BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 27 June 2016

TINDAKAN MT TAK ADIL,KATA MUHIYIDDIN.
















=============================================
DAMANSARA - Tindakan Majlis Tertinggi UMNO [MT]
membuat keputusan untuk memecat bekas Timbalan Presedennya
Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Menteri Besar Kedah,Dato
Seri Mukriz Mahathir tanpa melalui proses keadilan seperti  di-
peruntuk kan dalam perlembagaan parti.

Menurut Muhyiddin,untuk berlaku adil,MT umno sewajarnya mem-
berikan surat tunjuk sebab  terlebih dahulu bagi membolehkan be-
liau dan Mukriz menerangkan sebarang asas berhubung tindakan
mereka sebelum ini.

"Itu [Keputusan] di buat dengan kehendak mereka sendiri tanpa
beri ruang kepada kami untuk beri sebarang penjelasan,"katanya
dalam sidang media yg berlangsung di rumah kelab Alumni
Universiti Malaya hari ini.

Dalam pada itu Muhyiddin yg juga merupakan bekas Timbalan
Perdana Menteri turut memaklumkan,bahawa beliau tidak akan
membuat sebarang rayuan berhubung pemecatan nya dari umno.

Beliau berkata,negara sedang berhadapan dengan satu keadaan
yang agak membimbangkan di bawah pimpinan Perdana Menteri
Dato Seri Najib Razak yg kini berdepan dengan pelbagai skandal
moral serta kewangan.

"Bagi saya,sebahagian besar rakyat marah dan tidak puas hati
dengan apa yang berlaku dan mereka mengharapkan satu platform
politik baru untuk wujud bagi memberi pilihan supaya masa depan
negara terus terpelihara dan sebagainya,"katanya.

Untuk tujuan itu,Muhyiddin memaklumkan bahawa pihaknya
mempunyai satu pendekatan yang lestari untuk jangka masa hadapan.

"Kita perlu adakan perbincangan di antara kita serta mereka yang
mempunyai pandangan sama dengan kita bagi membincang apa kah
tindakan sewajarnya untuk kami ambil bagi menghadapi masa depan
negara selepas ini,"katanya.

Kelmarin MT memutuskan agar Muhyiddin dan Mukriz di pecat
daripada umno berkuatkuasa sertamerta - Sementara Naib Preseden
Dato Seri Shafie Afdal pula di gantung dari jawatan nya.

Preseden umno Dato Seri Najib Razak yang mengumumkan perkara
itu berkata,tindakan itu di persetujui sebulat suara ahli majlis tertinggi
MT umno kerana mendapati mereka melakuka kesalahan serius.
mk..

0 comments: