Berhenti Jaja Cerita Hutang & FOCUS Tunaikan Janji
kata Daim kepada PH.
Kerajaan Pakatan Harapan [PH] perlu berhenti mengu-
langi naratif tentang hutang negara dan mula menumpukan
untuk menunaikan janji manifesto pilihan raya,kata Dain
Zainuddin.
Bercakap kepada pemberita hari ini,bekas menteri kewangan
itu berkata sesiapa saja akan jemu sekiranya mendengar ten-
tang masaalah yang di hadapi oleh kerajaan setiap hari.
Beliau mengingatkan PH,bahawa pengundi mungkin menolak
mereka pada pilihan raya umum [PRU] akan datang,sekiranya
gagal menunaikan janji kepada rakyat.
Rakyat tak nak dengar pasal hutang,itu cerita lama.Tapi kera-
jaan perlu perbetulkan,itu soal pengurusan.
"Kalau kerajaan kata ada hutang,itu soal kerajaan [yang perlu
di selesaikan] kerajaan kena bayar,rakyat hanya tahu harga mesti
turun.Pendapatan mesti meningkat,ini tanggungjawab kerajaan",
kata Daim,ketika di temui pada program bersama penduduk Felda
Sungai Tinggi,Hulu Selangor hari ini.
Daim yang merupakan kenalan rapat Perdana Menteri Dr,Mahathir
Mohamad pernah mempengerusikan Majlis Penesihat Kerajaan,
berkata,ini sudah tiba masanya PH menunaikan janji manifesto
pilihan raya.
Katanya,manifesto itu merupakan sesuatu yang boleh di laksanakan
namun ia memerlukan tumpuan kerajaan.
"Boleh buat,bukan tak boleh buat.Tumpukan perhatian pada manifesto
ini.Mungkin perlukan sedikit masa,tetapi perhatian perlu di berikan.
"Menteri mesti selesaikan masaalah.Semua tahu masaalah,tapi kalau
mahu cerita hari-hari kita pun jemu",katanya.Terdahulu dalam ucapan
nya pada program itu,Daim menyebutkan bahawa kerajaan PH perlu
menggalas tanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat.
Sekiranya tidak,katanya,katanya pembangkang akan menjuarai isu
berkenaan.
Di minta mengulas lanjut Daim berkata, rakyat mungkin akan menolak
PH sekiranya gabungan itu gagal menunaikan janji manifesto pilihan
raya.
"Mungkin,jika tak tunai janji,mungkin [rakyat tukar kerajaan],rakyat
berhak tukar," katanya...
Tuesday, 25 December 2018
BERHENTI JAJA HUTANG & FOCUS TUNAIKAN JANJI...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:13 0 comments
Friday, 21 December 2018
PESTA LOMPAT-ANTARA PEMIMPIN KATAK DAN KHIANAT...
==============================================
Lompat-lompat nie orang samakan dengan KATAK,Spisis katak
nie ada banyak,ada katak puru,ada katak pisang,katak licin,katak
hijau dan lain-lain lagi.
Katak-katak nie biasanya melompat pada musim hujan untuk men-
cari makan-Tapi leenie katak nie dah tak pilih musim dah,musim ke-
marau pun mereka lompat,mungkin mereka-mereka nie kepanasan
melompat nak cari tempat ada air dan makanan kot? bolehlah mereka
makan,minum mandi manda di situ.
Amat mengejutkan kita selepas kekalahan umno/bn yang menguasai
kerajaan 60 tahun sejak merdeka,keadaan politik Malaysia menjadi
kalut,kacau bilau,jadi sasau,sewel dek kehilangan kuasa,seolah-olah
ada satu Pesta Lompak Katak.Dan pihak yang menang macam orang
mabuk todi,macam tikus membaiki labu,pinda sana,pinda sini.
UMNO walau pun kalah,kalau tak silap aku,mereka masih mempu-
nyai kerusi terbanyak,di Parlemen mereka ada 54 kerusi dan bagitu
juga di Dewan-dewan Undangan Negeri-negeri dan masih berkuasa
di dua buah negeri ia-itu Pahang dan Perlis-Pas pula menguasai
Negeri Kelantan sejak 1999 dan dalam PRU-14 lalu dapat satu lagi
ia-itu Terengganu.
Mereka-mereka nie boleh menjadi Pembangkang yang kuat bagi
semak dan imbang kepada Kerajaan PH, yang kita tengok masih
rapuh,sudah 7 bulan mereka memegang kuasa,mereka tak dapat
tunaikan janji-janji pilihanraya kepada rakyat.
Tetapi pada hari nie kita tengok YB-YB [yang melompat] sangat
gelojoh,tidak ada jati diri,tidak tahan ujian sanggup menggadai me-
ruah,menjadi pengkhianat pada perjuangan parti,yang telah di amanah
kan pada mereka,sebab itu mereka-mereka nie berduyun-duyun,mereka
dengan tidak rasa segan dan malu melompat ke parti lain.
Kita hormat pilihan mereka,tetapi bukan cara begitu,mereka lompat
dengan kerusi-kerusi sekali yg mereka menang hasil titik peluh ahli
ahli parti,sepatutnya mereka lebih dulu letak jawatan YB itu,adakan
pilihanraya kecil PRK di tempat mereka pulangkan pada pengundi
membuat pilihan,lepas tuu lompatlah tinggi mana pun,pengundi tak
kisah...haram tuu,elaun YB yang kamu makan tanggung anak bini.
Kepada YB-YB UMNO,sama ada Parlemen atau Dun yang masih
setia pada perjuangan parti,teruskan perjuangan anda,kalau ada lagi
yang hendak melompat,letak jawatan dulu,jagalah meruah diri.
Aku cukup benci orang tidak ada pendirian nie,sama dari UMNO,PAS
PKR dan lain-lain,kerana mereka tidak ada pendirian,mereka juga di-
anggap sebagai pengkhianat pada perjuangan,tidak boleh di percayaai
buat selama-lamanya...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 06:36 0 comments
Sunday, 2 December 2018
BIARLAH HIMPUNAN UNTUK SUARAKAN KEPENTINGAN UMAT ISLAM DI KALA TOKOH ISLAM KERAJAAN KURANG BERSUARA-DR-MAZA...
========================================
Ahad 2hb.Dec.2018
SHAH ALAM:- Himpunan untuk membantah Konvensyen
Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskri-
minasi Kaum [ICERD],mungkin sudah tidak releven,selepas
Perdana Menteri menegaskan Kerajaan tidak akan meratifikasi
kan nya.
Namun menurut Mufti Perlis,Datuk DR.Mohd Asri Zainal
Abidin,penganjuran himpunan itu untuk penegasan isu-isu
semasa lain yang membabitkan kepentingan umat islam ada
lah releven dalam suasana umat islam memerlukan suara
siasah yang jelas pada saat ini,kata Mohd Asri,ini kerana umat
islam hari ini gusar dengan perkembangan mutakhir ini,rialiti
nya umat islam hari ini gusar dengan perkembangan mutakhir.
Berilah ruang untuk mereka menzahirkan keresahan itu dalam
suasana aman.Pihak lain kelihatan suara mereka menuntut pel-
bagai hak.Itu pun hak mereka untuk bersuara.
Sementara kebanyakan tokoh politik umat islam dlm kerajaan
hanya diam atau pun kurang bersuara,Apatah lagi ada yang
bagitu apologetik dengan islam.
Maka,biarlah jika ada pihak yang mampu dan ingin bersuara
bagi menzahirkan rasa hati mereka sebagai penduduk asal dan
mejoriti dalam negara ini,katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Mohd Asri,ramai tokoh-tokoh politik dlm kerajaan
hari ini pernah memperjuangkan perhimpunan aman sebelum
menjadi pemerentah,maka perkara berkenaan bukan lah sesua-
tu yang janggal untuk pihak lain pula untuk berhimpun secara
aman dengan syarat mereka mengikut lunas undang-undang,.
Apatah lagi jika rekod pihak berkenaan sebelum ini terbukti
tidak bertindak ganas dalam perhimpunan-perhimpunan
mereka,kata beliau.
Bagaimana pun tegas Mohd Asri,perhimpunan aman yang
hendak di lakukan itu boleh di anggap ikhlas dan bertujuan
untuk kepentingan umat jika ia bebas daripada slogan ke-
partian dan tidak berkempin menaikkan parti-parti politik
tertentu kata beliau.Ia hendaklah satu perhimpunan rentas
parti dan rentas kepentingan.
Kelompok dan objektif nya adalah perhimpunan untuk umat,
daripada umat kepada umat,"Saya juga ingin mengingatkan,
Islam itu Adil untuk semua tanpa mengira latar bangsa dan
agama,".
Perhimpunan tak boleh seruan yang menzalimi mana-mana
agama dan bangsa lain yg tidak menzahirkan permusuhan
terhadap umat islam,seruan islam mengajak kepada kehar-
monian,saya percaya pihak penganjur memahami hal ini.
"Saya ingin mengingatkan mereka yang ingin menyertai per-
himpunan aman itu agar mengamalkan ikhlak islam ia itu
tidak memaki hamun,mencarut,melaungkan ungkapan yang
menyanggahi prinsip islam,mengelakan tingkah laku yang
bercanggah dengan ajaran islam serta menghormati hak,
demikian juga hendaklah mereka arahan pihak keselamatan
demi kebaikan negara,katanya lagi,Penganjur Perhimpunan
Gerakan Pembela UMAH [UMMAH] sebelum ini menegas
kan akan meneruskan himpunan yang di jadual pada 8-dec.
ini,namun ia bertukar format drp himpunan bantahan kepada
himpunan kesyukuran.
Ketua Sekretariat nya Aminuddin Yahyaq berkata,pihaknya
menjangkakan himpunan tersebut tidak akan menghadapi
masaalah,memandangkan mereka menerima respon positif
daripada DBKL dan juga pihak Polis Di-Raja Malaysia
[PDRM] bagi meneruskan perhimpunan berkenaan ujarnya,
pihaknya kini hanya menunggu kelulusan permohonan per-
mit penganjuran perhimpunan daripada DBKL.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 06:06 0 comments
Saturday, 24 November 2018
PTPTN:300 SISWA TURUN KE PERJALANAN DESAK KERAJAAN PH TUNAI JANJI...
-------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR:Lebih 300 mahasiswa hari ini turun
ke jalanan bagi mendesak kerajaan Pakatan Harapan [PH]
menunaikan janji berkaitan pembayaran semula pinjaman
PTPTN.
Berpakaian serba hitam,kumpulan ini memulakan perarak-
kan pada jam 2.00 petang di Masjid Jamek dan melalui
Pusat Membeli Belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman
untuk menuju ke Pejabat PTPTN di Jalan Yap Kuan Seng.
Sambil berarak,kumpulan mahasiswa itu membawa sepan-
duk bertulis 'Mahasiswa Tuntut Janji'-'Tuntut Janji PTPTN'
dan 'Mahasiswa Bangkit',mereka turut melaungkan kata-kata
'Tolak Dr Maszle Malik'.
Exco politik Gabungan Mahasiswa Islam [GAMIS]
Yazid Khairul Azman berkata,himpunan yang di adakan
hari ini adalah sebagai bantahan terhadap kerajaan dan
menuntut janji yang pernah di ungkap sebelum PRU 14
lalu.
'Kita tuntut janji berkaitan PTPTN...kita tadak mahu
mereka mewarisi sifat yang memungkiri janji.
'Jadi apabila sudah mungkir,maka memilih PH tidak
berbaloi lagi,menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia
membuang PH dari Putrajaya.Ia adalah isyarat kepada
kerajaan.
'Sebilangan mahasiswa yang mengundi PH atas sebab
pembaharuan yang mereka tawarkan,namun mereka
mungkiri',katanya sewaktu berucap dalam himpunan itu.
Sebelum ini Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan me-
ngemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kega-
galan PH menunaikan janji yang sebelum ini mahu mem-
benarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi
mereka yang mendapat gaji bulanan di bawah RM.4000/.
Wan Saiful berkata,sebagai org yang membuat cadangan
tersebut,maka beliau mengambil tanggungjawab penuh
atas kegagalan kerajaan menunaikan janji itu.
Menteri Kewangan Lim Guang Eng ketika membentang
kan Belanjawan 2019 mengumumkan pinjaman PTPTN
dengan gaji paling kurang RM.1000/ sebulan ada lah ter-
taaluk kepada jadual pembayaran balik hutang progresif
pada kadar 2% hingga 15 % daripada gaji bulanan mereka.
Himpunan yang mendapat kawalan polis dan Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur [DBKL] itu bagaimana pun
berakhir dengan aman dan tidak ada sebarang tangkapan
di buat.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:29 0 comments
Tuesday, 20 November 2018
ICERD:PERJANJIAN MENGHAPUSKAN DISKRIMINASI KAUM...
UMNO + MCA + MIC = PERIKATAN.
---------------------------------------------------------------
Apakah kerajaan PH telah berjaya mengatasi apa-apa
yang di tinggalkan oleh kerajaan terdahulu umno+bn
dan menunaikan segala janji-janji manifesto pilihanraya
PRU 14 lalu ???.
Rakyat tertunggu-tunggu,tetapi mereka sanggup pula
mencipta isu-isu baru yang pastinya mengundang kema-
rahan rakyat,isu yang di bangkitkan oleh pak menteri ini
pastinya akan mengundang isu kaum yang pastinya tidak
ada kesudahan.
Tak berapa bulan lalu pak menteri timbulkan melayu
juga pendatang,hingga menimbulkan kegelisahan kaum,
hari nie pula seorang lagi pak menteri timbulkan ICERD
Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala
bentuk Diskrisminasi kaum,hendak di tandatangani atau
tidak.
Jika di sahkan perkara ini,maka jadilah Melayu/Bumiputra
Islam sebagai RED INDIAN lee kita di Malaysia nie,tanah
tumpah darah kita.
Sebenarnya tuntutan sebegini telah pun ada dalam agenda
politik di Malaysia.
Apa kah ada agenda terancang,atau prinsip pak menteri
nie ??? atau mereka cuba nak tes market???,nak lihat riaksi
0rang melayu Islam....jangan main api.
Jangan melampau: China/India dll kaum di Malaysia patut
berterima kasih kepada orang Melayu/Islam kerana menerima
kamu sebagai warganegara malaya pada masa itu secara
joss soli,[masa nak tuntut kemerdekaan tanah melayu 1957].
Nak apa lagi ??? kamu bebas,berpolitik.berniaga,mengusai
ekonomi,mengamal agama anutan kamu adat resam kamu,kamu
nak arak kawadi,nak cucuk lidah,nak cucut mata hitam kamu
org melayu islam tak ambil kesah.
ECERD,Melanggar Perlembagaan Malaysia [143] hak-hak
istemiwa org-org melayu/bumiputra [Sabah/Serawak,islam
sebagai agama Persekutuan,Bahasa Melayu,Bhasa Kebang-
saan.Raja-Raja Melayu,Rizab Melayu dll-jangan jolok sarang
tebuan.
JOSSOLI, adalah kwsilapan terbesar kerajaan terdahulu umno-
perikatan,..cer kita tengok negara-negara lain,contoh nya
Negara Brunai Darulsallam,Arab Saudi,duduklee kamu 100 ta-
hun pun kamu tidak di beri kerakyataan,sedarlee diri sikit,
orang beri betis nak paha pulak.kamu mesti sedar tanah
melayu nie ada tuan asalnya,sebelum merdeka China/India
dll semua pendatang di bawa inggris untuk bekerja China di-
lombong-lombong,India pula di istate-istate.
Hormatilah Kontrek Sosial dan telah tercatat dalam Perlem-
bagaan Malaysia.
INGAT Kata-kata Vetren UMNO TS.Khir Johari:
Melayu itu umpama batu-batu
China itu sebagai pasir
India sebagai simin dan air.
Gaulkan semua komponan nie,gaul
hingga sebati,jadikan bongkah kongkrit
yang kuat.
Hormati juga RUKUN NEGARA
1.Kepercayaan pada Tuhan dan yang nombor dua
kesetiaan pada raja dan negara.......
Posted by Anak Kampung Sumpit at 22:50 0 comments
Sunday, 18 November 2018
KERAJAAN PH KELAMKABUT &GAGAL...KU-LI..
GUA MUSANG: Ahli Parlemen Gua Musang Teng-
ku Razaligh Hamzah menyifatkan Kerajaan Pakatan
Harapan [PH] masih kelamkabut dan gagal menunai
kan janji.
Beliau berkata,pemimpin PH belum dapat menye-
suaikan diri sebagai kerajaan yang memerentah dan
ada antara mereka mengambil masa memahami pe-
ranan masing-masing.
Katanya,ada sesetengah dari mereka beranggapan,
mereka masih orang baru dan berlagak sebagai pem-
bangkang,walau pun hakikatnya mereka adalah pe-
merentah dan berjawatan menteri.
"Bagitu juga kita sendiri [umno] pun nak sesuaikan
diri sebagai pembangkang masih janggal",kata nya
kepada pemberita selepas melawat Projek Pembinaan
Masjid Baharu di Bandar Lama di sini hari ini.
Masjid baharu yang berkonsip Masjidilharam di Makkah
menelan belanja RM.23 Juta itu di jangka siapmei tahun
depan.
Tengku Razaligh yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat
umno berkata,keadaan itu jelas,apabila Perdana Menteri
Tun Dr Mahathit sendiri mengakui tidak dapat menunai
kan semua janji.
Katanya,banyak perkara yang di cadang termasuk janji
dlm manifesto PH Pilihanraya umum [pru-14 yg menelan
perbelanjaan besar gagal di lunaskan.
"Kalau nak hapuskan tol,Perbadanan Tabung Pendidikan
Tinggi Nasional [PTPTN] dan turun harga minyak amat
sukar untuk kerajaan PH buat demikian.
Kita sesetengah daripada rakyat menyesal,termasuk pe-
lajar universoiti hingga mereka bertindak berarak ke-
Parlemen membuat bantahan terhadap perkara itu.
"Ada kalangan mereka marah,seolah-olah kena tipu,
kerana mereka berharap gulongan yg berpendapatan
sampai RM.4,000.00 baru kena bayar pinjaman itu,
sekarang ini kerajaan tetapkan gaji minimun RM.1050
pun sudah kena bayar," katanya..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 00:29 0 comments
Saturday, 17 November 2018
NANGISLEE PENOREH,PESAWAH,NELAYAN
Hendah ku nangis dah tiada air mata,hendak ku senyum
tiada sapa nak teman,baginilee nasib si pnoreh,nelayan,
pesawah,pekebun kecil getah/sawit.
Bagitulee keluh kesah petani,nelayan,penoreh getah pe-
kebun kecil getah dan sawit di Malaysia hari nie.Tidak
kah ada sedikit sentuhan hati pak-pak menteri Malaysia
baru nak membantu mereka,atau adakah sudah rasa jijik
melihat mereka??? kerana anda sudah berjaya mendapat
kuasa.
Dengan merudum harga komoditi ini dengan harga getah
hanya rm.1.90 -rm.2.00 sekiligram,nak makan apa,nak
beli sekeping belacan saiz kecil pun rm.2.00 sekeping,har-
ga barang keperluan harian dok di takok lama,tak turun
turun walaupun GST telah di batalkan.
Lebih-lebih lagi penoreh,nelayan akan menghadapi musim
hujan [tengkujuh] tak dapat noreh,nelayan tak dapat turun
kelaut.
Kita sedia maklum kebanyakan penoreh nie tak ada kebun
sendiri,mereka mengambil upah menoreh secara pawah,
hasilnya di bagi dua dengan tuan kebun.
Penoreh ini bukan boleh menoreh sepanjang tahun,terpak-
sa berhenti noreh pada musim meluruh [daun getah gugur]
paling cepat pun 3 bulan baru boleh toreh,kemudian datang
pula musim hujan okt-nov-dec.
Bayangkan,paling kuat penoreh boleh dapat 20kg sehari
x rm.2.00=rm.40.00 bahagi 2 dng tuan kebun rm.20.00
kali sebulan,22hari x 20.00=rm.440,nak makan apa???.
sedangkan banyak perut yang hendak di isi,pelajaran anak-
anak dll,jauh sekali nak manabung membantu masa sesak
dan sakit demam.
Belanjawan 2019 Pakatan Harapan takdak sebut langsung
fasal bantuan,hanya di sebut rm.50 juta Inisiatif Bantuan
Pekebun Kecil Getah [IPG] ini tak cukup membantu.
Kalau lee benar-benar Kerajaan Harapan Perihatin untuk
membantu rakyat marhaem.Jangan malu,contohi lee kera-
jaan terdahulu memberi bantuan penoreh sebanyak rm.200
sebulan mula dari Nov-Dec-Jan ia itu BMT bantuan musim
tengkujuh,bagitu juga dengan Nelayan,Pesawah selepas
menanam.
Berbagai bantuan di beri oleh kerajaan terdahulu,seperti
bantuan bekas-bekas tentera tak berpencin,ini patut di-
teruskan,kerana mereka nie banyak berjasa pada negara,
kerajaan baru harus ingat,kuasa di tangan rakyat.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 19:25 0 comments
Saturday, 27 October 2018
BELANJAWAN 2019
Tak berapa hari dah !!!,3 atau 4 hari lagi BELANJAWAN 2019
akan di bentangkan di PARLEMEN oleh Kerajaan Malaysia
Baru Pakatan Harapan.
Kita semua tahu,inilah belanjawan pertama yang akan di bentang
sejak memgambil alih kuasa umno/bn pada PRU-14,9mei,2018
lalu. dan kini baru berusia tak sampai setengah tahun.
Walaupun banyak rungutan daripada rakyat pelbagai,terutama nya
rakyat marhain di kampung-kampung,bandar,pinggir bandar,kerana
setakat hari nie Harapan tidak dapat menunaikan janji manifisto
mereka,seperti nak menurunkan harga barang keperluan rakyat dll
rakyat masih boleh memaafkan,kerana kerajaan menghadapi masa-
alah kerana banyak kerosakan teruk di tinggalkan oleh kerajaan
terdahulu.
Tetapi kesabaran rakyat ada hadnya,jangan biarkan rakyat terbeban
macam sebelum nie,nanti rakyat bangkit sekali lagi mengubah kera-
jaan baru pula dlm PRU 15 nanti.
Pakatan Harapan jangan sombong,perubahan kerajaan nie di buat
oleh rakyat pasti bertolak dari harapan tinggi rakyat supaya kera
jaan perihatin kesusahan rakyat,meringankan bebenan rakyat.
Leenie harga barang tak turun turun,walau pun GST di hapuskan,
harga getah beku,sawit menjunam,pada hal nie lee pendapatan org
kampung untuk sara hidup keluarga,perkara ini perlu perihatin
oleh kerajaan yang di uwar-uwarkan kerajaan rakyat.
Reformasi yang di ledakkan rakyat untuk menumbangkan U/BN
bukan saja ahli parti,tetapi oleh rakyat non partisan.Oleh itu Paka-
tan Harapan jangan sombong,menengani lah hati rakyat,dan wajib
berterima kasih pada rakyat memilih kami bentuk kerajaan.
Apa-apa yang boleh membantu rakyat yg di buat kerajaan terda-
hulu wajib di teruskan atau di tambahbaik,seperti Bantuan Rakyat
Satu Malaisia [BRIM] Leenie dijenama Bantuan Sara Hidup,ban
tuan pada penoreh getah[Bantuan Musim Hujan] Nov-Jan,bantuan
Nelayan,bantuan,pesawah selepas musim menanam,Bantuan pada
bekas-bekas tentera yang tak berpencen dll bantuan yang difikir
kan membantu rakyat,selain itu rakyat berharap tetapkan harga
siling terutamanya harga getah dll.
Rakyat terbanyak berharap semua benda-benda nie di masuk kan
dalam belanjawan 2019,ini bukan DEDAK ,dedak makanan bina-
tang,rakyat bukan binatang,ini agehan kekayaan negara pada rakyat
yang sangat memerlukan nya.
Tak guan pun negara maju dengan bangunaan Pencakar Langit,rak-
yat hidup merimpat menjadi peminta sedekah di negara sendiri.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 23:29 0 comments
Friday, 12 October 2018
TABIK-TAHNIAH-PADA SPRM...
=========================================
Dedulu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia [SPRM]
di anggap lemah,lembab,cuma menangkap ikan-ikan bilis aje,
menakala ikan-ikan besar terlepas,kata orang macam kucing
kenyang aje,tikus lalu depan mulut pun takpe..
Inilee menjadikan orang ramai [rakyat] tertanya-tanya,pukat apa
yang mereka gunakan hinga semua ikan-ikan besar bolos,rakyat
cukup curiga,terutama ahli-ahli politik pembangkang dan rakyat
non partisan.
Apa nak dikatakan,sebab dedulu kuasa mereka di kekang,jangan
cuba nak lebih-lebih alamat periuk nasi terpelanting atau silap-silap
di bung atau di tukar dan lain-lain,sapa berani lawan tokeh ?.
Tapi leenie,dak dah,Semenjak Malaysia Baru kuasa mereka tidak
di kengkang lagi,mereka bebas guna kuasa mereka,leenie mereka
berjaya menangkap ikan-ikan besar untuk di soalsiasat,dan ada se-
tengahnya telah di dakwa di mahkamah,bermula dengan DS,Najib,
Datin Seri Rosmah ,Ajis Baling,Abangnya dan sepupu mereka,dan
baru-baru nie,DS,Zahid anak dan menantunya di panggil oleh SPRM
untuk beri keterangan,Zahid telah di panggil dah 5 kali untuk beri
keterangan mengenai guna dana Yayasan Akal Budi bagi menjelas
hutang kad kredit,9 jam dan sebelumnya 8 jam beri keterangan,
selain tu SPRM nak tau dia berjumpa dengan pak arab,[kerabat
saudi] berhubung dengan derma 2.6 billion kepada Najib.
.Berhubung dengan perkara nie,aku dan mungkin banyak rakyat
Malaysia rasa sikit terkilan,kerana Najib/Rosmah tidak di pakai
dengan baju oreng SPRM,Isa di gari pakai baju orange,Ajis dan
abang pakai baju orenge-kecualile Zahid,dia baru beri keterangan
nie nampaknya tak elok pada pandangan rakyat.
Najib/Rosmah tak pakai pun,mereka di tuduh dengan puluhan
tuduhandi Mhkamah,lekat satu dua pun sudah cukup syarat untuk
jadi penghuni Hotel Sungai Buluh [Bukan Buluh Inn].
Takpe-takpe,kita tunggu dan lihat,Mahkamah belum buat,mereka
bersalah atau tidak,leenie mereka nie OKT [orang kena tuduh].
Dalam firasat aku lee,ramai lagi pemimpin umno akan menyusul,
jangan risau,mereka nie semua berada dalam senarai menunggu,
tunggu ya !,sama ada betul atau tidak firasat aku tuu.....
Posted by Anak Kampung Sumpit at 02:37 0 comments
Tuesday, 2 October 2018
PETANDA UMNO BAKAL TERGADAI...
mengkaji pilihan
yang ada berhubung
projek pembangunan
Menara 70 Tingkat
Pusat Daangan Dunia
Putra KL[KL.PWTC]
yang menempatkan
Ibu Pejabat Baru Umno,
.
Dalam sidang akhbar hari ini,Presiden UMNO Dato Seri
Ahmad Zahid Hamidi berkata,pihaknya sama ada akan
merundingkan semula projek itu dengan rakan kongsi baru
atau menjual hartanah itu.
"Kami mempunyai beberapa pilihan dan kami telah ber-
bincang dengan pemaju sama ada merundingkan semula
dengan rakan kongsi baru atau usahasama yang akan di-
wujudkan atau kami menjual nya kepada pihak ketiga,"
katanya.
Nwe Straits Times [NST] pada 26 Sep.lepas melaporkan
bahawa Zahid berkata,projek itu yang akan dibina di tapak
Terminal Bas Putra,di tangguhkan sehingga rundingan se-
lesai.
Difahamkan penangguhan projek itu ada kaitan dengan
dengan pembekuan akaun umno oleh Suruhanjaya Pence-
gahan Rasuah Malaysia [SPRM] yang sedang menyiasat
aliran dana 1MDB.
Umno mengumumkan projek itu pada ulangan tahun nya
ke-70-2016.
KL,PWTC akan menempatkan pejabat,sebuah hotel bertaraf
enam bintang 250 bilik,podium beli belah dua tingkat,masjid
yang boleh menampung jemaah seramai 5,000 orang pada
satu-satu masa dan Restoren,lapor NST.
Terdahulu,hari ini Zahid memberi tahu Perwakilan umno,
bahawa parti itu memberikan mandat kepada beliau untuk men-
dapatkan semula aset parti daripada pemegang amanah yang
memegang aset tersebut.
"Pengambalian ini akan kemudian di bawa kepada jawatankuasa
pengurusan dan di bentang secara telus kepada MT[Majlis Ter-
tinng]," kata Zahid.
Katanya,setelah meneliti yang diberikan,aset umno tidak bernilai
berbelion,seperti yang di gambarkan sesetengah pihak...Mk.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 00:36 0 comments
Tuesday, 12 June 2018
BN SERAWAK LUMPUH !!!
****************************************************
Teka-Teki mengenai kedudukan BARISAN NASIONAL [BN]
SERAWAK, terjawab,apabila empat parti tempatan negeri itu
hari ini mengumumkan keluar dari BN.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu [PBB],Parti Bersatu Serawak
[SUPP],Parti Rakyat Serawak [PRS] dan parti Demokratik Progre
sif Serawak [PDP] kini membentuk Pakatan yang di- kenali seba-
gai Gabungan Parti Serawak [GPS].
Penubuhan GPS di umumkan Ketua Menteri,Datuk Petinggi Abang
Johari Abang Openg,selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat PBB,di-
Jalan Bako,di Kuching pagi Selasa.
GPS akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan terutama nya
dalam hal berkaitan Serawak.
Bagaimana pun GPS tidak akan menyertai gabungan bersama
Pakatan Harapan [PH] dan akan kekal sebagai pembangkang.
# sumber...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 00:23 0 comments
Friday, 1 June 2018
KES "SRC INTERNATINOL" ROSMAH AKAN "DISOAL SPRM" PADA SELASA..
------------------------------------------------------------------------------
Petaling Jaya: Datin Seri Rosmah Mansor,isteri bekas perdana
menteri,akan di soal oleh penyiasat Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia pada selasa.
Sessi itu sebahagian daripada siasatan keatas SRC Internasinol
Sdn Berhad,bekas anak syarikat IMDB,dan aliran wang sebanyak
RM.42 JUTA,yang melalui satu akaun bank atas nama suaminya,
Datuk Seri Najib Razak pada 2012.
"Ya,dia di minta untuk ke Ibu Pejabat di Puterajaya pada 11.00
pagi Selasa," kata sumber.
Najib di soal SPRM mengenai SRC International 2 minggu lalu,
dia kemudian di soal lagi oleh SPRM selama 7 jam,dua hari kemu-
dian.
Najib pada 2016 menafikan sebarang salah laku dan menafikan
duit di masukan ke akaun banknya.
SRC Internasional sekarang di letakkan secara terus bawah menteri
kewangan [di perbadankan] yang turut memiliki IMDB, syarikat
cetusan idea Najib semasa menjadi Perdana Menteri dan Menteri
Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penesihat IMDB.
....Sumber..
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:39 0 comments
Monday, 14 May 2018
AIK !!!-ADA LAGI KATAK LOMPAT ???..
=============================================
Spesis katak-katak nie yang aku tau suka melompat pada musim
ujan aje, mereka mereka nak cari makan,tidak pulak di musim pa-
nas-tapi nak kata apa,mungkin katak-katak nie kehausan kok?...
Di Perak ada dua katak melompat. Elok lah tuu,kerana Mahkota
Raja Katak yang di pegang oleh Tok Hin telah di rampas oleh
orang lain,patutnya lah pertandingan merebut Mahkota Raja Katak
di adakan semula,bagi mencari pemenang baru.
Di Johor ada 3 ekor,di sabah ada 6 ekor,kalu tak silap aku di Perak
pula ada 2 ekor saja,tetapi 2 ekor ini lah runtuhnya harapan parti
u/bn untuk menubuhkan Kerajaan Perak.kerana u/bn hanya ada 27
kursi dan Ph.29 kursi,tak cukup tubuh kerajaan dengan mejoriti
mudah,kerana setiap yang nak tubuh kerajaan di Perak mesti ada
30 kursi [mejoriti mudah] menakala 2/3 memerlukan 39 kursi.
Dengan adanya 2 ekor katak nie melompat ke Ph-maka Ph dapat
tubuh kerajaan Perak dengan sah.
Teringat aku kejadian tahun 2008,Perak di kuasai oleh Pakatan
Rakyat [PKR-DAP-PAS] memerentah Perak, tetapi 2 ekor katak
PKR melompat, seekor katak DAP,di colek oleh Njib/Bn,maka
tetiba mereka nie muncul di TV bersama Najib/Zahid dan pem-
besar umno,mereka menyatakan menyokong Bn,tertungging lee
kerajaan Pakatan Rakyat,hanya dapat mentadbir selama 11 bulan
aje,hari nie berlaku pula ahli umno Bn,lompat.
2 ekor katak nie menyatakan mereka masih dalam BN,mereka
sokong PH tubuh kerajaan kerana rakyat....Amboi,perihatin bebe-
nar mika pada rakyat ya,.
Cantik! cantik,kamu nie derhaka pada parti kamu,yang selama ini
kamu hisap lemak manisnya,kamu kena ingat !kalu parti kamu me-
merentah Pusat lagi aku caya kamu mesti kena simin dalam DRAM.
Kamu tidak ingat,susahnya parti kamu,berusaha kempin memenang
kan kamu,pengundi di kawasan kamu memberi undi undi kemena-
ngan pada kamu.
Aku tak sokong mana-mana Bn atau Ph,tapi aku cukup benci pada
penderhaka pada perjuangan parti,sepatutnya kami mesti bersama
parti sama ada dalam senang atau susah,itu baru dinamakan pejuang.
Contohi lah PAS, Pas boleh perentah Terengganu beberapa tahun
lalu sebelum PRU-14, ketika krisis Datuk Ahmad Said dan DS.Razif
Menteri Besar Terengganu,Tapi Pas tidak mau menang GOL sepakan
Penalti,PAS mau menang dengan sepakan GOL PADANG.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 05:03 0 comments
Friday, 11 May 2018
TAHNIAH KEPADA PINPINAN TERTINGGI PAS...
=============================================
TAHNIAH.Kepada Pimpinan Tertinggi PAS,Persiden DS.Haji
Abdul Hadi dan ahli Jawatankuasa PAS Pusat,yang telah me-
ngambil pendirian tegas berhubung kait dengan penubuhan
Kerajaan Perak,yang masih tergantung sampai ke hari ini 12hb-
Mei.2018. selepas PRU-14,9-5-2018.
Kedua-dua parti Umn/Bn dan Ph tidak mempunyai kerusi
cukup untuk menubuhkan kerajan Perak dengan mejoriti
mudah kerana U/BN -27 kerusi-PH-29 kerusi-PAS 3 kerusi..
Perak mempunyai 59 kerusi DUN,untuk penubuhan kerajaan
mejoriti mudah memerlukan 30 kerusi,menakala 2/3 39 keru-
si.
Oleh itu 3 kerusi PAS inilh menjadi penentu tertubuh nya
Kerajaan Negeri Perak.
PAS menolak kerjasama tawaran kerjasam Umno/Bn atau pun
PH.
Ini lah yang di harapkan oleh pejuang di peringkat akar umbi,
PAS takmoh di peralatkan demi meruah dan takmoh di jadi kan
alat,tangga atau anak-anak tangga untuk mencapai cita-cita
mereka.
Sebagaimana kita tau,semalam U/Bn telah menghadap DYMM
Sultan Perak,mempersembahkan kepada Sultan untuk menubuh
kan Kerajaan Perak,mereka cukup mejoriti kerana sokongan PAS,
Baginda Sultan memerentahkan mereka supaya tunjukan bukti
sokongan PAS pada mereka sampai pagi besok 13-5-2018,dan
pada PH pula sehingga petang hari nie,kita sama-sama tunggu
dan lihat.
Kepada pendukung dan pejuang PAS kena bersedia,ada kemung
kinan Pilihanraya peringkat negeri di adakan sekali lagi,jika BN-
PH tidak ada bukti mereka ada mejoriti 30 kerusi.
PERHATIAN:
Perak ada 59 kursi DUN
Nak tubuh kerajaan: MEJORITI MUDAH 30 KERUSI
MENAKALA 2/3- 39 KERUSI.....
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:50 0 comments
Wednesday, 9 May 2018
OTAI MASIH BERBISA !!!
Aku ucapkan pada Tun
yang aku anggap OTAI
yang masih berbisa
walaupun telah berusia
93 tahun,sebagai Pengu-
rusi BERSATU yang me-
mimpin Pakatan menum-
bangkan Umno/Bn dlm
PRU 14-2018.malah bukan
saja banyak negeri Bn tum-
bang,seperti Johor,Perak,Melaka,Negeri Sembilan
Puteraja juga dapat di rampas,aku harap Tun tidak
mengulangi kesilapan lalu,mana-mana negeri dibawah
Bn,jangan di pinggirkan,terutama PAS,kembali hak-
hak mereka seperti ROYALTI PETROLIUM dan
sebagainya,Jadilah kerajaan yang adil untuk rakyat
Malaysia.
TAHNIAH JUGA kepada PAS,kerana mengukuh kan
kedudukan nya dengan cermelangan mempertahankan
Kelantandan dapat merampas Terengganu dari Bn,malah
hampir -hampir menawan semula Kedah.
TAKZIAH pada Umno/Bn yang menerima kekalahan
yang mengejutkan mereka,muhasabah lah pada kesila-
pan lalu,kerana kuasa rakyat jadi penentu.
Aku cukup teroja,kerana sebelum mengundi lagi gurau-
an kepada kengkawan,mengatakan,09-05-18 hari undi
Rabu,hari Kamis,kena buat persiapan untuk mengubur
kan mayat,
Mayat Umno bin Beeand,
3 helai kain kapan,kapur baruh,keranda,lubang kubur,
dan pelbagai alat kematian-dan pesan kat kengkawan,
jangan lupa bayar dulu GST baru boleh masuk kubur.
tak sangka pulak gurauan aku jadi kenyataan.
Umno nie,semua orang tau,ia di tubuhkan 11-5-1946
ia di semadikan pada 09-5-2018,eloklah tuu,dia mati
berkubur di tempat lahirnya sendiri.
Nasihat aku,yang menang jangan berlagak sombong
baik Harapan atau Pas,terutama Harapan yang mene-
rajui PUTRAJAYA,[kerajaan pusat] berlaku adil lah
kepada semua,pulihkan silaturahim antara kita demi
perpaduan,bak kata orang tuha-tuha 'Biduk lalu kiam-
bang bertaut'.
Tahniah pada yang menang,Takziah pada yang kalah...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:41 0 comments
Tuesday, 8 May 2018
HARI NIE HARI MENGUNDI....
----------------------------------------------------------------------------
HARI INI-RABU,9/5/2018 HARI MENGUNDI,
Semua Rakyat Malaysia yang berkelayakan keluar mengundi di-
Pusat Pengundian masing-masing.
Besok pula hari Kamis,
persiapan untuk hari Kamis....
NAMA MAYAT 1, AMENO BIN BIEND
2, PAKAT BIN HARAP
Kedua-dua nie pemitnah nombor Wahid.
3 Helai kain Kapan,Kapur Baruh,Keranda,Cangkul,Lubang
Kubur Serta Liang Lahat.
*** Jangan lupa ! Sebelum masuk kubur,bayar dulu GST
kalu tak bayar GST tak leh masuk.WEH....
SELAMAT BERSEMADI...
GAGASAN BIN BULAN:
Dia tak mati,dia hidup terang benderang menerangi seluruh
Alam Buana nie.
Walau pun di fitnah mengatakan Bulan n Gagasan Sejah-
tera kalah teruk....hingga 1 kursi pun tak leh dapat,ia-itu
Parlemen 0, Negeri 0....
takpe-takpe!,
Kalu Bulan Menang,Alhamdulillah !!! Kalu kalah ia tetap
UTUH meneruskan perjuangan selagi ISLAM tidak di-
mertabatkan di Bumi Allah ini.PAS Istiqamah dalam per-
juangan Islam.
'TUNGGU MALAM INI,SIAPA BUNGKUS.........
Posted by Anak Kampung Sumpit at 22:54 0 comments
SEDIKIT PERIAGATAN SEBELUM ANDA MENGUNDI...
Assalamualaikum wbth...
Kepada adik,kakak,Pokcik,Mkcik,Tok Wan,Opah !!! Ingat !!!,
kita hanya ada beberapa jam lagi menunggu tibanya tarikh
09-05-2018 nie.
Nielee hari yang amat penting bagi rakyat Malaysia,terutama
nya Muslim,kerana hari nielee kita hendak memilih IMAM
PEMIMPIN ATAU KHALIFAH, yang akan memimpin ne-
gara dan memimpin UMMAH kearah lebih baik mencakup
DUNIA-AKHIRAT dan di ridhai ALLAH.
Adik Kakak...Walau pun aku rasa adik kakak sekalian telah
ada pilihan hati,Tetapi Ingat! Adik kakak sekalian,jangan ter-
salah pilih,pilih lee parti yang bersih dari RASUAH dan sa-
lahguna kuasa, kalu tersilap adik kakak pilih parti yang
Rasuah maka kita,adik kakak sekalian akan menerima resiko,
kerana bersubahat menyokong Rasuah.
Adik kakak,Pokcik-Mokcik,Tok Wan,Opah,kita yang mengaku
Muslim,mengucap Sahadah,beriman kepada Allah,wajib perca-
ya apa yang kita lakukan atas muka bumi ini,semua di rakam
Allah kerana ada Malaikat kiri kanan kita,kita akan di persoal di-
Akhirat kelak semua perbuatan kita [Baca surah Yassin ayat 65].
Bagi non Muslim pula,jangan takut,mereka lebih selesa n terja-
min di bawah payung Islam,keadilan islam untuk semua,mereka
bebas mengamalkan budaya mereka,adat resam,dan mengamal
kan agama anutan mereka, kerana Islam mengamalka konsip
Lakun di nukun,waliyadin [Bagi kamu agama kamu,bagiku
agama ku],dalam masyarakat majmuk [berbilang kaum]
Firman Allah SWT yang bermaksud,'Dan tidaklah harus bagi
orang-orang Islam yang beriman,lelaki dan perempuan,apabila
Allah dan Rasul menetapkan keputusan mengenai sesuatu perka-
ra lalu mereka mempunyai hak memilih ketetapan sendiri menge-
nei urusan mereka.Dan siapa yang tidak taat kepada hukum
Allah dan Rasulnya.Maka sesungguhnya dia telah sesat dengan
kesesatan yang nyata'.
[AL-AHZAB 36].
Adik,kakak,tok wan,opah,tiada
pilihan lain,undilah Gagasan Se-
jahtera pimpinan PAS,kerana
mereka nak memertabat kan
islam di bumi Allah ini.
Adik kakak,pokcik mokcik,
Ingat !!!, Tangan kita yang memangkah lah terbentuk nya kera-
jaan,kalu balik okaylee....Tapi kalu sebaliknya...Semua kerja
buat kita akan di hisab di Akhirat kelak,kerana Allah SWT
ada perakaman yang canggih,tak boleh di padam.
Maaf ya !!! Aku rasa Adik kakak.Pokcik,Mokcik lebih tahu dan
aku cuma nak berpesan-pesan aje-kerana Islam menyuruh kita
berpesan-pesan perkara baik dan benar. ..Al-Asr 3.
Selamat mengundi:
JUM UNDI PAS.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 03:34 0 comments
Monday, 7 May 2018
PILIHAN TERBAIK PRU-14.
=============================================
PERINGATAN UNTUK ANDA SEMUA UNDILAH PAS.
Menjadi Muslim tidak sekadar cukup kita solat,berpuasa,berza-
kat dan Haji aje.
Tetapi kita juga mesti membantu dengan sedaya upaya yang
mampu,menyumbang tenaga,harta benda menyibarkan Islam di-
Bumi Allah ini.
Nabi SAW bersungguh-sungguh bertemu dengan pelbagai Ka-
bilah,ia bukan semata-mata mengajak mereka solat dan duduk
di Masjid Surau.
Malahan tugas utama kita adalah mencari pendudukong Islam
Sebab itu ISYRAK MEKRAJ juga di sebut sebagai Muqad-
dimah Pembentukan Negara Islam Madinah.
0leh itu anda tiada pilihan lain Undilah PAS yang akan
menegakkan dan memertabatkan Islam di Malaysia ini.
SELAMAT MENGUNDI...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 09:32 0 comments
Sunday, 6 May 2018
AIK !!! ,SINGKIR LAGI ???
Harituu,16 orang ahli Umno,termasuk Ketua Cawangan telah di-
singkir serta merta-merta kerana membawa Umno ke Mahkamah,
kerana mereka menggap umno dah jadi parti HARAM, kerana
umno telah melengah-lengah mengadakan pemilihan,umno telah
meminta pada ROS [Pendaftar Pertubuhan] 18 bulan,selepas itu
umno minta tangguh lagi.
Leenie pulak 3 Vetren umno,ia itu bekas Menteri Kewangan Tun
Daim Zainuddin,Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Perindastrian Tan Sri Rafidah Aziz merupakan menteri kanan dlm
Umno dan Tan Sri Rais Yatim yang juga bekas menteri masih dlm
siasatan.
Nampaknya menjelang PRU 14 hanya berbaki 2 hari lagi,UMNO
dah jadi sasau,salahkah mereka menegur kesilapan umno?,kerana
mereka nie sayangkan umno,kalu dipereksa mereka nie,pekat
darah umno.
Betul lee kata Tun Mahathir,Umno telah busuk sampai ke USUS
tak boleh di tegur,kalu di tegur melenting.
Semalam pula,seorang lagi bekas menteri Syid Hamid Albar telah
bersuara,menyeru pengundi-pengundi pilih parti yang terbaik,wa-
lau pun dia tak nyatakan,kita faham apa yang tersurat dan tersirat
dlm hatinya.Aku harap banyak lagi bekas-bekar menteri tampil
berani menyatakan kebenaran.
Aku rasa dia nie pun [Syid Hamid] sudah berada dalam RADAR
Umno untuk di singkir-tunggu.
Pada aku,PAS harus berterima kasih pada demo nie,walau pun
demo tak pilih PAS-demo pilih PH. takpe,sudah tentu ada perpecahan
dalam umno,senang sikit kita tumbangkan Umno+Ph,
TERBAIK,JUM UNDI PAS-GAGASAN SEJAHTERA
Posted by Anak Kampung Sumpit at 22:12 0 comments
Friday, 4 May 2018
RABU:09-MEI-1918,HARI TERPENTING RAKYAT MALAYSIA MEMILIH IMAM...
tanggungjawab memilih IMAM memimpin negara,rakyat
yang lebih cemerlang dan di redhai Allah.
Bagi mereka non muslim selamat di bawah Payong Islam,
terjamin, terjamin keadilan Islam,boleh mengamal kan adat
resam dan agama anutan mereka sendiri,pilih lah parti yang
bersih dari RASUAH dan Penyalahguna kuasa.
Bila disebut memilih IMAM banyak yang terkeliru,mereka
menganggap,Imam tu hanya Iman Solat Jumaat,Solat waktu
dan solat Jenazah aje.
Makna Iman tuu ialah,adalah pemimpin,Khalifah,memimpin
negara dan ummah.
Memilih pemimpin atau Iman nie,tidak semudah yang kita
jangka,ia bukan seperti kita menggembala sekawan lembu
kerbau,lembu kerbau nie mudah,ketuk saja timba beldi mereka
menerkam kat kita,kerana mereka sangka ada air garam untuk
mereka.
Memimpin manusia tak gitu,manusia ada mempunyai,perasaan
fikiran,hati naluri dan berbagai yang mesti di fahami oleh pemim-
pin atau Imam tersebut.
Anda semua ada 3 gabungan untuk memilih Iman pada 9-5-18 nie,
Pilih lah parti yang komited hendak menegak,memertabat kan
hukum Allah di buminya,kerana manusia di dunia nie hanya ada
3 gulungan atau kelompok aje iaitu:
1.Kelompok: Allazi naanam taalaaihim-ia-itu mereka yang di beri
nekmat oleh Allah,
2.Kelompok: Al-Maghdhu bialaihim-ia-itu mereka yang di murkai
Allah.
3.Kelompok: Al-Dholin-ia-itu kolompok manusia yang bersifat
Nasara sesat.*Nak tau siapa yg diberi nekmat,siapa yg di murkai
dan siapa pula besifat Nasara,Sesat???.Cer tanya ust-ustazah demo
akan beri pencerahan pada anda.
maaf ya !!!,aku takdak tauliah,kerana aku bukan ustaz,lebai pun
tidak.
PILIHAN TERBAIK ANDA,PILIHLAH GAGASAN
SEJAHTERA PIMPINAN PAS....ANDA BOLEH.........
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:16 0 comments
Tuesday, 1 May 2018
MENJAWAB SURAT LAYANG,FITNAH,TANPA NAMA...
Gambar hiasan aje.....
----------------------------------------------------------------------------
Lee !!!, Ada surat berantai lagi ???
Aku terkejut beruk,kerana menerima surat berantai tanpa nama
beberapa hari lalu.
Setelah aku membaca,tau lee aku,surat nie di kitar semula dan
pernah aku terima hampir PRU 13 dulu,mulanya aku nak abaikan
saja surat nie....tapi fikir punya fikir,hati aku rasa terdetut,rasa
terpanggil untuk menjawab melalui blok aku.
Waalaikum salam,tanpa nama,salam kamu aku sudah jawab,
jangan marah woo...Aku cakap kamu pondan,kamu jenis spesis
takdak teloq,teloq kamu dah kecut,surat kamu yang kamu pos
dari Ipoh tuu,aku rasa cukup terpanggil untuk menjawab,walau
pun pada mulanya aku nak abaikan.
Aku ingatkan kat kamu,toksah kamu dok menyamar sebagai
ahli PAS,aku sudah kenal dari gaya cakap kamu tuu,aku nie nak
bagi tahu kat kamu,aku dak kote dalam politik dah 40 th lebih
masak bebenar dengan perangai umno nie...Aku takleh cakap
panjang di sini,kalau betul kamu tak bacul..Jelmakan diri kamu,
sama ada kamu hantu raya,Jembalang Tanah,Pelsit,Toyol atau
apa-apa sajalah,aku tak kesah,mari kita debat.
Surat kamu cakap PAS mengatakan,kawan dengan orang kafir
kita jadi kafir.Ini tak berlaku...ini fitnah umno saja-soal syurga
neraka itu bukan kerja manusia...itu hak Allah,kamu nie me-
mang cukup baghal,jahil murakat,tapi apa nak dikatakan,umno
nie memang dah senonim dengan fitnah,aku nasihatkan kamu
jangan cari dosa kering,lebih baik kamu dok gentel biji tasbith
Zikirullah dapat juga pahala...Aku takut kamu Muflis di
Akhirat kelak...Tak cukup pahala amalan kamu nak bayar pada
mereka yang kamu fitnah tuu,kamu ingat kamu tak mampuh
ke ???.
Kamu cakap rukun Islam 5 perkara aje,tak termasuk jadi ahli
PAS,-betul lee tuu,rukun islam 5 perkara.
Mengucap dua kalimah sahadah,mengucap dua kalimah saha-
dah semua org tau,cucu aku diTadika Kemas pun tau,orang
kafir pun tau,...tak caya? kamu pi tanya anak Cina Atong kedai
barang di Lenggong tuu,dia fasih mengucap dua kalimah saha-
dah,siap dengan kalimah tauhid.
Kmu tau? Islamkah dia? mudah-mudahan Allah SWT beri
hidayah,buka pintu hatinya kepada Islam.
Kamu tau ? Bagaimana nak jaga Akidah kita,kamu pi rujuk
tok-tok peti,berapa ramai org islam rosak akidahnya.Lagi satu
kamu boleh baca Mastika Hadith jld dua,keluaran Jbt Perdana
Menteri,perkara-perkara yang merosakkan akidah,kamu jangan
main-main bab akidah nie,buah jatuh bunyi bedebut,tapi kalu
Iman Akidah jatuh kita tak sedar,kerana perkataan dan perbuatan
kita.
Sembahyang lima waktu:Bagi org Islam yang akil baligh wajib,
tapi sembahyang yang macam mana? Sembahyang nak Ikhlas
seperti yg kita sebut dalam doa aftitah,bahawa solatku,ibadatku,
hidupku,matiku lillah kerana Allah Taala...Bukan kerana mu
Malaysia.
0rang lalai,egois [ego],apa ego tuu,akulah yg pandai,warak dan
semuanya aku.Kamu pi baca Surah Al-Maun,Fawailullilmusallin
dan seterusnya.Lagi satu kamu sembahyang lima waktu sehari se-
malam,berapa kali kamu baca fatihah ? 17 kali woo !!!Dalam
Fatihah,kamu mintak Allah tunjukkan jalan yang lurus...Kalau
kamu sembahyang lee.Tapi kenapa kamu pi jalan berbengkang
bengkok? kamu tau jalan bengkang-bengkok tuu bahaya,banyak
cerun,selikoh tajam,selekoh maut.Kamu hina hukum Hudud,
kamu kata,nak makan sup tangan datanglah kat Kelantan.
Hudud adalah hukum Allah,bukan hukum PAS.Asthagfirullah.
Dalam Surah Al-Maun tadi bermaksud: Celaka/Neraka orang
yang sembahyangnya lalai-maaf ya ! Aku tak pandai tulis jawi,
sebab umno dah hapus tulis jawi,sebab tuu,orang leenie tak
pandai kitab jawi.
Bab Puasa pula,memanglah wajib seperti sembahyang juga,
tapi kalu puasa asyik mengumpat,memfitnah orang,tak dapat
apa-apa,melainkan lapar dahaga saja.
ZAKAT: Ini bagi mereka yg layak seperti kamu,perompak-
perompak wang rakyat,tuu pun kalu harta tuu tak elok tak
di terima Allah,orang berharta cukup,hisab,hol wajib ber-
zakat,systim zakat mengikut kekayaan seseorang, tidak se-
perti GST umno,orang papa kedana pun habis kena 6% tiap
seenggit berbelanja,kecuali org yang tak makan,membeli,
kamu tau,leenie kamu nak masuk lubang kubur pun kena
cukai GST.
Menunai Fardhu Haji: Wajib sekali,bagi orang-orang yang
mampu,sihat,tapi kalu akidah kita dah jatuh,tak guna pun,
sembahyang sampai lekok dahi pun sia-sia saja.
Kamu cakap,PAS tak termasuk rukun islam.Apa kejadah
nya kamu nie...10 kali baghal,kitab mana kamu baca? kalau
tak masuk PAS tak sah islamnya menjamin masuk syurga.
fasal syurga,neraka itu bukan kerja manusia,itu ketentuan
Allah.
PAS adalah Parti Politik dan Dakwah,mengajak manusia dan
sebagai Flafon-landasan jemaah menegak kan hukum Allah
di buminya,kerana kita wajib berhukum dengan hukum Allah,
kamu pi baca Al-Quran Surah Al-Maedah,maksud,Barang
siapa yg tidak menghukum dengan hukum Allah sebagaimana
yang di turunkan ia KAFIR,ZALIM,FASIK, sebahagian dari
ayat 44-45 dan 47 Al-Maedah,kamu tak caya apa Allah kata?
maaf ya! aku terpaksa kasar sedikit.
"JIKA ARAK ITU IBU SEGALA KEJAHATAH,
MAKA UMNO/BN PULA IBU SEGALA KEZA-
LIMAN,PENIPUAN DAN KEMAKSIATAN".
Undilah Gagasan Sejahtera Pimpinan PAS
Posted by Anak Kampung Sumpit at 08:27 0 comments
Friday, 27 April 2018
ESOK SABTU,28-4-2018,PENAMAAN CALON PRU-14..
Esok SABTU,28-4-2018, hari Penamaan Calon PRU
14.
Jangan lupa,adek kakak,pokcik-mokcik,opah tok-tok wan
ramai-ramai kita hadir......
09 Mei 2018 hari RABU,hari mengundi pulak,kita kena
ramai-ramai sokong parti kita.
SIAPA PILIHAN ADEK KKAK TOK WAN MAK WAN
Toksah pening kepala,fikiq-fikiq,buatlah pilihan terbaik,pilih
lah parti bersih dari rasuah dan salah guana kuasaa.
Ada 3 saja pilihan.
1.BN Cap kati di pimpin pencuri,perompak,
71 kes terlibat rasuah curi duit rakyat.
2.PHlogo cap mata, di pimpin bekas perompak.
21 terlibat kes rasuah.
3.GS,Gagasan Sejahteralogo Pas,Kosong [0] rasuah.
Ini bukan aku kata,ini,ini bukan berita palsu,berita
jawapan Menteri di-
Jbt.Perdana Menteri
dalam Parlemen.Iaitu
Menteri Cap Kati sen-
diri,lagi pokcik,mokcik
adek kakak,tok wan
mau caya ke???.
Kalu adek,kakak,abang
pokcikmokcik,tok wan,
opah mengundi mereka
bermakna pokcik semua
menyokong rasuah,sedang
kan rasuah tuu di laknat
Allah,pemberi dan pene-
rimanya,rasuah haram di-
sisi Islam
Lebih dahsat,yang cap
kati tuu,dia beri beri umpan,dedak pada kita,tapi bontok kita di-
cangkut mata kail.
Yang ketiga Cop Bulan Purnama,[GS] adalah terbaik,mereka nie nak
kan Islam bagi menyelesaikan masaalah.
Adek kakak,pokcik-mokcik,tok wan,kita nak keredaan ALLAH.
SELAMAT MENGUNDI,PILIHLAH GAGASAN SEJAHTERA
PIMPINAN PAS.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 00:10 0 comments
Tuesday, 24 April 2018
AIK !!! HJ.PUAD ZARKASHI DI GUGURKAN CALON BN??.
----------------------------------------------------------------------------
PUAD ZARKAHSI,Harus terima hakikat kata Ahmad Zahid
KUCHING - Keputusan tidak meletak kan Ketua Pengarah
Jabatan Hal Ehwal Khas [JASA] Tuan Hj.Mohd Puad Zarkashi
sebagai Calon BN di Batu Pahat pada PRU-14 adalah berdasar
kan kepada hasil penilaian landskap politik di seloroh negara,
termasuk di kawasan parlemen berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri [Kerajaan sementara] Tuan Hj Ahmad
Zahid Hamidi berkata, Ketua Umno Bahagian Batu Pahat itu ha-
rus menerima hakikat bahawa kawasan itu berada dalam keadaan
agak parah dari segi kerosakan dan hakisan sokongan pada BN.
Ha,ha,ha, tuu dia punya alasan...
Ulasan anak kampung: Ini kes naya Tuan Haji,sepatutnya
pengampu,pembodek no satu tak jadi gitu,ada yang tak kena
nie,mungkin terlebih ampu dan bodek kot.
Takpe-takpe ...Kata Hj. nak jadi calon bebas?,Tok sah Hj.
Hj. ajak semua penyokong Hj.supaya mengundi calon Gagasan
Sejahtera Pimpinan Pas pada 9 mei nanti,Hj.boleh kan-kan.
r
Posted by Anak Kampung Sumpit at 04:20 0 comments
Friday, 20 April 2018
PEGUAM: NAJIB TAK BOLEH TANDA TANGAN WATIKAH CALON...
--------------------------------------------------------------------------------
PEGUAM: Najib tak boleh tanda tangan Watikah Calon.................
Pengerusi BN dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak tidak
dapat menanda tangani Watikah Calon Umno dan BN untuk PRU
ke-14,susulan penfailan Mahkamah berhubung kesahihan Umno,
kata peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla.
Mohd Haniff mewakili 15 anggota Umno yang memfailkan se-
makan kehakiman hari ini untuk mencabar keputusan Jabatan
Pendaftar Pertubuhan [ROS] membenarkan Umno menangguh
kan pemilihan parti sehingga April tahun depan.
Menurutnya,Majlis Tertinggi dan Bahagian Umno terbatal ber-
mula hari ini,menakala cawangan Umno terbatal sejah 1 mach
lalu.
"Maka Najib tidak boleh menandatangani Watikah Calon
ekoran kedudukan Umno yang kini menjadi pertikaian",katanya
kepada pemberita.
Salah seorang plaintif,ketua cawangan Umno Kampung Pandan
Salihudin Ahmad Khalid berkata,beliau telah menulis surat ke-
pada ROS untuk bertanya tentang status parti itu,tetapi tidak me-
nerima apa-apa jawapan.
"Saya menjadi ketua cawangan sejak 2013,hari ini saya bertanya
sama ada jawatan saya sah atau tidak,kerana tiada pemilihan pe-
ringkat cawangan yang sepatutnya di adakan pada 28 Feb.tahun
ini," katanya.
*****Ulasan Anak Kampung;
Kalau lee betul cita nie,Umno sekali lagi mencipta sejarah,
dedulu Umno Kebuh [mati] di Mahkamah gak yang di bawa
oleh kumpulan 11,tapi Tun Mahathir siram dengan Air Atma
Jiwa dia hidup kembali.
Leenie sekali lagi di bawa ke Mahkamah oleh kumpulan 16
pula sekali lagi,aku harap dia kebuh dan tak bangkit lagi,
tuulee,kalau asyik nak buat khianat parti orang,nie dah kena
batang hidung sendiri.
hahaha.....Terbaik ,UNDI LAH GAGASAN SEJAHTERA
PIMPINAN PAS.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 22:25 0 comments
ENAM BELAS AHLI UMNO MAHU ROS BUBARKAN UMNO...
==============================================
Enam Belas anggota cawangan Umno hari ini memfailkan per-
mohonan untuk kebenaran semakan kehakiman untuk membatal
kan keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan [ROS] yang mem-
benarkan Umno lanjutkan masa untuk mengadakan pemilihan
parti semua peringkat.
Permohonan itu di failkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Mereka adalah dari 11 Cawangan di enam negeri dan menamakan
ROS dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Seri Ab.Rauf Yusoh seba-
gai responden.
Mereka juga memohon perentah,mendamus untuk mewajibkan
ROS untuk menggunakan seksyen 13,14,16 dan 66 Akta pertu-
buhan untuk menyiasat Umno berdasarkan surat mesyuarat yang
di hantar kepada ROS.
Selain itu,mereka jua memohoon perentah mendamus untuk me-
maksa ROS mengambil tindakan serta-merta keatas Rauf kerana
di dakwa melanggar perkara 93,9.4,15.3,182 dan 10.16 perlem-
bagaan Umno kerana tidak mengadakan pemilihan parti dalam
tempoh 18 bulan yang di tetapkan.
Disamping itu,mereka juga memohon supaya Umno di bubarkan
sementara sebaik saja ROS menyelesaikan siasatan nya berhubung
dakwaan melanggar perlembagaan parti.
Mereka juga memohon mahkamah mewajibkan ROS untuk menge-
luarkan notis di bawah seksyen 14 [2] dan 14 [5] di bawah Akta
Pertubuhan bagi notis pembubaran sementara dan pembubaran muk-
tamad.
Secara tambahan,pemohon juga mahu mahkamah memaksa ROS
untuk menggantung semua aktiviti Umno sehingga kes permoho-
nan semakan kehakiman selesai.
Pemohon juga mahu pengistiharan bahawa semua bahagian Umno
dan Majlis Tertinggi Umno tidak mempunyai kuasa yang sah dari
segi undang-undang untuk berurusan dan terbatal atau terbubar
berkuatkuasa hari ini 20 April 2018.
Mereka juga mahu perentah bahawa keseluruhan institusi atau
pertubuhan yang di panggil dan atau di kenali sebagai Umno
adalah tidak sah dan terbatal atau terbubar mulai hari ini juga.
Ini berkaitan hujjah mereka,bahawa hari terakhir untuk bagagian-
bahagian mengadakan pemilihan mereka adalah pada 28 Februari
dan hari terakhir untuk majlis tertinggi adalah semalam [19 April].
Kali terakhir bahagian-bahagian Umno mengadakan pemilihan
mereka adalah pada 31 Ogos 2013 dan sepatutnya pemilihan baru
seharusnya di adakan pada 31 Ogos.2016,tetapi diberi lanjutan
masa 18 bulan oleh ROS.
16 pemohon berusia antara 30 hingga 55 tahun,mereka ada lah
Salihudin Ahmad Khalid,Noorhalimi Yahya,Mariam Mohd Ishek,
Mohd Hafami Hanif,Shaharudin Tukiman,Azaid Jani.Normalawati
Hassan,Rodiana Abd Manaf,Mohd Raafeek Rahim,Nurul Hanna
Mohd Sukot,Kamarul Abd Wahid,Mohd Hikamal Md.Hassim,
Muzamzamir Abd Wahab,Norizan Jamaludin,Rohani Ahmad dan
Muhamad Hafizi Hashim.
Semua anggota Umno berkenaan di wakili oleh peguam Mohd
Haniff Khatri Abdulla.
sumber.mk.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:05 0 comments
BEKAS SETIAUSAHA AGONG MIC JADI CALON "GS" BAGI PRU-14,DI PAHANG...
===============================================
KUANTAN: Bekas Setiausaha Agong MIC,Datuk S.Kumar ada
lah antara 54 calon PAS dan Gagasan Sejahtera yang akan bertan-
ding di negeri ini pada Pilihanraya Umum ke-14 [PRU-14].
Kumar 45 th, yang juga Presiden Parti Generasi Baru akan bertan-
ding di kerusi Dewan Undangan Negeri [DUN] Tanah Rata yang
terletak di bawah Parlemen Cameron Highlands.
Pencalonan nya di umumkan Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli
Abdul Jabar pada majlis pengistiharan Calon PAS dan Gagasan
Sejahtera di Pahang pada PRU-14 di Padang Awam Cenderawasih
di sini malam tadi.
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan
Man.
# sumber:PDO..
UNDILAH GAGASAN SEJAHTERA
PINPINAN PAS
.
.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:13 0 comments
Wednesday, 18 April 2018
PEPATAH CHINA:"IKAN BUSUK BERULAT BERMULA DARI KEPALA"
kaya dengan hasil buminya
samada di dasar laut,di bumi
dan perut bumi nya seperti
Gas Petrolion,bijih,emas,
balak,kelapa sawit getah dan
lain-lain lagi untuk di nekmati
warga bumi nya.
Tapi sayang seribu kali sayang
pemimpin negara yang di-
beri mandat oleh warga bumi
nya [rakyat] untuk metadbir negara tidak bertanggung jawab dan
tak amanah,maka hasil negara banyak ketirisan,bocor,tembuh hi-
lang,lenyap,ghuyub masuk tembolok mereka keroni,anak pinak.
Rakyat terpaksa atau di paksa menerima,menanggung beban se-
perti kenaikan kos hidup,kenaikan harga barang,perlaksanaan cu-
kai GST dan lain-lain.
Di negara kita Malaysia nie,Melayu adalah kaum dominan,maka
kepimpinan negara adalah orang Melayu dan bersama-sama kaum
lain di lantik sebagai menteri,timbalan menteri menggotai kabinet.
Tetapi hari nie,mereka dah tak sedar diri,rakyat yang memberi
mandat kepada mereka lima tahun sekali untuk menjaga amanah,
bangsa negara dan agama telah di khinati dan sanggup menipu
bangsanya sendiri.
Apa yang di harap oleh rakyat selama ini,ia-itu rakyat menggap
negara seperti pohon rendang menghijau tempat rakyat berteduh
dan pohon itu pulak berbunga lebat mengeluarkan buah-buah
yang ranum untuk di makan dan di nekmati rakyat,
Leenie,nampaknya pohon-pohon yang rendang mengeluar
kan buah telah membusuk di makan ulat-ulat.Ulat nie di ketuai
oleh seorang ketua ULAT GONGGOK.
Anak-anak ulat nie berkeriuk,berkerumit,macam ulat nangka,
ULAT TAHI [SHIT] memamah,memakan lemak manis buah
tersebut hingga tinggal hampas,malah bukan buah saja diserang
ulat nie hingga keakar umbi pokok,sehingga kelihatan pokok-
pokok itu akan mereput.
Ini cukup bahaya !!! Anda perlu melakukan sesuatu untuk meng-
halang mereka nie terus bermahrajalela.
Anda kena berusaha,rawat mereka,supaya sedar tanggungjawab
jugamanah yang di beri rakyat terutama bangsanya sendiri jangan
di khinati
Kalu tak leh rawat lagi,semburkan dengan racun makhluk perosak
COP TENGKORAK sampai keakar umbi,supaya mereka nie
lenyap,ghuyub di bumi Malaysia nie.
ANDA BOLEH !!!, Undilah Gagasan Sejahtera Pimpinan
PAS,terjamin ketelusan nya.
Posted by Anak Kampung Sumpit at 01:58 0 comments
Friday, 13 April 2018
LARIKAN KURSI PAS,KINI PKR NAK LARIKAN KERUSI ENGKAU...
==========================================
Penyandang kerusi Parlimem Shah Alam Khalid Samad men-
dedahkan kemelut berpanjangan pembahagian kerusi Pakatan.
Harapan di Selangor berpunca dari dua faktor.
"Kerusi ini sangkut [tangguh] atas dua sebab.Nombor satu
[kerusi] jamin menang,,nombor dua jamin kalah.
"Yang jamin menang semua nak,yang jamin kalah semua tak nak.
"Sebab itu dia sangkut,jadi nak beri pun orang tolak dan mana
yang nak ambil semua orang tarik",katanya dalam sidang media
di pejabatnya di Shah Alam,hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas faktor utama kepada Harapan
mengambil masa yang lama bagi memutuskan agehan kursi di
negeri itu.
Tarikh PRU 14 telah di tetapkan pada 9 Mei depan,namun rundi-
ngan kerusi pembahagian kursi Dewan Undangan Negeri [DUN]
di kalangan mereka di fahamkan masih belum selesai.
XOXO-Dulu engkau buat lari kerusi PAS,Sekarang belum
memang PKR nak larikan kerusi engkau...
PILI HAN TERBAIK ANDA UNDI LAH PAS......
Posted by Anak Kampung Sumpit at 04:32 0 comments
Wednesday, 11 April 2018
JANGAN MENABUR JANJI-JANJI MEMBAWA AKIBAT...
Posted by Anak Kampung Sumpit at 21:50 0 comments