BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 9 September 2016

PEPATAH CHINA BERKATA:2 EKOR HARIMAU TAK BOLEH DUDUK ATAS SATU BUKIT..BETULKAH ???..















-----------------------------------------------------------------------------

PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA [PPBM] Sah men-
jadi sebuah parti politik baru di negara Malaysia.Ini berikutan
apabila Pendaftar Pertubuhan [ROS] Jumaat lalu menerima dan
meluluskan pendaftaran parti itu,setelah pihak ROS berpuas hati
dengan penjelasan yang di berikan Presiden Tan Sri Muhyiddin
Yassin mengenai beberapa perkara yang kurang jelas dengan per-
mohonan tersebut.

Ibu Pejabat [ROS] di Putrajaya Jumaat lalu menerima secara
rasmi parti itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
memberi tahu,ROS secara prinsip telah lulus pendaftaran parti
itu dan ringkasan nama parti itu ialah "PPBM" bukan "BERSATU"
yang di pohon,kerana nama BERSATU telah banyak di gunakan
oleh parti-parti politik di negara ini.

Muhyiddin yang di temui wartawan berkata,pihak ROS telah mene-
rima penjelasan mengenaai peranan Pengerusi-Presedin Parti  itu.

Kata Pepatah China yang terkenal,menyebut DUA HARIMAU
tak boleh duduk atas satu bukit,kata-kata ini dah banyak  kali ter-
bukti kebenaran nya.Mereka yang dah lama dalam politik cukup
dan sedia maklum Stail Tun Mahathir bagitu juga cara rentak Tan
Sri Muhyiddin.

Sejarah Tun berdepan masaalah dengan dua Timbalan nya Datuk
Seri Anuar Ibrahim dan Tun Musa Hitam.Pada masa Pentadbiran
Tun Mahathir-Tun Musa mereka di kenali sebagai gandingan[2M]
Mahathir-Musa,bagitu juga masaalah dengan Tun Abdullah yang
di lantik sebagai pengganti nya.

Walau apa pun,kita janganlah bersangka buruk,itu kesilapan lama
itu kisah masa dulu-dulu,kerana masa itu ada tiga kategori,ia itu,
masa lampau,masa sekarang dan masa akan datang.Masa dulu lam-
pau dak tak dapat di tarik balik,masa sekarang mereka bersatu dan
merancang,masa depan manusia tak boleh ramal kan itu semua
kerja Allah......

0 comments: