BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 25 May 2017

BOLEHKAH UMNO+BN DIKALAHKAN DLM PRU 14 NIE???










=============================================
Boleh kah UMNO+BN di kalahkan dalam Pilihanraya PRU 14
nie???.
Begitu lah pertanyaan yang sering kita dengar dek kerana demam
pilihanraya sudah cukup terasa,pertanyaan ini sering di lontar oleh
pokcik,mokcik dikampung-kampung,terutamanya anak-anak muda
menjadi topik hangat di kedai-kedai kopi.

Aku dan rakan-rakan cukup teroja,apabila mendengar jawapan yg
di berikan oleh kawan aku yang berasal dari Kelantan,katanya,
Ambo bukan ahli parti politik,ambo orang politik,mong kena ingat
sifir atau matamatek politik bukan seperti biasa,2x5=10,tetapi  sifir
matamatik politik tak gitu,dia boleh jadi 2x5=8 atau sebaliknya
politik ada strategi tersendiri.

Ambo nak royat sikit,pada adek kakak,pokcik,mokcik,kalau
tak silap ambo,di Semenanjung kita nie kawasan Parlemen hanya
165 kerusi,81 kursi dok dalam luar bandar,kampung-kampung,
44 kerusi dok dalam separa bandar,40 kerusi dalam bandar jum-
lah 165 kerusi.

Kerusi di FELDA 54 ia itu mewakili keseluruhan  65% lebih
kerusi luar bandar,sebab itu Felda adalah doposit kerusi umno
bn,kalau di semenanjung umno+bn dah kojol dah bungkus
lama dah,perkembangan di Sabah dan Serawak ambo tak tau
lee.

Kenapa UMNO+BN boleh menang???

Kita semua tahu UMNO+BN nie ada strategi,Modus Operandi
umno selalu politik ugut,terutamanya orang-orang Melayu,ber-
mula dari Perikatan UMNO+MCA+MIC,pada masa itu simbul
Cap Kapal Layar dan lee nie Cap Kati pula (BN).Satu lagi Mo-
dus Operandi mereka,ialah menabur dedak,barang kotak,kain
batek/Pelikat dan berbagai lagi.

Mung boleh ambik barang-barang tuu,tapi jangan undi (pangkah)
mereka,takut jadi lain cerita pulak,jadi rasuah dan upah undi,
mung taulee rasuah tuu haram disisi islam,lebih dari makan babi,
maaf ya, ambo bukan ustaz,lebai pun dak,tuu hanya pandangan
ambo.

Apa pun ambo nak ingat pokcik-mokcik,adek kakak,ambik
apa yang di beri,jangan tak ambik,kerana duit tuu duit kita dari
cukai kita bayar secara langsung dan tak langsung,cuba mung
bayangkan,berapa umur mung sekarang? dari mak  mung lahir
kan mung,mung telah kena cukai,mak/pak mung beli susu lam-
ping dll semua kena cukai,leanie memang lagi teruk,GST
cukai dikenakan pada semua,kaya miskin,papa kedana,hanya
yang tak membeli,tak nak makan,pakai aje yg tak kena, ada
orang gitu ??? lagi satu ambo nak royat,leenie mung nak ma-
suk lubang kubur pun kena GST.

Ada orang panggil UMNO Jagoh kampung.

Pada ambo,tuu memang ambo setuju dan akui,Cee kita lihat
dalam pilihanraya lalu,UMNO+BN menang 66 kerusi luar
bandar (Kampung) 81.5%,memang patut mereka  nie di pang-
gil JAGOH KAMPUNG kawan demo MCA+MIC+Gerakan
hanya menang beberapa kursi aje,separa bandar/bandar.

Pada ambo PRU 14 nie ambo harap adek,kakak.mokcik,pok
cik pakat-pakat tumbangkan lee Jagoh Kampung nie,berani
buat perubahan,pilih parti yang ada perinsip perjuangan,
walau pun kita nampak pembangkang berkecamuk,Pas telah
memutuskan tahluf syasinya (pakatan politik) dengan PKR
tetapi nampaknya Pas ada kekuatan sendiri lebih-lebih lagi
sebagai blok ketiga Gagasan Sejahtera.

Takpe lah Pas boleh berjuang sendiri,buat apa berkahwin
kalau asik bergaduh,kalau ditakdirkan dapat kuasa pun,Pas
tak mungkin dapat menjalankan dasarnya bersama meraka,
Pas perlu meletak kan 40 hingga 80 kursi Parlemen,dan ka-
lau boleh ambo cadangkan Pas letak calon-calon India dan
Cina dari kelab penyokong Pas dikawasan Separa Bandar
dan Bandar,kalau menang 40 kerusi pun Alhamdulillah,
boleh menjadi kuasa penentu penubuhan kerajaan,pas tak
kesah,dengan sapa pun asalkan matlamat perinsip perjua-
ngan Pas terlaksana.

Pas Gagasan Sejahtera insyaallah boleh menang,dengan
syarat Jentera Pas digerak secara teratur,bersungguh-sung-
guh memenangi hati rakyat,selain itu kena berdoa kepada
Allah semoga memberi kemenangan perjuangan Islam,
kerana usaha saja tidak mencukupi,kerana usaha kita tidak
memberi bekas selain pertolongan Allah.

0 comments: