BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 2 December 2018

BIARLAH HIMPUNAN UNTUK SUARAKAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM DI KALA TOKOH ISLAM KERAJAAN KURANG BERSUARA-DR-MAZA...














========================================
Ahad 2hb.Dec.2018

SHAH ALAM:- Himpunan untuk membantah Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskri-
minasi Kaum [ICERD],mungkin sudah tidak releven,selepas
Perdana Menteri menegaskan Kerajaan tidak akan meratifikasi
kan nya.

Namun menurut Mufti Perlis,Datuk DR.Mohd Asri Zainal
Abidin,penganjuran himpunan itu untuk penegasan isu-isu
semasa lain yang membabitkan kepentingan umat islam ada
lah releven dalam suasana umat islam memerlukan suara
siasah yang jelas pada saat ini,kata Mohd Asri,ini kerana umat
islam hari ini gusar dengan perkembangan mutakhir ini,rialiti
nya umat islam hari ini gusar dengan perkembangan mutakhir.

Berilah ruang untuk mereka menzahirkan keresahan itu dalam
suasana aman.Pihak lain kelihatan suara mereka menuntut pel-
bagai hak.Itu pun hak mereka untuk bersuara.

Sementara kebanyakan tokoh politik umat islam dlm kerajaan
hanya diam atau pun kurang bersuara,Apatah lagi ada yang
bagitu apologetik dengan islam.

Maka,biarlah jika ada pihak yang mampu dan ingin bersuara
bagi menzahirkan rasa hati mereka sebagai penduduk asal dan
mejoriti dalam negara ini,katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd Asri,ramai tokoh-tokoh politik dlm kerajaan
hari ini pernah memperjuangkan perhimpunan aman sebelum
menjadi pemerentah,maka perkara berkenaan bukan lah sesua-
tu yang janggal untuk pihak lain pula untuk berhimpun secara
aman dengan syarat mereka mengikut lunas undang-undang,.
Apatah lagi jika rekod pihak berkenaan sebelum ini terbukti
tidak bertindak ganas dalam perhimpunan-perhimpunan
mereka,kata beliau.

Bagaimana pun tegas Mohd Asri,perhimpunan aman yang
hendak di lakukan itu boleh di anggap ikhlas dan bertujuan
untuk kepentingan umat jika ia bebas daripada slogan ke-
partian dan tidak berkempin menaikkan parti-parti politik
tertentu kata beliau.Ia hendaklah satu perhimpunan rentas
parti dan rentas kepentingan.

Kelompok dan objektif nya adalah perhimpunan untuk umat,
daripada umat kepada umat,"Saya juga ingin mengingatkan,
Islam itu Adil untuk semua tanpa mengira latar bangsa dan
agama,".

Perhimpunan tak boleh seruan yang menzalimi mana-mana
agama dan bangsa lain yg tidak menzahirkan permusuhan
terhadap umat islam,seruan islam mengajak kepada kehar-
monian,saya percaya pihak penganjur memahami hal ini.

"Saya ingin mengingatkan mereka yang ingin menyertai per-
himpunan aman itu agar mengamalkan ikhlak islam ia itu
tidak memaki hamun,mencarut,melaungkan ungkapan yang
menyanggahi prinsip islam,mengelakan tingkah laku yang
bercanggah dengan ajaran islam serta menghormati hak,
demikian juga hendaklah mereka  arahan pihak keselamatan
demi kebaikan negara,katanya lagi,Penganjur Perhimpunan
Gerakan Pembela UMAH [UMMAH] sebelum ini menegas
kan akan meneruskan himpunan yang di jadual pada 8-dec.
ini,namun ia bertukar format drp himpunan bantahan kepada
himpunan kesyukuran.

Ketua Sekretariat nya Aminuddin Yahyaq berkata,pihaknya
menjangkakan himpunan tersebut tidak akan menghadapi
masaalah,memandangkan mereka menerima respon positif
daripada DBKL dan juga pihak Polis Di-Raja Malaysia
[PDRM]  bagi meneruskan perhimpunan berkenaan ujarnya,
pihaknya kini hanya menunggu kelulusan permohonan per-
mit penganjuran perhimpunan daripada DBKL.


0 comments: