BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 12 May 2017

BETUL KE NIE,UMNO TELAH BERUSIA 71 TAHUN ???.














---------------------------------------------------------------------------

Semalam 11 mei 2017,aku mengikuti siaran langsung Sambutan
Ulang Tahun UMNO di Stadium Bukit Jalil,oleh TV-3.

Tetapi yang menjadi tanda tanya ramai terutama orang Melayu,
betulkah Umno sudah mencapai umor 71 tahun ?,bagaimana pula
Pengharaman Umno di zaman Mahathir?.

Disebabkan perebutan kuasa antara Tengku Razaligh Hamzah
Mahathir,Tengku Razali kalah tipis,    Mahathir menang hanya
dengan 46 undi saja,tuu pun di sebabkan oleh pengundi dari per-
wakilan yang tak sah.

Oleh kerana penyokong Tengku Razali  tidak berpuas hati dng
kekalahan tersebut, maka kumpulan yang di namakan kumpu-
lan 11 membawa perkara ini ke Mahkamah,dan Mahkamah
telah mengistiharkan Umno di haramkan.


Wakil-wakil rakyat Umno ketika itu sudah tiada berparti,dan
Mahathir cepat-cepat melantik Presiden MCA Lim Liong
Sik menjadi Pengerusi Barisan Nasional mengganti kan tem-
pat nya.

Sementara Mahathir bergelut menubuhkan UMNO BARU,
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu [UMNO BARU]
dan Tengku Razaligh pula dengan gang-gang nya menubuh
kan Parti Melayu Semangat 46,jadi kita jadi bengong,betul
kah Umno sudah 71 tahun ?.Kita tahu sejarahnya UMNO
di tubuhkan pada 11hb.Mei.1946 di Istana Johor oleh pe-
ngasasnya Dtao Oon Jaafar,Umno tuu telah di haramkan
oleh Mahkamah .

Wahai pemimpin Umno! khas nya Najib,jangan lah jadi
pembohong,kelentong,tipu orang Melayu,terutama gene-
rasi baru,orang Melayu tahu sejarah Umno,sejarah tak
boleh di ubah,Umno yang di tubuhkan di Istana Johor
pada 11hb.mei.1946 telah kojol,ghuyup,lingkup,dan
telah di kapan dan di talqinkan pada tahun 80an.

Sambutan ini nampaknya ramai juga yang datang,walau
pun yang di buat oleh Setiausaha Kerja Umno Datuk
Abdul Raof sasaran akan hadir 140,000 orang,tapi ikut
laporan hanya lebih kurang 80,000 0rang saja.

Biasa lee Umno, ya lee tuu,kalo takdak gula masa kan
semut nak berkerumun,tuu pun siap dengan bas free,
ada duit poket,ada hadiah Baju T,berlogo 71  tahun
umno,Roti kotak,beg,ada cabutan bertuah dan macam-
macam ada,pendik kata semua balik ada buah tangan
syabas Umno.

0 comments: