BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday 15 June 2016

RAFIDAH : NAJIB DULU PUN DALAM KABINET TUN.M.

...........................................................................................................
15-06-2016:BEKAS MENTERI,Tan Sri Rafidah Aziz menolak
dakwaan campur tangan politik dalam Proton,ketika era pentad-
biran Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

"Bukan campur tangan politik,kerajaan buat keputusan kerana
[ia perusahaan] Kerita Negara," katanya.

Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak semalam berkata,
berlaku campur tangan politik dalam Proton ketika era Mahathir
juga pengasasnya,menurut beliau,kini zaman Mahathir  telah
berakhir,,dan firma kerita nasional itu telah belajar daripada ke-
silapan lalu untuk terus berjaya.

Ketika di hubungi Malaysiakini hari ini ,Rafidah bagaimana pun
mengingatkan  bahawa Najib sendiri pernah berada dalam kabinet
Mahathir sebelum ini.

"Jangan lupa,itu masa saya dalam kabinet,yang mana Najib pun
ada sama,"katanya lagi.

Rafidah berkata kepimpinan negara sentiasa membincang mengenai
Proton ketika beliau masih di dalam kabinet.

Bagaimana pun katanya,setelah meninggalkan kabinet pada tahun 2008,
beliau tidak mengtahui apa-apa yang berlaku selepas itu.

"Saya tidak sedar[ ada campur tangan politik],kami sentiasa berbincang
mengenai Proton di dalam kabinet,ketika saya masih dalam kerajaan."

"Saya sudah 8 tahun tinggalkan kerajaan,jadi saya tidak tahu apa yang
berlaku selepas itu," katanya.....mk.

0 comments: