BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 2 September 2016

MO 1 IALAH PM:SPRM PERLU BUKA KEMBALI KES 1MDB.

























=============================================
SAH,MO 1 IALAH PM,Wang di Akaun PM,duit  1MDB Atau
derma Arab?

Terima kasih Datuk Abdul Rahman Dahlan yang mengesah kan
bahawa 'Malaysian Official 1' sememang nya ia lah   Perdana
Menteri Datuk  Seri Najib Razak.

Cuma,ramai tertanya-tanya apakah pengakuan ini mendapat
persetujuan kabinet dan juga PM sendiri?.

Apakah pengakuan ini juga bermakna dakwaan saman sivil
Jbt. Keadilan [DOJ] Amerika Syarikat ada asas nya?.Jika
tiada asas masakan boleh samakan MO 1 itu ia lah PM?.

Alang-alang Abdul Rahman telah mendedahkan siapa MO 1,
bolehlah beliau bantu menjawab,apakah betul duit IMDB yang
telah masuk ke Akaun PM dan apakah cerita,bahawa duit di -
akaun itu drp dermawan Arab itu dongeng semata-mata?.

Pengakuan Abdul Rahman juga sepatutnya menjadi berita baik
kepada Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malay-
sia[SPRM] Datuk Dzulkifli Ahmad yang kini giat membenteras
rasuah.

SPRM perlu membuka semula kes 1MDB dan   dana    masuk
ke Akaun PM dengan menyiasat segala dakwaan DOJ secepat
munkin agar pihak luar tiada peluang untuk mencampuri urusan
pentadbiran negara.SPRM juga perlu menggesa Peguam Negara
Tan Sri Apandi Ali untuk menilai kes 1MDB semula.


Pas,dan kami yakin semua parti politik akan menyokong penuh
SPRM dalam usaha ini untuk menaik kan lagi imej SPRM  dan
menangkis tuduhan bahawa SPRM   tidak   berani menngkap
Ikan Jerung.

Tuan Ibrahim Tuan  Man
Timbalan Presiden PAS,
harakah daily 1/9/2016.

0 comments: