BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 28 June 2016

Rombakan Kabinet ke-3 Najib Pertahan 10 Soldadu Lama,Baru
















-----------------------------------------------------------------------------
Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengumumkan rombak
kan kabinet kali ketiga sejak menerajui negara yang bertujuan
memantapkan pentadbiran kerajaan sedia ada selain memastikan
agenda pembangunan di pacu untuk rakyat dalam espek ekonomi,
kebajikan,keselamatan dan kesejahteraan.

Dalam rombakan itu seramai 10 nama telah di sebut bagi mengisi
kekosongan dan lantikan dengan lima pemimpin dari umno,seorang
dari gerakan,dua dari mca,seorang dari mic dan seorang lagi dari
parti pusaka bumiputra bersatu [PBB] dari Serawak.

Dari sudut politik,perlantikan ketua perhubungan umno Selangor
Tan Sri Noh Omar sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar,Perumagan
dan kerajaan Tempatan di lihat sejajar dengan hasrat BN untuk me-
rampas Semula negeri itu,terutama sejurus kemenangan besar dalam
pilihanraya kecil Sungai Besar baru-baru ini.Selain itu,Najib juga me-
letak kan harapan yang tinggi menggunung kepada Datuk Abdul Rah-
man Dahlan yg di lantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri
bertanggungjawab terhadap Unit Perancang Ekonomi sebagai mengam-
bil alih tempat Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Abdul Wahid yg menamatkan tugasnya dalam kerajaan pada 4 jun
yang lalu tetap di kekalkan sebagai ahli majlis ekonomi,telah meletak
kan satu penanda aras dlm pengurusan ekonomi yg membawa cabaran
besar untuk di pikul oleh Abdul Rahman yang juga Pengarah Strategik
BN.

Nampaknya Abdul Rahman tidak mempunyai banyak masa lagi
selepas ini untuk mencabar pembangkang untuk berdebat dengan nya
ekoran tugas hakiki dalam kerajaan beliau yg semakin mencabar serta
usaha lebih gigih memertabatkan system komunakasi BN.

Dalam pengumuman rombakan kabinet di Putrajaya petang tadi,Najib
juga mengumumkan kenaikan pangkat Dato Johari Abdul Ghani drp
Tim Menteri kewangan,kepada Menteri Kewangan Kedua bagi meng-
gantikan Dato Seri Ahmad Husni Handzlah yg meminta berundur atas
sebab peribadi.

Perlantikan ini akan mengukuhkan kedudukan ahli Parlemen Titiwangsa
itu di peringkat kawasan bandar sekaligus menghargai pengelaman be-
liau sebagai antara peneraju koporat yg berkelibar sebelum memilih ker-
jaya sepenuh masa dlm bidang politik untuk di gunakan dalam menambah
baik ekonomi Malaysia.

Sementara itu,perlantikan Preseden Gerakan, Dato Mah Siew Keong
sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pula di lihat sekadar
meneruskan tradisi kerusi menteri yg pernah di sandang oleh mendiang Lim
Keng Yaik selaku Preseden parti itu. Selain itu, Mah yg pernah membantu
memulihkan semangat BN apabila berjaya menewaskan DAP dlm Pilihan
raya kecil Teluk Intan pada 2014,di harapkan mampu menggalas tugas besar
untuk mengembalikan zaman kegemilangan Gerakan ketika di bawah era
Lim Keng Yik,terutama di Pulau Pinang.

Bekas Menteri Perusahan Perladangan dan Komoditi Dato Douglas Unggah
Embas pula akan menumpukan kepada usaha menunaikan janji-janji BN kpd
rakyat Serawak selepas kemenangan besar pada pilihanraya negeri yang lalu,
selaku Tim Ketua Menteri yg turut memegang portfolio Kementerian Permo-
denan Pertanian dan ekonomi luar bandar negeri.

Pada masa yang sama Najib turut mengumumkan perlantikan ahli Parlemen
Jerlun,Dato Othman Aziz dan Naib Preseden MCA Dato Lee Chee Leong,
masing-masing sebagai Tim Men.Kewangan yg baru-Naib Preseden MCA
Dato Chua Tee Yong bertukat portfolio ke Kem.Perdagangan Antara Bangsa
dan I ndastri sebagai Tim Menteri, dengan perlantikan dua orang kuat MCA
selain pengambilan kerusi menteri kepada Gerakan,Najib nampaknya benar-
benar serius dalam usaha untuk menambat semula hati masyarakat China
untuk kembali menyokong BN selepas 10% undi China kepada BN  dalam
Pilihanraya Kecil Sungai Besar.

Othman pula yang di katakan terkejut dengan perlantikan itu adalah Naib
Ketua umno Bahagian Jerlun yg dahulunya  pernah di keplai oleh Dato Seri
Mukriz Mahathir sebelum di pecat dari umnominggu lepas.

Tim Preseden MIC Dato Seri SK.Devamany yg di lantik sebagai Tim Menteri
di JPM,menakala ahli Parlemen Lawas dari PBB Dato Henry Sum Agong pula
menjadi Tim Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koprasi dan Kepenggunaan.

Ahli Parliman Silam Sabah,Dato Nasrun pula di lantik Tim. Menteri Perusahan
dan Komoditi bagi mengambil alih tempat aruwah TS Noriah Kasnon yang
terbunuh berikutan nahas Helikopter awal bulan lalu.

Sementara itu,Bernama melaporkan perlantikan hari ini selaras dengan pereng-
gan [6] Fasal [2] Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan mengenai perlantikan
Menteri Persekutuan dan fasal [1] perkara 43A mengenai perlantikan Timbalan
Menteri Persekutuan,Yang Di Pertuan Agong telah memperkenan kan perlan-
tikan tersebut,jelas Najib.

Najib melakukan rombakan kabinet pertamanya pada 25 jun.2014 melibat kan
penyertaan semula pemimpin parti komponan Barisan Nasional [BN] daripada
Gerakan dan MCA dlm barisan kabinet,ia termasuk perlantikan Preseden   MCA
Dato Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan,Tim.Preseden MCA
Dato Wee Ka Siong sebagai Menteri di JPM dan Mah selaku Preseden Gerakan
sebagai Menteri di JPM.

Najib ketika melakukan rombakan kabinet yg kedua pada 28 jun 2015 berkata
ia di lakukan untuk memperkukuhkan barisan dalam menghadapi cabaran dalam
menguruskan negara sebelum pilihanraya umum ke 14 [PRU 14].

Rombakan tersebut menyaksikan perlantikan Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi
sebagai Tim Perdana Menteri menggantikan Tan Sri  Muhyiddin Yassin yang  di-
gugurkan,semasa di tanya sama ada barisan kabinet ini adalah sebagai persediaan
BN untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang,Najib berkata,"Ia bergantung
bila pilihanraya umum akan datang di adakan."

Kepada soalan bila beliau akan mengadakan pilihanraya umum katanya,"saya tidak
tahu lagi." Ketika di tanya jika beliau sedar tentang rancangan Husni untuk
bersara,Najib berkata Husni telah memaklumkan kepada beliau tentang hasratnya
untuk bersara dan ia harus di hormati,beliau sudah bersedia untuk bersara katanya.

Saya mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti
yang telah di curahkan oleh beliau selama ini katanya. Kepada soalan tiada wanita
di pilih untuk mengisi jawatan dalam rombakan kabinet kali ini,Najib  berkata
kami boleh sentiasa isi pada bila-bila masa,tidak perlu bimbang mengenainya..
mk.






0 comments: