BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 25 December 2018

BERHENTI JAJA HUTANG & FOCUS TUNAIKAN JANJI...


Berhenti Jaja  Cerita Hutang & FOCUS Tunaikan Janji
kata Daim kepada PH.

Kerajaan Pakatan Harapan [PH] perlu berhenti mengu-
langi naratif tentang hutang negara dan mula menumpukan
untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya,kata  Dain
Zainuddin.

Bercakap kepada pemberita hari ini,bekas menteri kewangan
itu berkata sesiapa saja akan jemu sekiranya mendengar ten-
tang masaalah yang di hadapi oleh kerajaan setiap hari.

Beliau mengingatkan PH,bahawa pengundi mungkin menolak
mereka pada pilihan raya umum [PRU] akan datang,sekiranya
gagal menunaikan janji kepada rakyat.

Rakyat tak nak dengar pasal hutang,itu cerita lama.Tapi kera-
jaan perlu perbetulkan,itu soal pengurusan.

"Kalau kerajaan kata ada hutang,itu soal kerajaan [yang perlu
di selesaikan] kerajaan kena bayar,rakyat hanya tahu harga mesti
turun.Pendapatan mesti meningkat,ini tanggungjawab kerajaan",
kata Daim,ketika di temui pada program bersama penduduk Felda
Sungai Tinggi,Hulu Selangor hari ini.

Daim yang merupakan kenalan rapat Perdana Menteri Dr,Mahathir
Mohamad pernah mempengerusikan Majlis Penesihat Kerajaan,
berkata,ini sudah tiba masanya PH menunaikan janji manifesto
pilihan raya.

Katanya,manifesto itu merupakan sesuatu yang boleh di laksanakan
namun ia memerlukan tumpuan kerajaan.

"Boleh buat,bukan tak boleh buat.Tumpukan perhatian pada manifesto
ini.Mungkin perlukan sedikit masa,tetapi perhatian perlu di berikan.

"Menteri mesti selesaikan masaalah.Semua tahu masaalah,tapi kalau
mahu cerita hari-hari kita pun jemu",katanya.Terdahulu dalam ucapan
nya pada program itu,Daim menyebutkan bahawa kerajaan PH perlu
menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.

Sekiranya tidak,katanya,katanya pembangkang akan menjuarai isu
berkenaan.

Di minta mengulas lanjut Daim berkata, rakyat mungkin akan menolak
PH  sekiranya gabungan itu gagal menunaikan janji manifesto pilihan
raya.

"Mungkin,jika tak tunai janji,mungkin [rakyat tukar kerajaan],rakyat
berhak tukar," katanya...

0 comments: