BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 8 October 2017

UMNO-ANGSA BERTELUR EMAS.....


















================================================

Seminggu lalu aku terbaca dalam Malaysiakini TS.Muhamad Mohd
Taib kata Umno ialah Angsa Bertelur Emas.

Bekas Menteri Besar Selangor TS.Muhamad Mohd Taib menjelaskan
alasan nya untuk kembali kepangkuan Umno sejak menyertai semula
parti itu bulan lepas.

Dalam sidang akhbar pertama di kediaman nya di Shah Alam Muhamad
menyatakan dengan jelas tujuan nya kembali kepada Umno bagi mengu-
kuhkan wadah dan perjuangan politik orang Melayu.

"Kalau orang Melayu hilang kekuatan politik,maka masa depan di luar
bandar sapa nak jaga,"soalnya.

Muhamad yang pernah menyertai PAS,PKR sebelum kembali kepada
Umno,berkata,agenda Melayu tidak pernah di bincang dalam parti-
parti pembangkang itu,dengan menyebut kaum China menguasai  bidang
perniagaan,kaum India di bidang profesinol,ini adalah sebab mengapa
kaum Melayu harus mengukuhkan cekaman politik mereka.

"Saya nak ingatkan kepada orang Melayu,terutama di Felda-jangan lah
mudah terpengaruh dengan dia (pembangkang) punya manipulasi,

"Saya ingatkan orang Melayu,kita jangan silap dalam masa mengamuk
terbunuh Angsa yang mengeluarkan Telor Emas,"kata muhmad yang
lebih di kenali dengan panggilan Mat Taib.

Di tanya sama  ada Angsa yang bertelur emas itu adalah Umno.Mat
Taib berkata "Apa agi wadah politik orang Melayu,selain Umno".

"Apabila saya hadir dlm mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) PKR,di-
situ penuh dengan semua kaum,kamu tak boleh cakap tentang kepen-
tingan Melayu,tidak prektikal,kita perlu mempunyai satu wadah Me-
layu untuk membicarakan hal Melayu,"katanya.

Di tanya mengapa beliau tidak meninggalkan PKR serta merta,Mat
Taib menjelaskan bahawa beliau tidak mahu di lihat berubah ubah
fikiran.

"Saya mahu menepapkan pendirian,"katanya sambil menegaskan
beliau bukan seorang yang bersifat perkauman,kita harus benarkan
kaum India dan China terbabit untuk memegang sebarang jawatan,
tetapi Melayu harus mengawal politik negara",katanya.

Muhamad juga berkata,beliau tidak mempunyai keraguan sekiranya
pemimpin dari kaum China menjadi Perdana Menteri,kalau orang
Melayu setanding dengan bangsa lain,bahkan orang China boleh jadi
PM.

"Tetapi ini bukan masanya.Di US beberapa ratus tahun baru benarkan
Barrack Obama jadi Preseden Kulit Hitam pertama Amerika.

ULASAN ANAK KAMPUNG.

Hang nie macam mana Mat? Bila hang masuk PAS,hang pi ceramah,
hang kata dah insaf,duduk masjid,surau,baca quran hari hari dan baca
tafsir di bimbing oleh Ust Datuk Harun Din.Hang kata Umno tak leh
pakai,hidup Melayu takdak dalam Quran.

Pah tuu hang kata,Umno gadai Islam,tak leh pakai lagi,Umno amal
Rasuah,macam-macam hang kotok kat dia.

Lenie hang kata pulah Umno tuu Angsa bertelur emas pula,Abih ke-
napa hang lompat kat PAS PKR,Hang nie telur tembelang tak leh
pakai lagi.

Dok dalam PAS,PKR memang tak leh buat duit isi kantong hang,
kerana dalam PAS-PKR takdak Angsa bertelur emas,hihihi,
lantaklee Mat ooi......


0 comments: