BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 7 November 2017

EH..EH..EH..BAGAUHNYA DAN MANISNYA BAHASA DS.NAJIB..NIE...

















================================================

Aku cukup terkejut,apabila mendengar ucapan DS.Najib Perdana
Menteri kita merangkap Pengerusi Barisan Nasional yang berucap di-
Perhimpunan Agong MCA Parti Komponan Bee End pada 5-Nov.2017
lalu.

Apa yang aku terkejut sangat bahasa yang di gunakan,"Kepala Bapak
Kau,""Bodoh", sepatutnya perkataan macam tuu tidak terkeluar dari
mulut seorang Perdana Menteri pemimpin No 1,Negara.

Kalu nak marah macam mana pun pada pembangkang, usah lee ber-
emosi sangat,pelihara lee adat sopan kita,nanti rakyat ramai membuat
tafsiran yang tak enak.

Dedulu akau masih ingat Ucapan DS Najib di Felda,dia menyumpah
seranah "Haramjadah"-"Bangang"-"Bangsat".

Aku rasa perkataan ini sudah menjadi kebiasaan pada pemimpin Umno
Bee End.Perkataan Haramjadah-Bangsat-Bangang-Kepala Bapak Kau-
Bodoh sinonin menjadi ratip pemimpin Umno.

Nak marah pada pembangkang?,tuu memang lee kerja pembangkang
dan rakyat dalam sebuah negara demokrasi,kerajaan bukan maksum
ada membuat kesilapan,rakyat serta pembangkang kena tegor,apabila
kena tegor jangan lee melenting,jawab lee dengan berfakta kerisauan
rakyat.

Nak harapkan pada Pak-Pak Menteri Umno-Bee End,bak kata lirik
sebuah lagi Allahyarham Tan Sri P.Ramlee-Di suruh duduk-duduk,
di suruh angguk-angguk,di suruh geling-geling,apa akan jadi kalau
Rakyat and Pembangkang tak bersuara.

Perkataan Haramjada,Kepala Bapak di khuatir akan menjadi ikutan
anak-anak kita.Lee nie mak pak jangan lee rasa terkejut kalau anak-
anak kita menyebut perkatan ini di depan kita,jangan marah,kerana
memang ada gurunya,mungkin anak-anak kita boleh kata lebih baik
Kepala Bapak Kau,Penipu,Lidah Bewok [lidah bercabang] dan se-
bagainya.

Ds Najib dan Menteri-menteri Umno nie cakap depan 0rang Melayu,
"DAP akan munguasai kerajaan Malaysia sekiranya Bee End tumbang
dalam PRU nanti,Bercakap depan orang Cina lain pula,"Beri tahu
orang-orang Cina,DAP tidak akan boleh tubuh kerajaan,rialiti nya PRU
lepas,mereka menang pun tidak boleh tubuh kerajaan.DS.Najib 51117.

Weh..Weh..Weh..nie lee bercakap dalam dua wajah.di sana lain,
di sini pula lain hahaha...aku tergelak terguling-guling....

0 comments: