BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 21 December 2018

PESTA LOMPAT-ANTARA PEMIMPIN KATAK DAN KHIANAT...















==============================================
Lompat-lompat nie orang samakan dengan KATAK,Spisis katak
nie ada banyak,ada katak puru,ada katak pisang,katak licin,katak
hijau dan lain-lain lagi.

Katak-katak nie biasanya melompat pada musim hujan untuk men-
cari makan-Tapi leenie katak nie dah tak pilih musim dah,musim ke-
marau pun mereka lompat,mungkin mereka-mereka nie kepanasan
melompat nak cari tempat ada air dan makanan kot? bolehlah mereka
makan,minum mandi manda di situ.

Amat mengejutkan kita selepas kekalahan umno/bn yang menguasai
kerajaan 60 tahun sejak merdeka,keadaan politik Malaysia menjadi
kalut,kacau bilau,jadi sasau,sewel dek kehilangan kuasa,seolah-olah
ada satu Pesta Lompak Katak.Dan pihak yang menang macam orang
mabuk todi,macam tikus membaiki labu,pinda sana,pinda sini.

UMNO walau pun kalah,kalau tak silap aku,mereka masih mempu-
nyai kerusi terbanyak,di Parlemen mereka ada 54 kerusi dan bagitu
juga di Dewan-dewan Undangan Negeri-negeri dan masih berkuasa
di dua buah negeri ia-itu Pahang dan Perlis-Pas pula menguasai
Negeri Kelantan sejak 1999 dan dalam PRU-14 lalu dapat satu lagi
ia-itu Terengganu.

Mereka-mereka nie boleh menjadi Pembangkang yang kuat bagi
semak dan imbang kepada Kerajaan PH, yang kita tengok masih
rapuh,sudah 7 bulan mereka memegang kuasa,mereka tak dapat
tunaikan janji-janji pilihanraya kepada rakyat.

Tetapi pada hari nie kita tengok YB-YB [yang melompat] sangat
gelojoh,tidak ada jati diri,tidak tahan ujian sanggup menggadai me-
ruah,menjadi pengkhianat pada perjuangan parti,yang telah di amanah
kan pada mereka,sebab itu mereka-mereka nie berduyun-duyun,mereka
dengan tidak rasa segan dan malu melompat ke parti lain.

Kita hormat pilihan mereka,tetapi bukan cara begitu,mereka lompat
dengan kerusi-kerusi sekali yg mereka menang hasil titik peluh ahli
ahli parti,sepatutnya mereka lebih dulu letak jawatan YB itu,adakan
pilihanraya kecil PRK di tempat mereka pulangkan pada pengundi
membuat pilihan,lepas tuu lompatlah tinggi mana pun,pengundi tak
kisah...haram tuu,elaun YB yang kamu makan tanggung anak bini.

Kepada YB-YB UMNO,sama ada Parlemen atau Dun yang masih
setia pada perjuangan parti,teruskan perjuangan anda,kalau ada lagi
yang hendak melompat,letak jawatan dulu,jagalah meruah diri.

Aku cukup benci orang tidak ada pendirian nie,sama dari UMNO,PAS
PKR dan lain-lain,kerana mereka tidak ada pendirian,mereka juga di-
anggap sebagai pengkhianat pada perjuangan,tidak boleh di percayaai
buat selama-lamanya...

0 comments: