BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 26 September 2016

JANGAN JADI BAGHAL ATAU DI BAGHALKAN...



















==============================================

TAHUKAH ANDA? APA ITU BAGHAL ???......

Baghal adalah sejenis binatang yang sama spesis dengan
Himar atau Keldai,aku rasa binatang nie tiada di negara kita,
ia hanya ada di Padang Pasir aje.

Apabila manusia menggunakan Baghal untuk mengangkut
barang berat,di letak kan barang-barang itu atas   belakang,
Baghal selalu merungus,merungut macam ikan baung/keli,
bila  di pukul baru dia bergerak.

Baghal nie memang bodoh.....Selalu orang tua-tua kita selalu
berkata,"Bodoh macam baghal/Bodoh macam Lembu".

Itu kesah Baghal,nak buat macam mana,nasib mereka di jadi
kan begitu, tapi jangan lee kita hinakan mereka,mereka  juga
makhluk ciptaan Allah, Allah mencipta mereka demikian ada
hikmahnya.Malahan BABI,semua orang Islam tahu,BABI tu
Haram,pengotor,hinggakan tahi dia sendiri di lahap,di makan
nya kenapa Allah ciptakan juga ?.Ini lah hikmah besar supaya
kita berfikir.

Apa yang aku nak katakan disini ia lah mengenai Sifat Baghal
nie,Sifat baghal nie telah menjadi VIRUS berjangkit pada pula
pada manusia,manusia yang macam mana yang telah di jangkiti
virus nie?.Pada aku manusia Melayu yang di ulu-ulu kampung
pendalaman,pinggir bandar,Felda yang malas berfikir,membaca
dan terus mempercayaai bulat-bulat,apa kata pemimpin.

Orang Melayu khasnya yang Non Partisan,ahli-ahli United
Malays Nasional Organisation jangan jadi seperti kata orang
tua,10 Jong masuk,Anjing masih bercawat ekor,Melayu kena
ambil tahu apa pergolakan berlaku dalam rumah tangga kita,
negara yang heboh seantero dunia dengan rasuah,salah guna
kuasa United Malays/BN nie,berfikir dengan kepala yg dingin
jangan beremosi,baru lah kita dapat membeza mana yang hak
dan mana yang batil.Melayu kena selalu  Brainwosh otak,supa-
ya ia tak melekat karat United Malays/BN nie.

Baru-baru nie,sekor ahli majlis tertinggi United Malays nie
berkata,"Kalu mereka kalah PRU 14 nie,"Orang Melayu tidak
dapat memerentah buat selamanya",Aku caya 100% cakap dia
nie.Sebenarnya kalu mereka di takdir kalah,kantong-kantong
mereka,kroni mereka,pengampu mereka akan kering,bukan
itu saja,pintu penjara menanti mereka dek kerana salah guna
kuasa dan rasuah.

Sebab itu lah kempin menakutkan orang Melayu di dendang
kan semula dengan visi baru,lebih lembut liriknya,kalau dulu
dengan rentak A..go..go,kini mereka sedar banyak orang Me-
layu baru puleh sikit dari pening lalat dengan kelentong   me-
reka,tuu le mereka mainkan dengan rentak Inang,memujuk
orang Melayu,demi mempertahankan kuasa mereka.

Iss...Iss..sampai gitu ugutan mereka,orang melayu jangan
termakan hasutan mereka,orang melayu kena celik politik
kalau United Malays and BN kalah,memang lah melayu
United Malays tak dapat memerentah,tapi melayu lain tentu
dapat, aku beri matamatik mudah,Kawasan Parlemen kita
ada 222, berapa kawasan mejoriti Melayu,berapa kawasan
mejoriti Cina,berapa kawasan mejoriti India,oleh itu kita
jangan jadi Baghal,di Baghal oleh United Malays nie,
Melayu Non Partisan,Melayu United Malays,boleh kuar
masuk Pas,kalu takmoh pas,masuk Bersatu PPBM,atau
PKR atau lain lain parti,kita sama-sama pencin kan United
Malays/BN,mereka memang patut di beri pencin pun,kerana
umor pencin dah terlebih pun.

Caya lah,jangan ragu,gundah gulana,Insyaallah dia tidak
akan berlaku.

*** Ingat tuu...Virus Zika bahaya,Kencing tikus bahaya,
Tapi Virus Kencing Geng-Geng Parpu United Malays
Nasionak Organison lagi bahaya....




0 comments: