BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 16 November 2017

Hormati Perlembagaan,Terima Kepelbagain,TS.Lee Lam Thye...




















-----------------------------------------------------------------------------
Shah Alam:Semua pihak seharusnya menghormati Perlembagaan
Persekutuan dan menerima pelbagai kaum serta agama sebagai
Identiti unik Malaysia.

Aktivis Masyarakat,Tan Sri  Lee Lam Thye (gambar atas) berkata,
dakwaan bahawa larangan bertudung bagi wanita Islam yang ber-
kerja di barisan hadapan sektor perhotelan tidak seharusnya berlaku.

"Dakwaan mengatakan ia selaras polisi di peringkat antarabangsa
tidak boleh di terima.

"Kita harus sentiasa berpegang kepada flasafah di mana bumi di-
pijak di situ langit di junjung,kita harus sentiasa mengikuti dan meng-
hormati adat istiadat serta kebiasaan di tempat kita berada," katanya
dalam kenyataan semalam.

Menurutnya,orang luar yang berkunjung ke Malaysia juga harus
hormati agama dan budaya di amalkan rakyat negara ini   tanpa
prejudis atau fobia.

0 comments: