BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 15 November 2017

ISU TUDUNG:TINDAKAN PADA MAJIKAN DISKRIMINASI.......

















       DATUK SERI ISMAIL ABDUL MUTALIB TIM.MENTERI SUMBER MANUSIA
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kementerian Sumber Manusia memberi amaran tidak akan
berkomporomi untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana
majikan yang didapati melanggar hak serta melakukan diskrimi-
nasi kepada pekerja-pekerja di Malaysia.

Timbalan menterinya,Datuk Seri Ismail Abd Talib berkata,
Produktiviti dan prestasi syarikat adalah fokus yang harus di beri
keutamaan berbanding isu konsip pemakaian yang konon nya melang-
gar etika antarabangsa.

Menurutnya,dalam etika berpakaian dalam kalangan pekerja,selagi
mereka tidak memakai pakaian yang melanggar norma budaya,
bangsa dan agama ia tidak perlu di persoalkan oleh majikan,apatah
lagi dalam isu pemakaian tudung.

"Saya mahu memberi amaran kepada majikan dalam semua sektor
sama ada awam atau swasta,jangan laku kan diskriminasi atau hala-
ngan kepada sesiapa yang ingin memakai tudung ketempat kerja
kerana ia langsung tidak melanggar mana-mana akta kerja 1955
(Akta 265) atau akta perhubungan perusahaan 1967 (Akta 177).

"Utamakan Produktiviti dan kemajuan syarikat,jangan duduk sebuk
fasal larangan pakai tudung atau tak", katanya yang turut menggesa
para pekerja melaku kan aduan ke Pejabat Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
sekiranya mereka tertindas atau diskriminasi oleh majikan dalam isu
pemakaian tudung.

"Jika ada pekerja wanita yang di tamatkan  kerja sebab bertudung,
laporkan kepada kita (JTK) dan kita akan siasat majikan tak bertang-
jungjawab itu.

"Tindakan boleh di ambil mengikut faedah penamatan kerja dan faedah-
faedah lain di bawah akta Pekerja 1955 (Akta 265) atau representasi
pemulihan kerja di bawah seksyen 20 akta perhubungan perusahaan
1967," katanya di Putrajaya pada selasa.

Jelasnya lagi,Perlembagaan Negara jelas mengenai hak rakyat untuk
mengenakan pakaian mengikut kepercayaan agama mereka dan pihak
lain kena menghormati.

"Jika keadaan diskriminasi ini terjadi ia boleh meresahkan semua
kaum.Jadi perlu adanya persefahaman dan keharmonian dalam
masyarakat untuk kesejahteraan negara,"ujar beliau.

### Sumber:Watan Online...


0 comments: