BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 29 October 2017

BN YAKIN BAJET PILIHANRAYA-DAPAT GULA-GULAKAN RAKYAT...















================================================

Ahli Parlemen BN yakin " Belanjawan Pilihanraya" yang di bentang
kan Perdana Menteri Ds,Najib Razak membawa mereka kepada  ke-
menangan besar dalam pilihan raya umum ke-14 [PRU-14].

Menteri yang bertanggungjawab keatas unit perancang ekonomi
Dato Seri Abdul Rahman Dahlan berkata,Bajet 2018 mencerminkan
kedudukan BN sebagai pemerentah yang lebih baik dan mengakui
bajet mempunyai 'Insentif' pilihanraya bagi rakyat.

"BN kini berharap untuk kemenangan dalam PRU-14 kerana perun-
tukan bajet meliputi semua masyarakat," kata beliau.

Walau bagaimana pun Menteri Pertahanan Dato Seri Hisamuddin
Hussein bercanggah dengan tanggapan Rahman,sambil mengatakan
Bajet 2018 bukan Belanjawan Pilihanraya."Bajet ini tidak di laku
kan untuk menggembira rakyat atau membeli undi,tetapi memberi
rakyat apa yang mereka perlukan,"kata beliau.

Menteri Kesihatan dan Presiden MIC DS,Subramanian menyifat
kan sebagai Bajet "Fenomenal" untuk masyarakat India .Beliau
berkata peningkatan kuota tujuh peratus bagi kaum India di-
Universiti awam dan perkhidmatan awam adalah langkah yg telah
lama di harapkan oleh masyarakat."Kami telah bercakap pada se-
tiap tahun di Mst Agong Tahunan MIC,Ia akhir nya berlaku"
katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS.Azalina Othman Said
berkata, ini adalah "Bajet terbaik setakat ini".Beliau berkata
kerajaan terus rialistik dlm menentukan dasar ekonomi negara
dengan memastikan semua kometmen yang di buat akan di penuhi.

"Saya juga berterima kasih kepada 3 lagi mahkamah khas untuk
jenayah seksual kanak-kanak yg di tubuhkan",katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan TS.Noh Omar berkata,
belanjawan itu benar-benar menangani kerisauan rakyat,mengam-
bil kira pengecualian TOL Batu Tiga dan Sungai Rasau Selangor,
kata beliau,perkara itu sudah lama di suarakan.

"Kedua-dua TOL itu bukan saja menimbulkan masaalah kepada
rakyat secara kewangan tetapi juga menyebabkan kesesakan di-
Lebuh Raya Persekutuan,kerajaan telah memahami perkara ini dan
kini menunaikan nya",kata beliau.

### Fmt,












BAGUHNYA BAJET 2018-BESAR PASAK DARI TIANG...

Jumat 27-10-2017 aku awal-awal
dok tunggu depan TV nak dengar
DS Najib [Tok Jib] Menteri Ke-
wangan merangkap PM  Malaysia
berucap dan membentangkan
Bajet 2018.

Aku cukup teroja mendengar angka
angka yang di sebut dalam pemben-
tangan tersebut,Juta-Juta,Puluh Juta
Ratus Juta,Bellion,Ratus Bellion...
Wah sungguh hebat.

Tahniah Malaysia sekali lagi menca-
tat Bajet Difisit,kalau tak silap aku
ini adalah kali ke 20 atau kali ke 22
berturut-turut.

Bajet Difisit nie,bermakna Bajet
Berhutang,aku bagi contoh mudah,pendapatan aku sebulan  RM.
2,500,pendapatan isteri aku RM.1,200,jadi jumlah pendapatan
kami RM.3,700 Sebulan.Tapi oleh kerana aku daan isteri aku Boros
berbelanja,perbelanjaan kami meningkat ke RM.5,000 Sebulan,
mana nak cekau,gagau RM.2,000 Lebih tuu,fikir punya fikir kami
terpaksa pi jumpa CETI ATAU ALONG pinjam duit,makna nya
sampai mampus lee dok bayar hutang.

Contoh pengurusan sebuah rumah tangga, 84% tu buat belanja
makan minum dll,hanya tinggal 16% aje untuk anak anak sekolah
pakaian,tak dak langsung untuk simpan sakit demam,baiki rumah
dan sebagainya.

Dalam Bajet Tok Jib, ia-itu RM.234.25 Bellion perbelanjaan pe-
ngurusan,RM.46 Bellion untuk pembangunan,jadi macam mana
Tok Jib nak merancak kan pertumbuhan ekonomi negara?.


BAJET 2018-BAJET PILIHANRAYA

Dalam Bajet tersebut Najib umumkan bantuan keatas[one off]
bantuan kewangan RM,1500 Pada kakitangan awam,RM.750
pada pesara RM.1,500 Imam,siak,bilal,guru Kafa,Tamrin,Tok
Batin Rm.600 pada pesawah,Brim RM.1,200,elaun warga emas
RM.350,bayaran dibuat dua peringkat mulai januari 2018 dan
menjelang hari raya.

Pemansuhan Tol pula di buat di negeri Selangor,Kedah dan
Johor negeri yang kuat pembangkang,

Bantuan anak lahir 2018 di beri dana RM.200 dalam bentuk
Saham PNB mulai Jan 2018 hingga 2020,yang ni di Ciplak
dari kerajaan Pakatan Selangor yg bermula dari 2008 lagi.

Bajet nie betul-betul nak memenangi hati rakyat,tetapi
rakyat jangan jadi pening lala dan teroja,bajet nie seperti kita
sakit pergi jumpa doktor,doktor bagi ubat penahan sakit
kita makan ubat tersebut,hilanglah sakit tuu,apabila kuasa
ubat tuu habis,sakit kita datang semula.

Apa pun yang perlu rakyat marhain perlu hapuskan cukai
GST kerana cukai inilah yang menaik kan harga barang,kalau
Tok Jib dan Pak-Pak Menteri kata,ini bajet terbaik dalam se-
jarah,maka rakyat marhain kata GST  lah yang menghantui
kehidupan rakyat,rakyat mahu hapus rasuah,banyak kan
peluang pekerjaan rakyat,tingkatkan pendapatan rakyat.

Rakyat tahu Bajet ini adalah bajet Pilihanraya,ini di akui
sendiri oleh Zahid TPM

Aku tak nak ulas panjang lee,aku bukan pakar ekonomi
hanya anak kampung lulus sekolah atap aje,luu fikir lah
sendiri,apa jadi kalau belanja lebih dari pendapatan ???.













Sunday 8 October 2017

UMNO-ANGSA BERTELUR EMAS.....


















================================================

Seminggu lalu aku terbaca dalam Malaysiakini TS.Muhamad Mohd
Taib kata Umno ialah Angsa Bertelur Emas.

Bekas Menteri Besar Selangor TS.Muhamad Mohd Taib menjelaskan
alasan nya untuk kembali kepangkuan Umno sejak menyertai semula
parti itu bulan lepas.

Dalam sidang akhbar pertama di kediaman nya di Shah Alam Muhamad
menyatakan dengan jelas tujuan nya kembali kepada Umno bagi mengu-
kuhkan wadah dan perjuangan politik orang Melayu.

"Kalau orang Melayu hilang kekuatan politik,maka masa depan di luar
bandar sapa nak jaga,"soalnya.

Muhamad yang pernah menyertai PAS,PKR sebelum kembali kepada
Umno,berkata,agenda Melayu tidak pernah di bincang dalam parti-
parti pembangkang itu,dengan menyebut kaum China menguasai  bidang
perniagaan,kaum India di bidang profesinol,ini adalah sebab mengapa
kaum Melayu harus mengukuhkan cekaman politik mereka.

"Saya nak ingatkan kepada orang Melayu,terutama di Felda-jangan lah
mudah terpengaruh dengan dia (pembangkang) punya manipulasi,

"Saya ingatkan orang Melayu,kita jangan silap dalam masa mengamuk
terbunuh Angsa yang mengeluarkan Telor Emas,"kata muhmad yang
lebih di kenali dengan panggilan Mat Taib.

Di tanya sama  ada Angsa yang bertelur emas itu adalah Umno.Mat
Taib berkata "Apa agi wadah politik orang Melayu,selain Umno".

"Apabila saya hadir dlm mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) PKR,di-
situ penuh dengan semua kaum,kamu tak boleh cakap tentang kepen-
tingan Melayu,tidak prektikal,kita perlu mempunyai satu wadah Me-
layu untuk membicarakan hal Melayu,"katanya.

Di tanya mengapa beliau tidak meninggalkan PKR serta merta,Mat
Taib menjelaskan bahawa beliau tidak mahu di lihat berubah ubah
fikiran.

"Saya mahu menepapkan pendirian,"katanya sambil menegaskan
beliau bukan seorang yang bersifat perkauman,kita harus benarkan
kaum India dan China terbabit untuk memegang sebarang jawatan,
tetapi Melayu harus mengawal politik negara",katanya.

Muhamad juga berkata,beliau tidak mempunyai keraguan sekiranya
pemimpin dari kaum China menjadi Perdana Menteri,kalau orang
Melayu setanding dengan bangsa lain,bahkan orang China boleh jadi
PM.

"Tetapi ini bukan masanya.Di US beberapa ratus tahun baru benarkan
Barrack Obama jadi Preseden Kulit Hitam pertama Amerika.

ULASAN ANAK KAMPUNG.

Hang nie macam mana Mat? Bila hang masuk PAS,hang pi ceramah,
hang kata dah insaf,duduk masjid,surau,baca quran hari hari dan baca
tafsir di bimbing oleh Ust Datuk Harun Din.Hang kata Umno tak leh
pakai,hidup Melayu takdak dalam Quran.

Pah tuu hang kata,Umno gadai Islam,tak leh pakai lagi,Umno amal
Rasuah,macam-macam hang kotok kat dia.

Lenie hang kata pulah Umno tuu Angsa bertelur emas pula,Abih ke-
napa hang lompat kat PAS PKR,Hang nie telur tembelang tak leh
pakai lagi.

Dok dalam PAS,PKR memang tak leh buat duit isi kantong hang,
kerana dalam PAS-PKR takdak Angsa bertelur emas,hihihi,
lantaklee Mat ooi......


Tuesday 3 October 2017

MAT TAIB DAH MULA TUGAS BARU...















--------------------------------------------------------------------------------

Tugas baru TS Muhamad Mohd Taib hari ini mengkeritik MB
Selangor Datuk Seri Azmin Ali sambil mendakwa pemimpin PKR
itu gagal membela nasib orang Melayu.

Muhamad atau Mat Taib yang menyertai semula Umno 2 minggu
lepas,berkata nasib orang Melayu secara khusus nya tidak di beri
perhatian penuh oleh Azmin.

"Bagaimana beliau boleh di gambarkan sebagai hebat negeri? adakah
dengan hanya memberikan Bas percuma," katanya kepada wartawan
merujuk perkhidmatan bas "Selangorku" di taja kerajaan negeri.

"Apa yang Azmin kecepi hari ini adalah atas apa pemimpin Umno
Selangor lakukan.Jika bina rumah,Azmin boleh di ibaratkan,membina
cermin saja," katanya di sidang media di rumahnya.

Mat Taib berkata,sejak pemerentahan nya lagi,Selangor sudah me-
nyumbang sepe3rtiga keluaran dalam negara kasar (KDNK)."Selangor
Pulau Pinang dan Johor memang merupakan negeri yg sememangnya
menyumbangkan kepada KDNK Negara,tetapi jangan gunakan per-
kara ini sebagai kredit untuk diri sendiri,"katanya.

Mat Taib juga menolak dakwaan beberapa pihak yang berkata,sidang
medianya pada 17 Sep lalu,asalnya mahu turut mengumumkan penyer-
taan beberapa adun-adun PKR dan PAS kedalam Umno,"Yang saya
tahu,hanya saya yang hendak masuk balik kedalam Umno,saya tidak
ada masuk hendak bawa sesiapa," katanya mengenai sidang media
yang turut di hadiri Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu mengulas mengenai PPBM,Mat Taib menyatakan ia
parti yang mempunyai nafsu kuat tetapi tenaganya lemah.

"PPBM boleh kata partinya adalah parti yang berasaskan bangsa
Melayu,tetapi hakikatnya kekuatan parti itu masik di peringkat
pucuk daun,belum sampai keperingkat akar umbi.

"Kalau hendak dominan dan menang,mesti punya jentera yang kuat
seloroh negara seperti apa yang ada kepada Umno dan Pas.Cuba tanya
PPBM,ada tak jentera di kawasan Felda? yang ada hanya dikawasan
bandar seperti Shah Alam,hanya gendang saja yang kuat," katanya.
fmt.

LAGI ANGGOTA TLDM DI DERA ?















==============================================

Dua anggota tentera laut membuat laporan Polis selepas menge-
lami kecederaan di bilik tahanan unit Sungai Wangi Setiawan.

Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata,2 anggota ter-
sebut yang masing-masing berumur 30 tahun cedera di bahagian
abdomen dan kini di rawat di Hospital Manjunh.

"Laporan polis di buat hari ini akan di siasat mengikut seksyen
325/506 kanun keseksaan,pihak polis sekarang menjalankan sia-
satan sama ada insiden ini berlaku ketika di dalam bilik tahanan
ketika di kurung atau di luar.Kita juga akan menyiasat sekiranya
ada lagi anggota TLDM terbabit dengan inseden seperti ini,"kata
nya kepada pemberita.

Susulan kejadian itu,2 anggota tentera yang masing-masing ber-
umur 29 dan 37 tahun di reman 7 hari mulai hari ini bagi mem-
bantu siasatan kes itu.

Mengenai kematian 2 anggota tentera di bilik tahanan yang sama
sebelum ini Hasnan berkata,pihaknya sedang menjalankan siasatan
Forensik terhadap kemera litar tertutup yang di rampas.

"Jabatan siasatan jenayah Perak kini di bantu Bukit Aman bagi
menyiasat insiden ini,"katanya.

Pada Jumaat lepas 2 anggota tentera laut ia itu LK,1 Mohamad
Baihaqi Nek Mat 28,dan LK 1,TLS Muhamad Lailatuliman Mohd
Sukri 26 meninggal dunia di bilik tahanan tersebut di percayaai
akibat di dera berdasarkan bedah siasat daripada Jabatan Patologi
Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Bedah siasat di lakukan keatas Nik Muhamad Baihaqi mendapati
kematian nya di sebabkan pendarahan paru-paru akibat trauma
tumpul,menakala Muhamad Lailatuliman meninggal akibat penda-
rahan paru-paru serta trauma tumpul pada tisu lembut.

Susulan itu 3 anggota TLDM di reman 7 hari mulai semalam bagi
membantu siasatan - fmt.

MAMPUKAH 3 KUDA TUA NIE MENGGIGIT ???..

Mampukah 3
Kuda Tua nie
menggigit ?,

Bila saja se-
but menggigit
tak semena me-
nanya aku teri-
ngat kepada per-
istewa berlaku
Mike Tysen
dlm satu perla-
wanan Tinju,di-
mana Mike Tysen
dalam pusingan
akhir,saat akhir
menggigit telinga
lawan nya,hingga
cuping telinga ber-
darah dan jatuh di-
hadapan Juri.

Seminggu lalu
Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Selangor Tas Sri Noh Omar berkata,penyertaan
semula Tan Sri Muhamad Mohd Taib kepangkuan Umno memberi
aura baru buat BN Selangor.

Katanya kita sudah bincang bukan saja dengan TS.Mohamad Taib,tapi
kita ada Tan Sri Abu Hasan dan Dr Mohd Khir Toyo,yang mana ke-
tiga-tiga mereka nie bekas Menteri Besar Selangor.

Mereka bertiga ini akan berganding bahu bersama-sama dengan beliau
memastikan Kerajaan Selangor yg di pimpin oleh PKR tumbang dalam
PRU 14 nanti dan mengambalikan Selangor kapada BN.

Itulah kenyataan yang di buat Pengerusi Perhubungan Umno Selangor
TS.Noh Omar.

Aku rasa lee,dia nie bercakap kosong aje.Apakah selama nie Noh
sudah gagal menjalankan misi merampas Kerajaan Selangor yang di
pimpin oleh PKR ???,ia terpaksa minta bantuan 3 kuda tua yang aku
rasa sudah tidak dapat menggigit lagi dan menghadapi berbagai bagai
masaalah peribadi dan sebagainya.

Rakyat Selangor tahu,siapa Ts.Mohamad Mohd Taib,Siapa Ts Abu
Hasan Omar dan siapa Dr.Mohd Khir Toyo.

Rakyat Selangor bukan lee bodoh.Ibarat Pohon subur dan telah me-
ngeluarkan buah,dan buahnya telah di rasai oleh rakyat,lemak manis
nya,aku rasa rakyat Selangor tak akan beralih arah kepada BN,kerana
mereka merasa dan dapat membezakan Umno/BN memerentah
sejak merdeka lagi hingga 2008 mereka tumbang kepada Pakatan
Rakyat  ia-itu PKR,PAS DAN DAP.

Walau apa pun itu cuma pendapat dan andaian aku saja,dalam politik
macam-macam boleh berlaku.Itu semua kerja Allah SWT, apabila
Allah kata KUN-jadi lah-Fayaqun-jadilah sesuatu yang di kehendaki
nya.