BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 26 May 2017

SATU DEMI SYARIKAT CHINA BERTAPAK DIBUMI MALAYSIA...














=============================================
Beberapa hari lalu,kita menerima berita sedih apabila PROTON
hampir-hampir di telan oleh Syarikat China yang menguasai 49.9
peratus saham.Syarikat sah di jual kepada syarikat China GEELY.

Semalam satu lagi Syarikat China bertapak di Malaysia ia itu
Beijing Entterprise watar group Ltd.

Perdana Menteri  Najib dengan bangga dan tidak ada rasa bimbang
dan ragu meluahkan rasa terima kasihnya terhadap kontrektor
berpangkalan di China yang membina loji kumbahan air mesra
alam di Kuala Lumpur.

"Saya ucapkan terima kasih kepada Bajing Enterprise Watar Ltd
kerana menyiapkan projek ini tepat pada masanya".

"Saya di fahamkan,mereka bersama-sama rakan kongsi tempatan
sentiasa fokus pada projek bersama-sama",katanya semasa meras-
mikan pembukaan loji rawatan kumbahan Pantai 2(Pantai 2 STD)
di ibu Negara petang ini.

Beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Tenaga Teknoloji
Hijau dan Air serta Jabatan Perkhidmatan Pembetungan atas pera-
nan mereka dalam projek itu.

Projek RM.983 juta itu di bina oleh BEWG(M)Sdn Bhd,milik
penuh anak syarikat Beijing Enterprise Watar Group Ltd,bermula
pada tahun 2011.

Syarikat itu di kehendaki membina Pantai 2 STD,pusat rawatan
air bawah tanah,jenis itu yang pertama dan terbesar di Asia Pasi-
fik,dalam tempuh 72 bulan.

Menurut New Straits Times,BFWC LTD, syarikat yang tersenarai
di Bursa Hong Kong itu adalah anak syarikat kepada Baijing
Enterprise Holding Ltd (BEHL).

kHAZANAH NEGARA BERHAD malabur RM.486 JUTA untuk
mendapatkan 4.95 pegangan dalam Baijing Enterprise Watar Group
menjadikan nya pemegang saham ketiga terbesar dalam skt itu.

Kita tak tahu apa muslihat  dan agenda di belakang "Penaklukan"
Skt China dan Malaysia.Sebagai rakyat kita berhak untuk bimbang
dan rasa takut dengan dasar baru kerajaan Umno+Bn ini,kerana se-
jarah telah membuktikan negara ZIMBABWE pernah mengelami
perkara yang sama di mana akhirnya Ekonomi Zimbabwe di kawal
dan di taaluk oleh CHINA......
Sumber........


Thursday 25 May 2017

HARGA MINYAK TERKINI 25-MEI-2017

















---------------------------------------------------------------------------
Harga minyak terkini 25-mei-2017,harga minyak Petrol
RON 97 dan RON 95 dan Diesel naik lagi 4 sen bermula tengah
malam hingga 31-mei.

Ia menjadikan harga minyak terbaru bahan bakar itu,RON 95
(RM.2.12 SEN SELETER) RON.97 RM.2.40 SEN SELETER,
dan Diesel pula RM.2.O3 SEN SELITER.

Perkara tersebut di sahkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Laman
Facebook rasmi mereka.

Pada minggu lalu,ia itu Khamis lepas hingga hari ini,harga runcit
mingguan bagi Petrol RON 95 RM.2.08 Sen seleter,RON 97
RM.2.36 SEN Seliter,dan DIESEL RM.1.99 SEN Seteter.

BOLEHKAH UMNO+BN DIKALAHKAN DLM PRU 14 NIE???










=============================================
Boleh kah UMNO+BN di kalahkan dalam Pilihanraya PRU 14
nie???.
Begitu lah pertanyaan yang sering kita dengar dek kerana demam
pilihanraya sudah cukup terasa,pertanyaan ini sering di lontar oleh
pokcik,mokcik dikampung-kampung,terutamanya anak-anak muda
menjadi topik hangat di kedai-kedai kopi.

Aku dan rakan-rakan cukup teroja,apabila mendengar jawapan yg
di berikan oleh kawan aku yang berasal dari Kelantan,katanya,
Ambo bukan ahli parti politik,ambo orang politik,mong kena ingat
sifir atau matamatek politik bukan seperti biasa,2x5=10,tetapi  sifir
matamatik politik tak gitu,dia boleh jadi 2x5=8 atau sebaliknya
politik ada strategi tersendiri.

Ambo nak royat sikit,pada adek kakak,pokcik,mokcik,kalau
tak silap ambo,di Semenanjung kita nie kawasan Parlemen hanya
165 kerusi,81 kursi dok dalam luar bandar,kampung-kampung,
44 kerusi dok dalam separa bandar,40 kerusi dalam bandar jum-
lah 165 kerusi.

Kerusi di FELDA 54 ia itu mewakili keseluruhan  65% lebih
kerusi luar bandar,sebab itu Felda adalah doposit kerusi umno
bn,kalau di semenanjung umno+bn dah kojol dah bungkus
lama dah,perkembangan di Sabah dan Serawak ambo tak tau
lee.

Kenapa UMNO+BN boleh menang???

Kita semua tahu UMNO+BN nie ada strategi,Modus Operandi
umno selalu politik ugut,terutamanya orang-orang Melayu,ber-
mula dari Perikatan UMNO+MCA+MIC,pada masa itu simbul
Cap Kapal Layar dan lee nie Cap Kati pula (BN).Satu lagi Mo-
dus Operandi mereka,ialah menabur dedak,barang kotak,kain
batek/Pelikat dan berbagai lagi.

Mung boleh ambik barang-barang tuu,tapi jangan undi (pangkah)
mereka,takut jadi lain cerita pulak,jadi rasuah dan upah undi,
mung taulee rasuah tuu haram disisi islam,lebih dari makan babi,
maaf ya, ambo bukan ustaz,lebai pun dak,tuu hanya pandangan
ambo.

Apa pun ambo nak ingat pokcik-mokcik,adek kakak,ambik
apa yang di beri,jangan tak ambik,kerana duit tuu duit kita dari
cukai kita bayar secara langsung dan tak langsung,cuba mung
bayangkan,berapa umur mung sekarang? dari mak  mung lahir
kan mung,mung telah kena cukai,mak/pak mung beli susu lam-
ping dll semua kena cukai,leanie memang lagi teruk,GST
cukai dikenakan pada semua,kaya miskin,papa kedana,hanya
yang tak membeli,tak nak makan,pakai aje yg tak kena, ada
orang gitu ??? lagi satu ambo nak royat,leenie mung nak ma-
suk lubang kubur pun kena GST.

Ada orang panggil UMNO Jagoh kampung.

Pada ambo,tuu memang ambo setuju dan akui,Cee kita lihat
dalam pilihanraya lalu,UMNO+BN menang 66 kerusi luar
bandar (Kampung) 81.5%,memang patut mereka  nie di pang-
gil JAGOH KAMPUNG kawan demo MCA+MIC+Gerakan
hanya menang beberapa kursi aje,separa bandar/bandar.

Pada ambo PRU 14 nie ambo harap adek,kakak.mokcik,pok
cik pakat-pakat tumbangkan lee Jagoh Kampung nie,berani
buat perubahan,pilih parti yang ada perinsip perjuangan,
walau pun kita nampak pembangkang berkecamuk,Pas telah
memutuskan tahluf syasinya (pakatan politik) dengan PKR
tetapi nampaknya Pas ada kekuatan sendiri lebih-lebih lagi
sebagai blok ketiga Gagasan Sejahtera.

Takpe lah Pas boleh berjuang sendiri,buat apa berkahwin
kalau asik bergaduh,kalau ditakdirkan dapat kuasa pun,Pas
tak mungkin dapat menjalankan dasarnya bersama meraka,
Pas perlu meletak kan 40 hingga 80 kursi Parlemen,dan ka-
lau boleh ambo cadangkan Pas letak calon-calon India dan
Cina dari kelab penyokong Pas dikawasan Separa Bandar
dan Bandar,kalau menang 40 kerusi pun Alhamdulillah,
boleh menjadi kuasa penentu penubuhan kerajaan,pas tak
kesah,dengan sapa pun asalkan matlamat perinsip perjua-
ngan Pas terlaksana.

Pas Gagasan Sejahtera insyaallah boleh menang,dengan
syarat Jentera Pas digerak secara teratur,bersungguh-sung-
guh memenangi hati rakyat,selain itu kena berdoa kepada
Allah semoga memberi kemenangan perjuangan Islam,
kerana usaha saja tidak mencukupi,kerana usaha kita tidak
memberi bekas selain pertolongan Allah.

Friday 12 May 2017

BETUL KE NIE,UMNO TELAH BERUSIA 71 TAHUN ???.














---------------------------------------------------------------------------

Semalam 11 mei 2017,aku mengikuti siaran langsung Sambutan
Ulang Tahun UMNO di Stadium Bukit Jalil,oleh TV-3.

Tetapi yang menjadi tanda tanya ramai terutama orang Melayu,
betulkah Umno sudah mencapai umor 71 tahun ?,bagaimana pula
Pengharaman Umno di zaman Mahathir?.

Disebabkan perebutan kuasa antara Tengku Razaligh Hamzah
Mahathir,Tengku Razali kalah tipis,    Mahathir menang hanya
dengan 46 undi saja,tuu pun di sebabkan oleh pengundi dari per-
wakilan yang tak sah.

Oleh kerana penyokong Tengku Razali  tidak berpuas hati dng
kekalahan tersebut, maka kumpulan yang di namakan kumpu-
lan 11 membawa perkara ini ke Mahkamah,dan Mahkamah
telah mengistiharkan Umno di haramkan.


Wakil-wakil rakyat Umno ketika itu sudah tiada berparti,dan
Mahathir cepat-cepat melantik Presiden MCA Lim Liong
Sik menjadi Pengerusi Barisan Nasional mengganti kan tem-
pat nya.

Sementara Mahathir bergelut menubuhkan UMNO BARU,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [UMNO BARU]
dan Tengku Razaligh pula dengan gang-gang nya menubuh
kan Parti Melayu Semangat 46,jadi kita jadi bengong,betul
kah Umno sudah 71 tahun ?.Kita tahu sejarahnya UMNO
di tubuhkan pada 11hb.Mei.1946 di Istana Johor oleh pe-
ngasasnya Dtao Oon Jaafar,Umno tuu telah di haramkan
oleh Mahkamah .

Wahai pemimpin Umno! khas nya Najib,jangan lah jadi
pembohong,kelentong,tipu orang Melayu,terutama gene-
rasi baru,orang Melayu tahu sejarah Umno,sejarah tak
boleh di ubah,Umno yang di tubuhkan di Istana Johor
pada 11hb.mei.1946 telah kojol,ghuyup,lingkup,dan
telah di kapan dan di talqinkan pada tahun 80an.

Sambutan ini nampaknya ramai juga yang datang,walau
pun yang di buat oleh Setiausaha Kerja Umno Datuk
Abdul Raof sasaran akan hadir 140,000 orang,tapi ikut
laporan hanya lebih kurang 80,000 0rang saja.

Biasa lee Umno, ya lee tuu,kalo takdak gula masa kan
semut nak berkerumun,tuu pun siap dengan bas free,
ada duit poket,ada hadiah Baju T,berlogo 71  tahun
umno,Roti kotak,beg,ada cabutan bertuah dan macam-
macam ada,pendik kata semua balik ada buah tangan
syabas Umno.

Thursday 11 May 2017

SKANDAL 1MDB:KERAJAAN PERLU LEBIH TELUS,KATA NAZIR


















Kerajaan perlu lebih telus mengenai Skandal 1MDB,menurut
Pengerusi CIMB GROUP HOLDINGS BHD (CIMB GROUP)
Datuk Seri Nazir Razak.

"Ia mendapat liputan yang sangat " menyakitkan  " dalam be-
berapa bulan di kalangan media antarabangsa".

"Saya fikir mereka sedang cuba menyelesaikan penyusunan
semula kewangan 1MDB, tetapi saya rasa kerajaan masih perlu
menambah baik dari segi ketelusan keseluruhan dan memahami
apa sebenarnya yang berlaku," katanya kepada program
"Street Signs" oleh CNBC.

Nazir adalah adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak dan kini sedang menghadiri persidangan Wef Asean
Kemboja.

Nazir sendiri menjadi perhatian tahun lepas selepas pende-
dahan mengenai beliau memindahkan AS$ 7 juta yang di-
terima dari abang nya itu kepada beberapa ahli  politik.

Jelasnya,beliau percaya jumlah itu adalah sumbangan dari
dari beberapa syarikat tempatan dan individu tertentu untuk
tujuan pilihanraya umum 2013.

Saya faham mengenai keberangan itu dan berdasarkan penge-
laman lalu,saya sepatutnya tidak melakukan nya.

"Saya anggap dan percaya,dengan niat baik,dana tersebut
datang dari penjanaan dana politik yang sah," kata nya di-
Instagram......