BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 27 June 2016

300,KETUA CAWANGAN UMNO SEMPORNA KELUAR PARTI.















=============================================
Jun.2016.
SEMPORNA - Naib Ketua Umno Bahagian Semporna  Datuk
Dr Jaujan Sambokong hari ini mengumumkan keluar parti.

Turut mengambil tindakan sama ia lah 3 Ketua sayap ia itu Ketua
Pemuda,Mohd Azizi Jamman,Ketua Wanita Manis Muka Dara dan
Ketua Putri Zakiah Kalipunya dan 300 Ketua Cawangan Bahagian
itu.

Keputusan itu di buat mereka selepas mesyuarat Ahli Jawatankuasa
[AJK]  Bahagian itu di sini yang di pengerusikan Jaujan yang juga
adun Sulabayan.

Pada sidang media,Jaujan berkata keputusan itu di buat susulan tin-
dakan majlis tertinggi [MT] umno pada Jumaat lepas menggantung
keahlian Naib Preseden Umno yang juga Ketua Umno Bahagian
Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Afdal.

Beliau berkata,Shafie tidak di beri peluang membela diri dengan
memberikan surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum MT membuata.
keputusan menggantung keahlian nya.

Bagaimana pun,Shafie tidak hadir pada mesyuarat itu kerana sedang
mengerjakan Umrah,turut tidak hadir Tim Ketua Bahagian Datuk Nasir
Tun Sakaran.

UMNO Bahagian Semporna mempunyai 481 Ketua Cawangan.
-Bernama-


0 comments: