BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 27 September 2016

ADUHAI PEMUDA UMNO..MEMANG DAH "NAMPAK BODOH"PUN !!!















----------------------------------------------------------------------------
Pemuda UMNO akhirnya membuat keputusan membatal kan
hasrat untuk membuat laporan polis terhadap dua "Tauke Cina"
yang di laporkan terlibat membiayai gerakan mahu menyingkir
kan Perdana Menteri Najib Razak yang di tunjangi oleh    Tun
Mahathir  Mohamad.

Pembatalan di buat di katakan untuk mengelakkan Pemuda
UMNO nampak "bodoh" berikutan maklumat mengenai per-
kara itu di dapati tidak sahih.

Pemuda UMNO juga menegaskan,maklumat yang di terima
sebelum ini adalah berdasarkan "Doukmen palsu".

Kehkehkeh...kesian Pemuda UMNO..!!

Semalam lagi blog telah menulis selitan cerita "dua tauke"
berkenaan yang terangkum dalam kesah   konon nya Tun
Mahathir mahu berdamai dengan Najib,adalah semata-mata
dongeng murahan yang berpunca daripada dedak  berkualiti
rendah.

Malang nya,hanya setelah hampir 24 jam,Pemuda UMNO
yang semalam gegak gempita mahu membuat laporan polis,
baru sedar maklumat yang di terima adalah tidak sahih   dan
palsu.

Kenapa lambat sangat untuk kenal beza antara kaca dengan
permata?.

Kalau terjumpa antara kaca dengan permata di tengah-tengah
jalan,apakah Pemuda UMNO memerlukan masa hampir 24jam
untuk mengesahkan kesahihan nya?.

Jika hari ini Pemuda UMNO mengatakan mereka membatal
kan laporan polis itu untuk mengelak kelihatan "bodoh"sejak
semalam lagi apabila pemimpin "bagitu cepat melompat  dan
berlari-lari ke kedai emas",semata-mata kerana terlihat benda
berkilau di tengah-tengah jalan,Pemuda UMNO sebenarnya
sudah pun "nampak bodoh",di mata Umum.

Asal ternampak bersinar dan berkilau saja,terus ingat ia nya
adalah permata.Seharusnya pemimpin Pemuda UMNO  sedar,
kalau pun ingin mempertahankan dan mengampu Najib,bukan
lah semua perkara yang di dengar mesti di buat laporan polis
dengan segera yang boleh.

Berfikir dan bertindak lah dengan waras,fikir dan selidik ter-
lebih dahulu sekurang-kurang untuk tempoh hampir 24 jam
pada hari semalam."Kebodohan" telah melekat pada Pemuda
UMNO,kerana ada pemimpin nya terlalu ghairah sehingga ga-
gal menilai antara kebenaran dengan kepalsuan,antara  kaca
dengan permata.

Kesian KJ.ada barisan exco seperti ini..!!(SH.27/09/2016)

0 comments: