BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 29 October 2017

BN YAKIN BAJET PILIHANRAYA-DAPAT GULA-GULAKAN RAKYAT...















================================================

Ahli Parlemen BN yakin " Belanjawan Pilihanraya" yang di bentang
kan Perdana Menteri Ds,Najib Razak membawa mereka kepada  ke-
menangan besar dalam pilihan raya umum ke-14 [PRU-14].

Menteri yang bertanggungjawab keatas unit perancang ekonomi
Dato Seri Abdul Rahman Dahlan berkata,Bajet 2018 mencerminkan
kedudukan BN sebagai pemerentah yang lebih baik dan mengakui
bajet mempunyai 'Insentif' pilihanraya bagi rakyat.

"BN kini berharap untuk kemenangan dalam PRU-14 kerana perun-
tukan bajet meliputi semua masyarakat," kata beliau.

Walau bagaimana pun Menteri Pertahanan Dato Seri Hisamuddin
Hussein bercanggah dengan tanggapan Rahman,sambil mengatakan
Bajet 2018 bukan Belanjawan Pilihanraya."Bajet ini tidak di laku
kan untuk menggembira rakyat atau membeli undi,tetapi memberi
rakyat apa yang mereka perlukan,"kata beliau.

Menteri Kesihatan dan Presiden MIC DS,Subramanian menyifat
kan sebagai Bajet "Fenomenal" untuk masyarakat India .Beliau
berkata peningkatan kuota tujuh peratus bagi kaum India di-
Universiti awam dan perkhidmatan awam adalah langkah yg telah
lama di harapkan oleh masyarakat."Kami telah bercakap pada se-
tiap tahun di Mst Agong Tahunan MIC,Ia akhir nya berlaku"
katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri DS.Azalina Othman Said
berkata, ini adalah "Bajet terbaik setakat ini".Beliau berkata
kerajaan terus rialistik dlm menentukan dasar ekonomi negara
dengan memastikan semua kometmen yang di buat akan di penuhi.

"Saya juga berterima kasih kepada 3 lagi mahkamah khas untuk
jenayah seksual kanak-kanak yg di tubuhkan",katanya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan TS.Noh Omar berkata,
belanjawan itu benar-benar menangani kerisauan rakyat,mengam-
bil kira pengecualian TOL Batu Tiga dan Sungai Rasau Selangor,
kata beliau,perkara itu sudah lama di suarakan.

"Kedua-dua TOL itu bukan saja menimbulkan masaalah kepada
rakyat secara kewangan tetapi juga menyebabkan kesesakan di-
Lebuh Raya Persekutuan,kerajaan telah memahami perkara ini dan
kini menunaikan nya",kata beliau.

### Fmt,












0 comments: