BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 13 January 2020

ADUN SELANGOR DI TAHAN POSITIF DADAH ???











-----------------------------------------------------
KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Selangor dan empat Pegawai Khas ahli
politik,antara 17 individu di tahan polis dalam satu ope-
rasi semalam.

Mereka yang berusia antara 26 hingga 53 tahun,termasuk
enam wanita itu di tahan pada jam 4.45 petang,di sebuah
Kondominium di jalan Pucung di sini.

Menurut sember,penahanan itu berpunca daripada laporan
terhadap bunyi bising daripada sebuah parti persendirian di-
Kondominium terbabit.

Hasil siasatan lanjut,polis turut menemukan serbuk di per-
cayaai dadah dan rokok di percayai berisi ganja.

"Saringan awal ujian air kencing mendapati 16 drp mereka
positif",katanya sambil menjelaskan ADUN terbabit kini di-
reman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Sementara itu,Adun Dengkil,Adhif Syan Abdullah menapi-
kan beliau di tahan polis membabitkan kes dadah di sebuah
pusat hiburan semalam, Adhif Syan yg juga ketua Armada
Selangor. berkata dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.

Menteri Besar Selangor,Dato Seri Amirudin Shari pula
berkata,beliau menerima maklumat mengenai tangkapan
seorang Adun melalui Media Sosial,tetapi belum ada la-
poran rasmi mengenai perkara itu.

0 comments: