BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 2 April 2016

Kenapa NAJIB Suruh Adiknya,Bukan Pemimpin UMNO???.

Kenapa Najib suruh adiknya
Bukan Pemimpin UMNO  yg
Ageh wang kepada jentera
Pilihan Raya ???....

Tanpa menunggu lama Nazir
Razak akhirnya mengaku ba-
hawa beliau di beri  AS 7 juta
atau kira-kira RM.27.5  juta
oleh abangnya,Najib sebelum pilihan raya umum 2013 lalu un-
tuk di ageh-agehkan kepada jentera parti.

"Saya andaikan dan percaya dengan niat baik bahawa   Dana
itu adalah sumbangan politik yang sah,Saya tidak mempunyai
sebarang pengtahuan bahawa dana itu mungkin berasal dari-
pada sumber yang lain .Wang itu di agehkan sepenuhnya dan
saya tidak menyimpan walau sesen pun."

"Jumlah keseluruhan nya di bayar dalam bentuk tunai kepada
pelbagai penerima mengikut arahan Najib dan Akaun berke-
naan di tutup dengan baki Sifar," demikian kata Nazir yang
juga Pengerusi Kumpulan CIMB Bank.

Namun demikian hari ini Nazir turut mengaku,beliau tidak
sepatutnya membantu abangnya  mengageh-ageh kan wang
tersebut."Saya faham berdasarkan kemarahan orang  ramai
saya tidak sepatutnya berbuat demikian," tulis Nazir lagi di
Instagram nya.

Berikutan pendedahan The Wall Street Journal berkata Najib
memberikan wang pada adiknya itu dan kemudian Nazir jua
mengakui nya beberapa persoalan  kini,sepatutnya di timbul
kan .

-Mengapa Najib menggunakan khidmat adiknya sendiri
untuk mengagih-agihkan wang kepada jentera parti itu ?.
-Mengapa beliau tidak menggunakan Saloran parti,seperti
melalui Bendahari Agong dan Setiausaha Agong untuk
melakukan pengagihan itu ?.
-Apakah Muhiyiddin Yassin selaku Timbalan Preseden
UMNO ketika itu  serta Naib-Naib Preseden UMNO ia-
itu Zahid Hamidi,Shafie Apdal dan Hishamudin Hussein
mengetahui mengenai pemberian wang kepada jentera
parti di arahkan Najib kepada Nazir itu?.
-Adakah pengagihan wang kepada jentera-jentera parti
dengan menggunakan khidmat adiknya itu pernah di mak-
lumkan secara rasmi kepada UMNO oleh Najib ?.
-Jika pun Najib tidak bagitu mempercayai Muhiyiddin,
Zahid Hamidi atau Shafie Apdal berkaitan dengan wang,
mengapa beliau tidak menggunakan khidmat Hishamudin
misalnya,sepupunya sendiri yang kebetulan ada kedudukan
kanan dalam UMNO untuk melaksanakan tugas itu?.
-Sekali lagi mengapa Nazir yang lebih di percayai untuk
melakukan kerja-kerja parti dan bukan jentera parti yang sah
dan sedia ada dan serta sentiasa menyokong nya untuk ber-
buat demikian ?.

"Selain adiknya,mungkin kah ada lagi individu lain di luar
parti yang turut di beri kan peranan oleh Najib melaku kan
pengagihan wang kepada jentera parti sebelum pilihan raya
2013 itu?.

Ahli UMNO patut mula menyoal Najib tentang hal ini,kerana
ia berkaitan parti dan perjuangan nya,bukan tentang pengumu
man sebuah syarikat adik beradik atau kaum keluarga?.

Sumber:(SH 01/04/2016)

0 comments: