BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 22 April 2016

NAJIB MOHON
BATAL SAMAN
MAHATHIR......






21-04-2016.

Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk  membatal
kan saman oleh Tun Mahathir Mohamad dan dua lagi terhadapnya   atas
alasan tiada elemen perbuatan salah laku seperti yang di dakwa ketiga-
tiga plantif.

Peguam Wan Azmir Wan Majid,mewakili Najib memberi tahu pemberita
bahawa saman di failkan Tun Mahathir ,bekas Naib Ketua UMNO   Bhg
Batu Kawan,Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas anggota wani-
ta UMNO Lengkawi Anina Saadudin selaku plaintif itu bersifat remeh,
dan menyusahkan mahkamah.

"Perdana Menteri memfailkan permohonan untuk membatalkan   saman
itu semalam atas alasan tiada terdapat elemen perbuatan salah laku  se-
perti yang terkandung dalam writ saman dan penyataan tuntutan plaintif"
katanya.

Beliau berkata,permohonan itu akan di dengar pada 23 Jun di hadapan
hakim Mahkamah tinggi Datuk Rosnaini Saub. Peguam itu berkata demi
kian selepas pengurusan  kes saman itu di hadapan Penolong Kanan
Pendaftar Erry Shahriman Nor Aripin hari ini,yang turut di hadiri Peguam
Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertindak bagi ketiga-tiga plaintif.

Mohamed Haniff Khatri berkata,Mahkamah juga mengarahkan  Perdana
Menteri untuk memfailkan penyataan  pembelaan nya sebelum atau pada
28 April ini.

Pada 23 Mach lepas Mahathir 99,Khairuddin 54 dan Anina 41,memfail
kan saman terhadap Najib selaku defenden berhubung dakwaan  salah
laku membabitkan 1 Malaysia Development Berhad [IMDB].
Bernama.

Ulasan anak kampung: Najib!!!,Apa yang nak di takutkan,kalau
kita anggap diri kita bersih dan tak bersalah! Berani kerana Benar,
biar lee  Mahkamah tentukan...

0 comments: