BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 1 April 2016

SIASATAN IMDB,Pegawai Jbt.Kehakiman AS Pernah Kunjungi Kuala Lumpur

Laporan Reuters yang
memetik sember menyata
kan kehadiran pegawai ter-
sebut adalah untuk berjum-
pa dengan beberapa orang
yang mempunyai kaitan
rapat dengan IMDB.

PETALING JAYA: Pegawai Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat
di katakan pernah berkunjung ke Kuala Lumpur  untuk berjumpa
dengan  beberapa orang yang mempunyai kaitan rapat dengan  Sya-
rikat  Pelaboran tempatan ,IMDB dalam membantu siasatan mereka.

Demikian laporan Agensi Berita Reuters,yang turut memetik sum-
ber dalaman  Bank  Pelaboran JPMorgan dan Deutche Bank bahawa
Pegawai Jabatan itu juga telah meminta kedua-dua entiti  tersebut
memberikan maklumat berkaitan urus niaga mereka dengan IMDB.

Namun kata laporan itu lagi,JPMorgan dan Deutsche Bank bukanlah
sasaran dalam siasatan tersebut.

Dalam pada itu,Agensi Berita AFP  pula menyatakan Luxembourg
juga telah memulakan  siasatan Pengubahan Wang Haram yang ber-
kaitan dengan skandal tersebut berikutan "Wang Haram berkemung
kinan daripada penyelewingan dana awam."

Keputusan untuk mengadakan siasatan di ambil "Selepas petunjuk
Kongkrit," bahawa dana awam telah di pindahkan melalui syarikat
yang memiliki akaun di negara tersebut,selain Singapura dan Swit-
zerland,kata kenyataan itu lagi,seperti di petik AFP.

Antara negara lain yang turut menyiasat skandal IMDB adalah
Singapura,Hong Kong dan Switzerland.
                                                                                                                                                                              sumber:

0 comments: