BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 29 April 2016

JANDA USTAZ MODEN,BUKAN USTAZ "HARAM-HARAM-Adenan...

                           
                             

                           
                             









=============================================

KUCHING:Calon BN bagi kerusi DUN Jemoreng,Dr.Juanda
Jaya merupakan yang luar biasa dan mempunyai ciri-ciri yang
Serawak mahukan,kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satim.

Beliau berkata demikian ketika di tanya wartawan,bagaimana
bekas Mufti Perlis itu boleh menyumbang    kepada wawasan
progresif Adenan untuk Serawaki,negeri yang terkenal   tegas
berpendirian Sekular.

"Beliau [Juanda] seorang ustaz moden,beliau bukan seorang
yang berfikiran sempit,tidak berlagak     Alim,berpandangan
luas lebral. Ciri-ciri ustaz yang kita mahu kan." Beliau ustaz
yang kata,kamu boleh buat apa yang kamu mahu,  teruskan,
dan menyarankan  cara untuk melaku kan nya.Beliau  bukan
jenis yang semuanya haram,haram,haram.

"Lagipun sudah menjadi tradisi PBB salah seorang  ahlinya
sepatutnya seorang yang warak." Kata Adenan dalam  sidang
media malam tadi".

Pada 12 April lalu,Adenan mengumunkan Juanda akan me-
wakili Parti Pesaka Bumi Putra Bersatu [PBB] untuk kerusi
DUN Jemoreng dalam pilihan raya  Serawak 7 Mey depan.

"Juanda yang merupakan Tim.Yang di Pertua Majlis Islam
Serawak,menerima pencalonan itu sebagai satu penghormatan
dan berikrar akan bekerja keras menjayakan aspirasi Adenan.

Kerusi Jemoreng sebelum ini di sandang Gani@Abu Seman
Jahwie,juga daripada parti yang sama.Kerusi ini di  anggap
kerusi selamat BN.Gani meraih 77.6 peratus undi  dalam pili-
han raya lalu.

sumber..

ulasan anak kampung: Lantak lee labu ooi,janji beri dedak
banyak-banyak-halal-haram belakang kira.......

Tuesday 26 April 2016













MINUMAN
YANG 
PALING
LARIS DI JUAL DI PILIHANRAYA DI DEWAN UNDANGAN
NEGERI SERAWAK !!!,

HHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Ha,ha,ha, kepada anda penyokong-penyokong parti yang bertan-
ding dalam pilihanraya Serawak,jangan bimbang,kini    sudah ada
penjual-penjual Air bermacam-macam jenis lambang,ada lambang
AMANAH,ada lambang BN [CAP KATI] ada lambang  PAS  dan
berbagai lagi.

Selepas anda penat berkempin untuk parti anda,anda tentu  sekali
berasa dahaga-Anda boleh melepaskan kehausan anda,dengan me-
ngikut citarasa anda, anda boleh pilih Air Amanah,Air Cap  Kati
BN,air Cap Bulan dan berbagai lagi,ia ada terjual seperti  di warong
di atas.

Berapa harga nya???,Eh,jangan bimbang harganya mampu milik,
bukan mampu tengok.

Janji BN Serawak wajib di tumbangkan,bukan marah Adenan,
tapi tokjib...Serawak boleh, kah,kah,kah...

Monday 25 April 2016















----------------------------------------------------------------------------------------
PELAJAR TINGKATAN 3 PULA DI PATUK ULAR..................
Pelajar tingkata tiga Sekolah berasrama penuh,Sekolah Dato
Abdul Razak [SDAR]  Sungai Gadut di Seremban yang di patuk
ular sabtu lepas,berada dalam keadaan stabil dan telah di benarkan
pulang setelah menjalani rawatan di Hospitan Tuanku Jaafar.

Ibu mangsa,Roziana Abdul Rani,47,berkata Doctor yang merawat
anaknya Khairul Rusidy Kamaruddin,15,memberitahu bahawa ke-
adaan anaknya tidak kritikal,kreana ular yang menggigit   anaknya
bersaiz kecil.

"Kejadian berlaku selepas anak saya dalam perjalanan pulang ke-
asrama nya selepas menunaikan Solat Isyak...Wardan yang meng-
tahui kejadian ini telah membawa anak saya ke hospital     untuk
rawatan.

Hasil pemereksaan Doctor mendapati anak saya memang di patuk
ular di bahagian kaki kanan.Namun susulan rawatan beberapa hari
di hospital,anak saya telah di benarkan pulang...tiada rawatan susu-
lan di perlukan,kata nya ketika di hubungi Bernama semalam.

Beliau berkata,anak nya di berikan cuti sehingga Rabu ini dan akan
memulakan sekolah semula,sama ada minggu hadapan atau selepas
tamat cuti sakit,bergantung kepada keadaan anaknya.

Kejadian itu merupakan kes kedua daripada kes pelajar di negeri
itu di patuk ular dalam kawasan sekolah selepas seorang murid tahun
dua di patuk ular semasa kelas pendidikan jasmani di padang sekolah
nya di Rembau 20 April lepas.

Sebelum itu,kematian murid tahun satu Nuriey Nadirah Roslan,7,se-
lepas di percayaai di patuk ular pada 19 April lepas di sekolah nya,
Sekolah Kebangsaan  Dato Hashim 1,Pengkalan Cempa di Kota bhru
Kelantan,menjadi viral terutamanya di laman media sosial.
Bernama...

Ulasan anak kampung:
                     



BADAK ADIL 
BUKAN BADAK
REMBAT...


Adil si Badak
Sumbu berjuang
untuk masa depan
SERAWAK.

Parti KEADILAN,
telah memilih BADAK SUMBU yang  berkait    rapat
dengan Daerah BORNEO  untuk menjadi MASKOT parti
dan kami melaancarkan Maskot ini hari ini sempena Pili-
hanraya negeri Serawak. Badak Sumbu adalah lambang
keberanian,ketabahan, dan kepercayaan,dan sifat-sifat ini
mencerminkan semangat perjuangan parti yang tidak pernah
luntur selama ini.

Badak Sumbu antara binatang yang paling besar di atas muka
bumi,dan langkahnya setabil dan mantap,sama seperti sifat pe-
mimpin KEADILAN yang sentiasa berusaha demi kepentingan
rakyat dan demokrasi negara.

Badak Sumbu hidup di dalam habitat yang penuh cabaran tetapi
ia mempunyai ketabahan dan kekuatan untuk menghadapi cabaran
ini,seperti KEADILAN, di mana ramai pemimpin telah di tahan dan
di dakwa di atas sebab politik,serta tahun-tahun mencabar selepas
2014,dimana KEADILAN  hanya memenangi satu kerusi Parlemen
dan satu kerusi DUN di seloroh negara.Tetapi kami terus berjuang
tanpa rasa takut, dan terus berjuangkan politik yang progresif dan
tidak perkauman,kini KEADILAN mempunyai 30 ahli Parlemen,
dan mentadbir Selangor dan Pulau Pinang bersama rakan-rakan
politik,menghasilkan politik baru dan harapan baru untuk seloroh
negara.

KEADILAN yang mempunyai semangat serupa BADAK SUMBU
yang terus maju kehadapan,dan oleh itu kami berikrar untuk mematah
kan politik BN yang rasuah dan perkauman.Kami     berharap rakyat
SERAWAK akan dapat menghayati semangat BADAK SUMBU dan
menolak REJIM yang RASUAH, di kala krisis ekonomi dan politik
yang melanda negara.

Mari lah kita bersama maju kehadapan demi SERAWAK yang lebih
BAIK.


Ulasan anak kampung:

Sunday 24 April 2016












SULTAN MIZAN LUCUT GELARAN DATO SERI
MB.TERENGGANU: 24-04-2O16.

Sultan Mizan Lucut Gelaran Dato Seri MB.Terengganu,
Menteri Besar Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman enggan
mengulas ketika di tanya mengenai desas desus penarikan balik
darjah kebesaran istana Terengganu yang di berikan kepadanya.

Berita Harian hari ini melaporkan,beliau hanya mengucapkan
ringkas "terima kasih" dan menaiki  kenderaan rasmi nya,apa
bila di soal wartawan sebelum meninggalkan majlis Perasmian
Persidangan Wakaf Senusantara 2016,di Hotel Perimula di sini
sebentar tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri [SUK] Datuk Osman Muda turut
enggan mengulas apabila di tanya mengenai Viral perlucutan
gelaran itu.

Sementara itu BH di fahamkan Sultan Terengganu,Sultan Mizan
Zainal Abidin  belum mengeluarkan titah rasmi berhubung isu
perlucutan itu. Di fahamkan juga titah mengenai perlucutan anu-
gerah itu hanya di suarakan secara lisan.

Sultan Mizan lucut gelaran Dato Seri  MB.Terengganu Ahmad
Razif di anugerahkan Pingat Seri Setia  Sultan     Mizan Zainal
Abidin [SSMZ] yang membawa gelaran Dato Seri sempena ulang
tahun ke 53,pada 24 April 2015.

Pagi ini,pada majlis persidangan  Wakaf Senusantara 2016,gelaran
Dato Seri tidak di sebut oleh Pengancara majlis. Sekadar menyebut
Yang Amat Berhormat [YAB] Menteri Besar Terengganu.

Sultan Mizan berangkat dan merasmikan Persidangan Wakaf Senu-
santara 2016.

Pada ucapan alu-aluan Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Dato Seri
Jamil Khir Baharom hanya menyebut Menteri Besar dan bukan   nya
Dato Seri Ahmad Razif Abdul Rahman seperti ucapan majlis lain se-
belum ini,lapor FMT.

Ulasan anak kampung:

Friday 22 April 2016

















ZAHID JANJI LEBIH PERUNTUKAN JIKA BN MENANG
BESAR.

Kerajaan Persekutuan hari ini berjanji untuk memberi lebih banyak
peruntukan bagi membqngunkan Serawak,jika BN pimpinan Ketua
Menteri Tan Seri Adenan..Satem menang besar  pada     pilihanraya.
negeri akan datang.
"Atas kesinabungan kepimpinan Tun Taib Mahmud..yang selama
tempuh pimpinan beliau yang panjang Tok Nan [Adenan] pun  bolehm
laku kan sama baik walau pun tidak lebih baik.

"Tetapi saya yakin oleh kerana hubungannya baik dengan Puterajaya
kerajaan pusat,dengan Perdana Menteri,malah saya sendiri,saya akan
membantu sedaya upaya dari segi peruntukan untuk terus    memba-
ngun Serawak,kalau beliau dapat undi yang banyak," kata Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid membuat janji itu semasa berucap pada majlis Pemimpin Ber-
sama Rakyat di Kampung Masjid Balingian di Mukah hari ini,yang
di hadiri lebih 500 orang.

Hadir sama adalah ahli Parlemen Mukah Datuk Seri Muhamad Leo
Toyad dan calon BN bagi kursi Dewan Undangan Negeri      DUN
Balingian Abdul Yakub Arbi.

Zahid kemudian nya menyampaikan  dana Persekutuan RM.600,000
untuk pembangunan kampung dan Jawatankuasa Keselamatan  Kam-
pung [JKKK] di 86 Rumah Panjang di Balingian.

Beliau juga berjanji untuk menangani masaalah penduduk tempatan
seperti mendapatkan bekalan air bersih,sistim perparitan yang  lebih
baik,pembinaan jalan raya dan sebuah sekolah menengah yang pernah
di janjikan oleh Tim.Perdana Menteri Tan Seri Muhiyiddin Yassin pada
pilihanraya Umum 2013...mk.

Ulasan anak kampung: dah-dah,dah mula dah,dengan janji-janji manis
ini rasuah nie!!!,tapi takpa,BN buat takpa,kalau pembangkang dah tentu
masuk got,Ingat orang Serawak!!!,Jangan banyak makan DEDAK ya!!!
nanti kena sembelih,jual kat pasar-pasar di Serawak.......
.......................

NAJIB MOHON
BATAL SAMAN
MAHATHIR......






21-04-2016.

Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk  membatal
kan saman oleh Tun Mahathir Mohamad dan dua lagi terhadapnya   atas
alasan tiada elemen perbuatan salah laku seperti yang di dakwa ketiga-
tiga plantif.

Peguam Wan Azmir Wan Majid,mewakili Najib memberi tahu pemberita
bahawa saman di failkan Tun Mahathir ,bekas Naib Ketua UMNO   Bhg
Batu Kawan,Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota wani-
ta UMNO Lengkawi Anina Saadudin selaku plaintif itu bersifat remeh,
dan menyusahkan mahkamah.

"Perdana Menteri memfailkan permohonan untuk membatalkan   saman
itu semalam atas alasan tiada terdapat elemen perbuatan salah laku  se-
perti yang terkandung dalam writ saman dan penyataan tuntutan plaintif"
katanya.

Beliau berkata,permohonan itu akan di dengar pada 23 Jun di hadapan
hakim Mahkamah tinggi Datuk Rosnaini Saub. Peguam itu berkata demi
kian selepas pengurusan  kes saman itu di hadapan Penolong Kanan
Pendaftar Erry Shahriman Nor Aripin hari ini,yang turut di hadiri Peguam
Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertindak bagi ketiga-tiga plaintif.

Mohamed Haniff Khatri berkata,Mahkamah juga mengarahkan  Perdana
Menteri untuk memfailkan penyataan  pembelaan nya sebelum atau pada
28 April ini.

Pada 23 Mach lepas Mahathir 99,Khairuddin 54 dan Anina 41,memfail
kan saman terhadap Najib selaku defenden berhubung dakwaan  salah
laku membabitkan 1 Malaysia Development Berhad [IMDB].
Bernama.

Ulasan anak kampung: Najib!!!,Apa yang nak di takutkan,kalau
kita anggap diri kita bersih dan tak bersalah! Berani kerana Benar,
biar lee  Mahkamah tentukan...

Thursday 21 April 2016
















SAYA LETAK JAWATAN,JIKA UMNO MASUK SERAWAK..
Adenan Saten.

21-April-2016: Ketua Menteri Serawak,Tan Seri  Adenan Saten
hari ini menegaskan,bahawa beliau akan meletak jawatan sekira
nya UMNO masuk ke Serawak.

"Kami tidak mahu UMNO masuk ke Serawak,saya sudah berca-
kap dengan Preseden UMNO [Perdana Menteri Dato Seri Najib
Tun Razak],dan UMNO tidak akan datang ke Serawak,"  ujar
Adenan memetik laporan The Borneo Post.

"Mereka boleh datang dan membantu  untuk pilihanraya, namun
mereka tidak boleh menubuh kan cawangan di Serawak,kerana BN
[Barisan Nasional] sudah cukup kuat di Serawak".

"Selagi saya menjadi Ketua Menteri,mereka tidak akan datang
kesini.Jika mereka datang dan membuka cawangan,saya akan letak
jawatan",kata Adenan semasa perjumpaan bersama Syarikat Pem-
balaakan Kumpulan Shin Yang Group di Miri semalam. Adenan
yang merupakan Pengerusi BN Serawak.UMNO ke Sabah tidak
lama dulu kerana BN Sabah dalam keadaan lemah,dan menyimpul
kan BN  Serawak sebagai kukuh.

Sejurus sebelum pilihanraya negeri Sabah pada tahun 1990,Parti
Bersatu Sabah [PBDS] yang di kepalai oleh Ketua Menteri Joseph
Pairin Kitingan meninggalkan perikatan BN,parti itu kemudian nya
memenangi pilihanraya negeri ketiga.

Sejurus selepas kemenangan keempat pada pilihanraya nya 1994,
menang dengan mejoriti mudah,PBS gagal membentuk kerajaan
selepas ahli-ahli dun PBS melompat kepada BN.

UMNO yang memasuki Sabah pada tahun berkenaan,mengetuai
kerajaan negeri baru di bawah Ketua Menteri Sakaran  Dandai,dan
sejak itu menjadi komponan negeri yang dominen.

Serawak dan Sabah adalah sebahagian empat rakan kongsi saksama
dalam perjanjian Pembentukan Malaysia tahun 1963,dan yang  lain
ia lah Malaya dan Singapura. Selepas Pindaan Perlembagaan  Perse-
kutuan tahun 1976,Perjanjian dengan kerajaan negeri   Sabah  dan
Serawak menjadi persekutuan.di anggap "Simpanan Tetap BN" so-
kongan untuk kerajaan semasa di Sabah dan Serawak,berjaya meng-
halang kejatuhan Perikatan BN dalam pilihanraya Umum      1999-
2008 dan 2013.

Sumber:

Ulasan anak kampung:
Orang Serawak memang cerdik, dia tak moh pada UMNO,
kalau UMNO masuk abih lee hutan balak Serawak di ratah
nya untuk mereka dan kroni-kroni mereka...lebih baik keka-
yaan hasil bumi Serawak di ageh-agehkan kepada anak Sera-
wak,jangan bagi mereka nie masuk,Leenie mereka tahu Serawak
dan Sabah adalah di anggap Simpana  tetap BN,ini lah masa
Serawak nak minta apa-apa dari UMNO,mereka tentu bagi,
Syabas TS.Adenan......bertindak betul..




Tuesday 19 April 2016


Rakyat Tak Bodoh,
Kata Mukriz.

Petaling Jaya:19-04-2016.

Bekas Menteri Besar Kedah,Datuk Seri Mukriz Mahathir membi-
das kenyataan beberapa menteri yang meminta semua pihak ber-
henti melaporkan tuduhan terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri
Najib Razak berhubung skandal sumbangan RM.2.6 BILLION.

Katanya,Rakyat tak bodoh dan begitu mudah mempercayaai kenya-
taan seorang menteri luar dari Arab Saudi.

"Kita tidak terima hanya dengan satu kenyataan secara spontan
seorang me3nteri luar negara dan anggap kes ini di tutup   ,maka
tidak perlu lagi kita bangkit perkara ini. Kalau kita nak siasat, ia
ada proses dan prosudur tertentu,kita kena interview [Temu Ramah]
pihak terlibat,dapatkan kenyataan bersumpah,kena tunjuk bukti
bukti,contohnya akaun,bagaimana Wang itu bergerak daripada satu
akaun di luar negara ke akaun Perdana Menteri sendiri,"katanya
dalam satu wawancara khas yang di muat naik kedinturtieoriginal.
blogspot.my.

Mukriz merujuk kenyataan Menteri Luar Arab Saudi,ADEL AL-
JUBEIR pada minggu lalu yang mengakui sumbangan RM.2.6
BILLION kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak seme-
mang nya datang dari negara itu.

Adel di laporkan sebagai berkata,sumbangan itu di berikan tanpa
mengharapkan sebarang balasan dan pihaknya juga sedar Peguam
Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti berhubung per-
kara itu dan mendapati ia tidak membabitkan sebarang salah laku.

Dalam pada itu Mukriz berkata,kenyataan Menteri Luar Arab
Saudi itu juga telah menimbul banyak persoalan dan keraguan.

Apa kena mengena seorang menteri dari negara asing menyatakan
dia pun anggap kes ini tutup kerana Peguam Negara telah buat ke-
putusan tersebut.

Kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu langsung tidak menyentuh
soal angka yang di maksudkan, siapa sebenar yang menderma ,dia
tidak sebut ini dari Putera Raja Arab Saudi dan apa tujuan nya.Dia
juga tidak sebut apa yang telah di sebut Peguam Negara,Bahawa
2.03 billion ringgit  telah di pulangkan",katanya lagi .

Sumber....
Ulasan Anak Kampung: Eheheh...boleh caya ke Pak Arab nie !!!
Ingat tak ? Dulu dia kata lain,sekarang dia cakap pusing-pusing
pulak,lidah bercabang,dulu kata pelaburan lenie dah jadi lain,
nampaknya Pak Arab Nie pun termakan dedak juga..hahaha.....                                                                              

Saturday 2 April 2016

Kenapa NAJIB Suruh Adiknya,Bukan Pemimpin UMNO???.

Kenapa Najib suruh adiknya
Bukan Pemimpin UMNO  yg
Ageh wang kepada jentera
Pilihan Raya ???....

Tanpa menunggu lama Nazir
Razak akhirnya mengaku ba-
hawa beliau di beri  AS 7 juta
atau kira-kira RM.27.5  juta
oleh abangnya,Najib sebelum pilihan raya umum 2013 lalu un-
tuk di ageh-agehkan kepada jentera parti.

"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa   Dana
itu adalah sumbangan politik yang sah,Saya tidak mempunyai
sebarang pengtahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari-
pada sumber yang lain .Wang itu di agehkan sepenuhnya dan
saya tidak menyimpan walau sesen pun."

"Jumlah keseluruhan nya di bayar dalam bentuk tunai kepada
pelbagai penerima mengikut arahan Najib dan Akaun berke-
naan di tutup dengan baki Sifar," demikian kata Nazir yang
juga Pengerusi Kumpulan CIMB Bank.

Namun demikian hari ini Nazir turut mengaku,beliau tidak
sepatutnya membantu abangnya  mengageh-ageh kan wang
tersebut."Saya faham berdasarkan kemarahan orang  ramai
saya tidak sepatutnya berbuat demikian," tulis Nazir lagi di
Instagram nya.

Berikutan pendedahan The Wall Street Journal berkata Najib
memberikan wang pada adiknya itu dan kemudian Nazir jua
mengakui nya beberapa persoalan  kini,sepatutnya di timbul
kan .

-Mengapa Najib menggunakan khidmat adiknya sendiri
untuk mengagih-agihkan wang kepada jentera parti itu ?.
-Mengapa beliau tidak menggunakan Saloran parti,seperti
melalui Bendahari Agong dan Setiausaha Agong untuk
melakukan pengagihan itu ?.
-Apakah Muhiyiddin Yassin selaku Timbalan Preseden
UMNO ketika itu  serta Naib-Naib Preseden UMNO ia-
itu Zahid Hamidi,Shafie Apdal dan Hishamudin Hussein
mengetahui mengenai pemberian wang kepada jentera
parti di arahkan Najib kepada Nazir itu?.
-Adakah pengagihan wang kepada jentera-jentera parti
dengan menggunakan khidmat adiknya itu pernah di mak-
lumkan secara rasmi kepada UMNO oleh Najib ?.
-Jika pun Najib tidak bagitu mempercayai Muhiyiddin,
Zahid Hamidi atau Shafie Apdal berkaitan dengan wang,
mengapa beliau tidak menggunakan khidmat Hishamudin
misalnya,sepupunya sendiri yang kebetulan ada kedudukan
kanan dalam UMNO untuk melaksanakan tugas itu?.
-Sekali lagi mengapa Nazir yang lebih di percayai untuk
melakukan kerja-kerja parti dan bukan jentera parti yang sah
dan sedia ada dan serta sentiasa menyokong nya untuk ber-
buat demikian ?.

"Selain adiknya,mungkin kah ada lagi individu lain di luar
parti yang turut di beri kan peranan oleh Najib melaku kan
pengagihan wang kepada jentera parti sebelum pilihan raya
2013 itu?.

Ahli UMNO patut mula menyoal Najib tentang hal ini,kerana
ia berkaitan parti dan perjuangan nya,bukan tentang pengumu
man sebuah syarikat adik beradik atau kaum keluarga?.

Sumber:(SH 01/04/2016)

Mahathir Letak Jawatan Pengerusi PROTON...

 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali
lagi mengambil langkah drstik apabila bertindak meletak
jawatan sebagai Pengerusi Proton Holding berkuat  kuasa
semalam.

Menurut kenyataan yang di siarkan di blognya. Surat per-
letakan jawatan di hantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan
DRB-HICOM BERHAD, Dato Seri Syed Faisal Albar.

"Dr.Mahathir juga melepaskan jawatan sebagai Conselor
Universiti Teknologi Petronas juga berkuat kuasa 3 mach 2016,
keputusan nya itu di sampaikan kepada Rektor UTP Dato
Abdul Rahim Hashim," jelas kenyataan itu ,selain itu Dr.Ma-
hathir juga meletak kan jawatan sebagai penesihat  kepada
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga
Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

"Ketua Setiausaha Negara telah di maklumkan mengenai per-
letakan jawatan itu," kata kenyataan itu lagi.

Mahathir sebelum ini mengumumkan keputusan keluar UMNO
kerana tidak berpuas hati  dengan pentadbiran Perdana Menteri
Dato Seri Najib Razak,terutama dalam isu melibatkan IMDB
dan Derma Politik berjumlah RM2.6 Belion.

Beliau juga mengetuai DEKLARASI RAKYAT bersama pemim-
pin pembangkang dan NGO dalam usaha menggesa Najib berun-
dur. Kabinet pada  11 Mach lalu menamatkan    perkhidmatan
Mahathir selaku Penesihat Petronas kerana berpendapat   beliau
tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Sementara itu Proton dalam kenyataan berasingan  berkata   Dr
Mahathir juga akan meletak kan jawatan sebagai Pengerusi anak
Syarikat milik penuh nya ,Group Lotus plc.

"Kami menghormati hasrat beliau untuk berundur ,kami ingin
merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas sumbangan
kometmen dan dedikasi beliau sebagai Pengerusi sejak 2014 dan
juga Penesihat sejak 2003.

"Kami mengucapkan terima kasih dan mengiktiraf  peranan Dr.
Mahathir sebagai Pencipta Syarikat Kerita Nasional,'Katanya.

sumber:

Friday 1 April 2016

SIASATAN IMDB,Pegawai Jbt.Kehakiman AS Pernah Kunjungi Kuala Lumpur

Laporan Reuters yang
memetik sember menyata
kan kehadiran pegawai ter-
sebut adalah untuk berjum-
pa dengan beberapa orang
yang mempunyai kaitan
rapat dengan IMDB.

PETALING JAYA: Pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
di katakan pernah berkunjung ke Kuala Lumpur  untuk berjumpa
dengan  beberapa orang yang mempunyai kaitan rapat dengan  Sya-
rikat  Pelaboran tempatan ,IMDB dalam membantu siasatan mereka.

Demikian laporan Agensi Berita Reuters,yang turut memetik sum-
ber dalaman  Bank  Pelaboran JPMorgan dan Deutche Bank bahawa
Pegawai Jabatan itu juga telah meminta kedua-dua entiti  tersebut
memberikan maklumat berkaitan urus niaga mereka dengan IMDB.

Namun kata laporan itu lagi,JPMorgan dan Deutsche Bank bukanlah
sasaran dalam siasatan tersebut.

Dalam pada itu,Agensi Berita AFP  pula menyatakan Luxembourg
juga telah memulakan  siasatan Pengubahan Wang Haram yang ber-
kaitan dengan skandal tersebut berikutan "Wang Haram berkemung
kinan daripada penyelewingan dana awam."

Keputusan untuk mengadakan siasatan di ambil "Selepas petunjuk
Kongkrit," bahawa dana awam telah di pindahkan melalui syarikat
yang memiliki akaun di negara tersebut,selain Singapura dan Swit-
zerland,kata kenyataan itu lagi,seperti di petik AFP.

Antara negara lain yang turut menyiasat skandal IMDB adalah
Singapura,Hong Kong dan Switzerland.
                                                                                                                                                                              sumber: