BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 9 September 2016

Satu Tindakan Tidak Bijak PM...



















-----------------------------------------------------------------------------
Friday-9.Sep.2016.

SHAH ALAM - Tindakan memusatkan kuasa kepada tangan
perdana menteri,seorang ahli politik bertentangan untuk parti dan
dirinya,terutama ketika perdana menteri di palit dengan pelbagai
 skandal,adalah tindakan yang silap dan sangat tidak bijak.

Timbalan Presiden PAS,Datuk Tuan Man berkata,orang politik
tidak boleh di beri kuasa mutlak seperti berlaku pada Akta Majlis
Keselamatan Negara [MKN] 2016 termasuklah dalam memutus
kan darurat,kerana ada komplek kepentingan yang jelas.

Katanya,kelusan Yang di Pertuan Agong wajib di perlukan dalam
apa juga keadaan sebelum darurat boleh di istiharkan.

"Orang politik cenderung mencipta alasan untuk mencampur aduk
kan kepentingan politik dan partinya dengan kepentingan negara."

"Apakah ada jaminan MKN tidak di salah guna atas nama kesela-
matan negara,kalau ada pemimpin tertinggi rasa dirinya terancam
kerana penyeliwangan seperti terlibat dalam penggubalan wang
haram yang di dedahkan di peringkat Antarabangsa,"    kata  nya
semalam.

Isnin lalu,bekas Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anuar Ibrahim
mencabar Akta Majlis Keselamatan Negara [MKN] 2016 dengan
memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Akta MKN yang di luluskan di Dewan Rakyat itu di dakwa menghi-
na peruntukan Perkara 38 (4),menceroboh kedudukan Istimewa Maj-
lis Raja-Raja dan bertentangan dengan hak Yang di Pertuan Agong.

Persetujuan dan tandatangan Yang di Pertuan Agong masih di perlu
kan untuk meluluskan akta ini sebagai undang-undang.

Akta MKN beri kuasa mutalak kepada perdana menteri tanpa melalui
Yang di Pertuan Agong untuk mengistiharkan mana-mana kawasan se-
bagai kawasan keselamatan selama enam bulan,tertaaluk kepada pemba-
ruan.Malah akta ini juga di beri kuasa menahan,mencari dan menangkap
individu dan juga untuk masuk dan juga menggeledah mana-mana per-
mis dan merampas harta tanpa waran.

Berhubung isu Peguam Tun Mahathir Mohamad di arah melihat kemung-
kinan membantu Peguam Anuar untuk mencabar Akta MKN,beliau ber-
kata,berdasarkan pengelaman menggunakan Akta Keselamatan  dalam
Negeri (ISA) dan melihat pada Akta MKN yang di luluskan,sudah tentu
Mahathir memahami kesan nya kepada negara dan system demokrasi
negara.

Katanya,dari perspektif rakyat dan aktivis pula,fobia mereka pada ISA
yang di salahgunakan masih mendalam dan kini melanjut kepada Akta
MKN yang akan kelihatan terlalu memberi kuasa      kepada Perdana
Menteri.

"Masaalahnya sekarang,siapa dan apa kayu pengukur menentukan negara
dalam bahaya,selain serangan pengganas ?.Apakah kerajaan juga merasa
kan penolakan rakyat secara besar-besaran terhadap amalan rasuah satu
tindakan membahaya kan negara sehingga memerlukan    MKN   di laksa-
nakan selepas ini?,katanya.

0 comments: