BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday 23 January 2020

HARGA BARANG MENCANAK DI MUSIM PERAYAAN.

------------------------------------------------------

DAH  menjadi kebiasaan dah...apabila tiba
musim perayaan,tak kra lee perayaan apa,Tahun
Baru Cina kee,Hari Raya Melayu kee,Taipusan,
Pongal dan lain-lain,harga barang terus mencanak
berbanding dengan harga komoditi seperti getah
sawit dll terus menjunam.

Kadang-kadang aku cukup jelik mendengar ke-
nyatan demi kenyataan dari pak-pak menteri men-
jelang musim perayaan, seperti semua barang-
barang keperluan mencukupi,harga terkawal dan
macam-macam lagi.

Eh-eh-eh..Lu tak perasaan kee? contohnya harga
bawang besar ini pun sudah cukup..lee nie sudah
mencanak lima hinggit sekilo,dulu singgit sekilo,
bawang kecik pula [bawang merah] enam boles
hinggit sekilo,tuu belum lagi lain-lain barang.

Apa yang aku nak sampaikan ia lah kehidupan
rakyat makin tertekan dan terhimpit,rakyat mar-
hain boleh jadi sewel dengan kenaikan harga ba-
rang nie,sedangkan harga komoditi seperti getah,
sawit dan lain-lain terus menjunam.

Harga barang keperluan rakyat pula,sama ada
buang GST ganti SST...mana lebih bagus?
Rialitinya "Pi mai-Pi mai Dok Tangtu Gak"
harga terus mencanak.

0 comments: