BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 13 September 2016

"KENYATAAN NAJIB TENTANG BERSATU ANEH"



















12-Sep-2016

Shah Alam-Presiden Penaja Parti Peribumi Bersatu Malaysia
[BERSATU] Tan Sri Muhyyiddin Yassin menyifatkan kenyataan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempersoal kan
keupayaan parti itu membela nisib orang Melayu kerana mempu-
nyai hubungan dengan DAP,adalah sesuatu yang aneh.

Menurut beliau,selepas mengemuka kan permohonan kepada
Pejabat Pertubuhan (ROS),Serangan terhadap Bersatu yang belum
lagi di tubuhkan datang secara bertalu-talu daripada pemimpin
umno.

"Aneh juga, sebuah parti yang belum lahir ini mendapat perhatian
dari Najib,malah parti itu belum ada ahli dan cawangan,ia hanyalah
parti serpihan umpama parti nyamuk".

"Bagaimana Najib boleh bercakap mengenai kerjasama antara se-
buah parti yang belum di tubuhkan dengan DAP?.

"Malah beliau mengandaikan bahawa kerjasama ini tidak akan
menguntungkan orang Melayu,dan ini satu kenyataan tidak bertang-
gungjawab serta pra-matang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini,Najib mengulas parti Bersatu berikutan cadangan
untuk bekerjasama dengan DAP,yang sama sekali tidak pernah me-
nyokong perjuangan atas nama peribumi dan hak bumiputera.
Dalam pada itu,Muhyyiddin memaklumkan,bahawa kenyataan ber-
kenaan merupakan taktik kotor yang di gunakan bagi menakut-nakut
kan orang Melayi di Negara ini.

"DAP bakal di jadikan "HANTU"paling menggerunkan orang
Melayu untuk mengalih perhatian daripada segala kesalahan dan
kemungkaran Najib".

"Mereka akan terus berkata,bahawa DAP adalah musuh utama orang
Melayu," katanya.

Selain daripada itu,Muhyiddin menyarankan Najib untuk berhubung
dengan ROS bagi mendapatkan naskah Perlembagaan Bersatu yang
di serahkan semasa proses pendaftaran parti,sekiranya beliau meragui
perjuangan parti itu.

Beliau berkata,daripada 13 matlamat dan tujuan Bersatu,3 daripada
nya ia itu menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan
menghormati hak orang bukan islam untuk menganut serta menga-
malkan agama masing-masing secara aman harmuni.

"Selain itu,matlamat Bersatu adalah bagi menjunggung kedaulatan
institusi  Raja-Raja Melayu di samping mempertahankan kedudukan
Istimewa orang Melayu,anak negeri Sabah serta Serawak dan hak-
hak sah untuk semua kaum,"katanya.

Tambah beliau,sekiranya Najib seorang pemimpin yang berani dan
ingin membersihkan nama nya,beliau seharusnya menyahut cabaran
bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir untuk berdebat.

"Tidak perlu lah Najib cuba mengalih perhatian rakyat dengan menya-
lahkan pihak lain.Usah berselindung dan berdolak-dalik lagi,"  kata
nya.... Sumber....

0 comments: