan mentah,tidak
boleh di makan oleh org yang melakukan korban,termasuk ahli
keluarganya,tidak boleh di berikan pada orang kaya.

2.Namun mengikut Mazhab Maliki dan Mazhab Hambali,korban
wajib tida ada bezanya dengan korban sunat,dari segi pengahigihan
dagingnya,ia itu boleh di makan sama oleh orang yang melaku kan
korban tersebut dan keluarganya,dan boleh di beri pada orang kaya.

3.Korban yang di laku kan bagi pihak orang yang telah mati,sama
ada si mati berwasiat atau tidak.

- Ia hukum nya sama seperti yang di atas tadi.Disisi Mazhab
Shafiee dan Hanapi,Daging nya hak Fakir Miskin wajib di sedekah
kesemua nya pada mereka,tidak boleh di makan orang yg melaku
kan korban dan keluarga,tidak boleh di hadiahkan pada org kaya.
.........Apa pun di sisi Mazhab Maliki dan Hambali,sama seperti
daging korban yang lain--Cuma pahalanya saja pergi kepad si mati.

Lapaz niat wakil korban.

Ini lah wang; RM..................Belilah untuk ku binatang korban [satu
tumpuk darinya] atau,kalau lebih sebutkan berapa bahagian. Laksana
kan lah korban bagi pihak aku,dan agihkan lah daging korban aku pada
pihak yang berhak.

****Jika sekiranya pihak penganjur Masjid atau surau dll,ada me-
nyediakan BORANG isilah borang tersebut.Serahkan borang bersama
wang kepada pihak penganjur,itu sudah memadaai.

****Sekiranya anda hadir pada hari penyembelihan tersebut...kita
boleh menyerahkan niat pada penyembilih.Wallahhukaklan.....

----Ini soal agama..Aku bukan Ostad...Ostad betul sila beri
pencerahan


0 comments: