BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 29 October 2017

BAGUHNYA BAJET 2018-BESAR PASAK DARI TIANG...

Jumat 27-10-2017 aku awal-awal
dok tunggu depan TV nak dengar
DS Najib [Tok Jib] Menteri Ke-
wangan merangkap PM  Malaysia
berucap dan membentangkan
Bajet 2018.

Aku cukup teroja mendengar angka
angka yang di sebut dalam pemben-
tangan tersebut,Juta-Juta,Puluh Juta
Ratus Juta,Bellion,Ratus Bellion...
Wah sungguh hebat.

Tahniah Malaysia sekali lagi menca-
tat Bajet Difisit,kalau tak silap aku
ini adalah kali ke 20 atau kali ke 22
berturut-turut.

Bajet Difisit nie,bermakna Bajet
Berhutang,aku bagi contoh mudah,pendapatan aku sebulan  RM.
2,500,pendapatan isteri aku RM.1,200,jadi jumlah pendapatan
kami RM.3,700 Sebulan.Tapi oleh kerana aku daan isteri aku Boros
berbelanja,perbelanjaan kami meningkat ke RM.5,000 Sebulan,
mana nak cekau,gagau RM.2,000 Lebih tuu,fikir punya fikir kami
terpaksa pi jumpa CETI ATAU ALONG pinjam duit,makna nya
sampai mampus lee dok bayar hutang.

Contoh pengurusan sebuah rumah tangga, 84% tu buat belanja
makan minum dll,hanya tinggal 16% aje untuk anak anak sekolah
pakaian,tak dak langsung untuk simpan sakit demam,baiki rumah
dan sebagainya.

Dalam Bajet Tok Jib, ia-itu RM.234.25 Bellion perbelanjaan pe-
ngurusan,RM.46 Bellion untuk pembangunan,jadi macam mana
Tok Jib nak merancak kan pertumbuhan ekonomi negara?.


BAJET 2018-BAJET PILIHANRAYA

Dalam Bajet tersebut Najib umumkan bantuan keatas[one off]
bantuan kewangan RM,1500 Pada kakitangan awam,RM.750
pada pesara RM.1,500 Imam,siak,bilal,guru Kafa,Tamrin,Tok
Batin Rm.600 pada pesawah,Brim RM.1,200,elaun warga emas
RM.350,bayaran dibuat dua peringkat mulai januari 2018 dan
menjelang hari raya.

Pemansuhan Tol pula di buat di negeri Selangor,Kedah dan
Johor negeri yang kuat pembangkang,

Bantuan anak lahir 2018 di beri dana RM.200 dalam bentuk
Saham PNB mulai Jan 2018 hingga 2020,yang ni di Ciplak
dari kerajaan Pakatan Selangor yg bermula dari 2008 lagi.

Bajet nie betul-betul nak memenangi hati rakyat,tetapi
rakyat jangan jadi pening lala dan teroja,bajet nie seperti kita
sakit pergi jumpa doktor,doktor bagi ubat penahan sakit
kita makan ubat tersebut,hilanglah sakit tuu,apabila kuasa
ubat tuu habis,sakit kita datang semula.

Apa pun yang perlu rakyat marhain perlu hapuskan cukai
GST kerana cukai inilah yang menaik kan harga barang,kalau
Tok Jib dan Pak-Pak Menteri kata,ini bajet terbaik dalam se-
jarah,maka rakyat marhain kata GST  lah yang menghantui
kehidupan rakyat,rakyat mahu hapus rasuah,banyak kan
peluang pekerjaan rakyat,tingkatkan pendapatan rakyat.

Rakyat tahu Bajet ini adalah bajet Pilihanraya,ini di akui
sendiri oleh Zahid TPM

Aku tak nak ulas panjang lee,aku bukan pakar ekonomi
hanya anak kampung lulus sekolah atap aje,luu fikir lah
sendiri,apa jadi kalau belanja lebih dari pendapatan ???.













0 comments: