BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday 2 April 2016

Mahathir Letak Jawatan Pengerusi PROTON...

 Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali
lagi mengambil langkah drstik apabila bertindak meletak
jawatan sebagai Pengerusi Proton Holding berkuat  kuasa
semalam.

Menurut kenyataan yang di siarkan di blognya. Surat per-
letakan jawatan di hantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan
DRB-HICOM BERHAD, Dato Seri Syed Faisal Albar.

"Dr.Mahathir juga melepaskan jawatan sebagai Conselor
Universiti Teknologi Petronas juga berkuat kuasa 3 mach 2016,
keputusan nya itu di sampaikan kepada Rektor UTP Dato
Abdul Rahim Hashim," jelas kenyataan itu ,selain itu Dr.Ma-
hathir juga meletak kan jawatan sebagai penesihat  kepada
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Lembaga
Pembangunan Pulau Tioman (TIDA).

"Ketua Setiausaha Negara telah di maklumkan mengenai per-
letakan jawatan itu," kata kenyataan itu lagi.

Mahathir sebelum ini mengumumkan keputusan keluar UMNO
kerana tidak berpuas hati  dengan pentadbiran Perdana Menteri
Dato Seri Najib Razak,terutama dalam isu melibatkan IMDB
dan Derma Politik berjumlah RM2.6 Belion.

Beliau juga mengetuai DEKLARASI RAKYAT bersama pemim-
pin pembangkang dan NGO dalam usaha menggesa Najib berun-
dur. Kabinet pada  11 Mach lalu menamatkan    perkhidmatan
Mahathir selaku Penesihat Petronas kerana berpendapat   beliau
tidak lagi mendukung kerajaan sedia ada.

Sementara itu Proton dalam kenyataan berasingan  berkata   Dr
Mahathir juga akan meletak kan jawatan sebagai Pengerusi anak
Syarikat milik penuh nya ,Group Lotus plc.

"Kami menghormati hasrat beliau untuk berundur ,kami ingin
merakamkan penghargaan yang tidak terhingga atas sumbangan
kometmen dan dedikasi beliau sebagai Pengerusi sejak 2014 dan
juga Penesihat sejak 2003.

"Kami mengucapkan terima kasih dan mengiktiraf  peranan Dr.
Mahathir sebagai Pencipta Syarikat Kerita Nasional,'Katanya.

sumber:

0 comments: