BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 31 December 2017

SISTEM KEWANGAN NEGARA KUKUH DAN BAIK ???..
















===============================================

Sistem Kewangan Negara kukuh dan baik !!!,Gitu lee kata    YB.
Menteri Kewangan Kedua Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata kedudukan yang baik itu dapat menjamin kesetabian
dan mendorong kerancakan ekonomi negara secara keseluruhan nya.

Aku nak tanya,betulkah nie?,tetapi kenapa banyak kilang-kilag di
tutup,sebab beberapa hari lalu Kerajaan Malaysia mengesahkan lapan
biji Syarikat Multi Nasional (MNC) telah menutup kedai (Kilang)
mereka di Malaysia,berpindah ke negara lain.


Lapan syarikat tuu ialah Rubicon Technology Inc,Seagate Tecchnol
logy Plc,British American Tobacco (BAT) Samsung,Amphenol Corp,
FairchildSemiconductor International Inc, Str Holdings Inc,Suni
Edison Semi conductor Ltd.

Tuu lapan aje yang di laporkan,banyak lagi kilang-kilang di tutup me-
nyebabkan penganggur bertambah.

Nie bukan aku kata,ini Tok Pa Kata (DS.Mustafa Muhamad) dari Ke-
menterian Perdagangan Antarabangsa dan Indastri (MITI).
Tok Pa mendedahkan hal ini di Parlemen,bukan cakap di kedai kopi,
nie jawapan bertulis menjawab soalan di Parlemen.

Abih,mung kata menjamin kedudukan ekonomi Malaysia,kenapa
banyak kilang-kilang gulung tikar?, hahaha..ekonomi terbaik,
cemerlang,gemilang dan terbilang.

Wednesday 27 December 2017

CHEF WAN: DULU FELDA,SEKARANG "FAILED DAH"
















--------------------------------------------------------------------------------

Skandal Lembga Kemajuan Tanah Persekutuan [FELDA]   turut
mengusik hati Chef Selebriti Chef Wan.

Chef Wan yang nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menya-
takan rasa berang nya itu di Instagram beliau dengan tulisan pedas,
"Dulu Felda,Naw,Failed Dah"

Dalam kapsyen,beliau yang juga anak peneroka itu,berkata keluarga-
keluarga felda yang berjuang bertahun-tahun pasti geram dan sakit
hati melihat tahap di capai felda sekarang ini.

"Tak rasa kah kamu,kami berhak geram dan rasa di khiniati?"
katanya.

"Semua keperayaan semuanya habis hanyut ke laut dan jangan datang
beri tahu saya,saya tidak hak berasa marah dan tertekan lihat segala
pengorbanan aruwah ayah,malah saya sendiri waktu remaja ketika
membesar di felda,"

Chef Wan juga menyelar "penyamun-penyamun" yang patut di bawa
kemuka pengadilan dan di hukum bagi menyelamatkan imej  negara
yang sangat memalukan.

Felda kini terpalit skandal terbaru melibatkan kehilangan hak milik
tanah di Jalan Semarak,Kuala Lumpur.

### Sumber:Instagram Chef Wan..

Monday 25 December 2017

APA DAH JADI PADA FELDA NIE ???.





















===============================================

Media melaporkan FELDA berisko kehilangan tanah bernilai RM.
270 Juta di Jalan Semarak,ekoran transaksi pada tahun 2015   di-
dakwa meragukan.

Leenie mengikut penilaian bebas menaganggarkan harga pasaran
bagi tanah tersebut kini mencecah RM.1 billion-haha..ini lah satu
pengkhianatan besar pada bangsa Melayu.

Nie baru bagauh,bongkar lagi-rupa-rupanya dalam Felda nie ada
Mafia! Penyangak,Perompak berlesen merompak harta Felda,
makcik,pakcik,abang-abang di Felda dok wakpe lagi,bangkit lee
dari tidur lena,kalau tak,makcik-pakcik pun akan di jual di lelong
dengan harga murah.

Aku rasa kesian jugak,kerana banyak sdra-sdra aku dan kawan-
kawan aku dok di Felda  nie,di Pahang,di Perak dan lain-lain.

Perkara nie dah berbuih mulut dah,pembangkang menyuara kan
kegelisahan penoroka Felda nie,tapi demo kata Fitnah pembang-
kang..leenie baru tahu,fitnah ke apa.

Kerja sapanie ya ? Pas,Pembangkang,mustahil,mereka nie tak ada
kuasa,tak leh buat apa,cuma bersuara,menegur boleh lee,ini mesti
kerja orang ada kuasa! sapa ya !,Umno lee tuu,tak kan tak tahu kot
demo lee pembela pejuang melayu.

Anak kecil Bermain Api.

Anak kecil bermain api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi di pijak milik orang
Nenek Moyang kaya raya
tergadai sudah harta benda
Akibat sengkita antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ketangan orang lain
Kita kan merintih sendiri

Hahaha,,,Ini lee lagu yang mereka mainkan,konon-konon nya nak
menyedarkan orang melayu,tetapi rupa-rupanya mereka lah yang
kebas hak-hak orang melayu,membore perut,memperkayakan diri
sendiri,keluarga,keroni-keroni mereka,kebanyakan melayu dah
sedar sebenarnya mereka lah penyangak,penyamun,pelahab,bukti
nya hasil felda mengalir ketangan orang lain...Lagi mau caya ke?
Umno/Bn nie.

Siasat,jangan tak siasat,tapi jangan buat wayang pacak aje,kena
orang depa buat-buat lengah,tapi kena pada pembangkang,terjun
tak bertangga,pergi siasat,ini lee undang-undang dua darjat,ada
tengok cerita Musang Berjanggut?.Dialog Puspa Wangi dengan
Tok Nikah Kahwin...Puspa Wangi,Kanda-kanda tak salaah kah
seorang lelaki datang kerumah perempuan semasa suaminya
tiada di rumah ?...Tok Nikah Kahwin-Ooi salah tuu,salah besar tuu.
Puspa Wangi,,Kalau gitu kanda nie salah lee..Tok Nikah Kahwin,
Salah-salah besar tuu..tapi takpe,undang-undang di negara ini
kanda yang bikin boleh pardam.

Hahaha,,,,dlam kes nie,sapa pulak nak di kambing hitam nie,
Isa Samad !!!,kita tunggu.
























Ketawa Melayu-Menang Sorak- Kampung Tergadai...

Friday 15 December 2017

JAIS TAHAN DUA PEGAWAI SPRM.
















=============================================

Jais tahan dua Pegawai SPRM,  Seorang darinya berjawatan
Pengarah.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)  menahan dua Pegawai
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) awal  pagi
tadi kerana di syaki berkhalwat.

Suspek terbabit merupakan Pengarah di salah sebuah bahagian
di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,menakala pasangan nya seorang
ibu tunggal juga merupakan seorang Pegawai SPRM.

Sumber memberitahu Malaysiakini,kedua-dua mereka di tahan
di sebuah Kondominuim di Taman Equine,Seri Kembangan kira-
kira jam 03.00 pagi.

Sementara itu sumber Jais  mengesahkan penahanan itu,namun
mengatakan kes itu masih dalam siasatan.

###.sumber.Mk.

Sunday 10 December 2017

PANAS,MIANG,MELOLA...



























DATUK HASSAN AHMAD,TIM.KETUA BHG.BERSATU
                              GERIK-PERAK
======================================================================

Berita nie aku petik dari beberapa sumber ia itu satu
berita di utara Perak di dalam kawasan Parlemen Gerik
YB.Dato Hasbulah,dulu  YB nie orang kuat TS Muhyi-
din Yasin,TPM  ketika tuu,leenie aku tak taule kot mana
dia.

Sumber memaklumkan 50 anak muda telah kecewa dengan
kerajaan, anak-anak muda nie dari kampung Plang,Gerik
Perak.Mereka sepakat menyertai Parti Peribumi Bersatu
Malaysia (BERSATU) Bahagian Gerik,baru-baru nie.

Berita nie menjadi paneh,miang,panas melolaa dan menjadi
tamparan hebat pada Ameno,terutama Ameno Bahagian Gerik.

Laungan keramat "Hidup Ameno" nampaknya tidak membawa
apa-apa pengertian lagi.Menurut Timbalan Ketua Bahagian  Ber-
satu Gerik,Datuk Hassan Ahmad,sebahagian besar daripada
mereka menyerahkan borang keahlian terdiri bekas ahli Ameno
dan mereka yang enggan menyertai Ameno.

Anak-anak muda nie,mereka telah terkesan dengan kegagalan
kerajaan Negeri Perak menyediakan peluang pekerjaan kepada
mereka.Kerajaan negeri tak mampu menyediakan indastri
kecil atau besar bagi Parlemen Gerik.

Akibatnya gulungan muda samaada lepasan sekolah,Universiti
terpaksa berhijrah jauh hingga ke Taiping,Pulau Pinang untuk
mendapatkan  pekerjaan,jelasnya.

Selain gagal menyediakan peluang pekerjaan,kerajaan negeri 
juga tidak menunaikan janji-janji nya untuk mengatasi masaalah
kemiskinan yang begitu ketara di Perak,kerajaan berjanji akan
meningkatkan pendapatan isi rumah rakyat negeri Perak,namun
bagitu negeri Perak sendiri di kategori kan antara negeri  yang
miskin dalam negara.

Kesan kegagalan kerajaan negeri menjalankan tanggugjawab
mereka rakyat menjadi mangsa sehingga terpaksa berada  di-
bawah paras kemiskinan.

Ulasan Anak Kampung:
Tahniah Datuk Hassan,aku kenal dia nie,dedulu bersama aku
dalam Ameno,adik atau kakak Datuk Hassan ini pernah dok
kat kampung aku,begitu gak dengan Datuk Hasbullah Osman.

Tahniah juga pemuda Kg.Plang yang berani dan ada keseda-
ran-masuk lee parti apa yang anda pilih,asalkan bukan Ameno.

Di tempat aku banyak orang muda menyertai PAS.

Saturday 9 December 2017

DI TINGGAL SUAMI KERANA TAK TUN TUANG..



















=============================================
Upiak melalui detik memilukan,ketika menyampaikan lagu
"Tak Tun Tuang".

Di sebalik krektor lucu,siapa menyangka penyanyi yang mula-
mula di kenali menerusi lagu Tak Tun Tuang,Upiak Isil pernah
melalui detik hitam dalam kehidupan.

Menurut Upiak 32,dia pernah menangis selama tiga hari menge-
nang nasib diri di tinggalkan suami kerana tiada restu keluarga
mertua serta wujud nya orang ketiga.

Saya berkahwin pada tahun 2013 dan bercerai pada tahun 2015
kerana tidak keserasian serta keluarga mertua tidak menyukai
saya.

Lebih memilukan,selepas menjalani penggambaran muzik vidio
lagu Tak Tun Tuang,suami menceraikan saya dan kemudian dia
berkahwin dengan wanita lain.

"Keluarga mertua tuduh saya kurang siuman kerana lagu ini dan
bermula daripada situ,saya berazam membuktikan kepada mereka
saya mampu bergelar penyanyi,"katanya kepada MStar Online.

Upaik di temui semasa sidang media Upaik Silvia Nanda Tak
Tun Tuang bersama MVM Production yang berlangsung di Hotel
Royal,Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Sementara itu,Upaik atau nama sebenarnya Sivia Nanda memberi
tahu dia tidak menolak untuk terus bermastautin di Malaysia.
Bagaimanapun,dia perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum
meneruskan kerjaya di negara ini.

Saya selesa berada di Malaysia dan terasa seperti terus mahu
tinggal di sini,"Tetapi saya perlu fikirkan lagi tentang itu,kerana
masih ada keluarga yang memerlukan saya di kampung halaman",
katanya.

Bercakap mengenai lagu Tak Tun Tuang,Upiak berkata dia
tidak menyangka lagu tersebut Tular di Indonesia,Malaysia dan
Thailand,malah dia mengakui terkejut apabila mengtahui lagu
tersebut mula pepular setelah tiga bulan di rakamkan.

Saya tak menyangka lagu ini akan menjadi terkenal sampai ke-
tahap ini,Alhamdulillah,ini berkat doa saya dan keluarga.

"Sejujurnya saya teruja berpeluang melebarkan bakat sampai
kenagara orang dan secara tak langsung dapat membantu keluarga
di kampung," katanya

Upaik memulakan karier sebagai penyanyi seawal usia 13 tahun,
dan merakamkan album sulung ketika berusia 21 tahun serta kini
memiliki 15 buah album.

hahaha....Tu pelantak "Tak Tun Tuang"
Nie pula aku paparkan sebuah lagu Klasik...
"Tak Tun Tuang Gelamai Jagung,
Tergondol-Gondol Ketapung Basi.
Dahulu Berkahwin Dengan Anjang,
Sekarang Berkahwin dengan Si Tukang Basi...Teruskan
sambung,aku tak ingat dahhhhh. hahaha tak tun tuang....

Friday 8 December 2017

KADAR TAMBANG BAS SEKOLAH DI JANGKA NAIK TAHUN HADAPAN?..



















----------------------------------------------------------------------------

IPOH:Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia tidak meno-
lak kemungkinan akan menaik kan harga tambang bagi sesi
persekolahan tahun depan berikutan kos operasi yang mening-
kat.

Presiden nya Mohd Rofik Mohd Yusof berkata,pihaknya men-
jangkakan kenaikan itu adalah RM.10 bagi kawasan luar ban-
dar menakala RM.20 bagi kawasan bandar.

"Kenaikan tersebut di lakukan berikutan pelbagai kos yang perlu
di tanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti yang naik 50-80
peratus setiap tahun selain kos penyengaraan.

"Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas
sekolah berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk
membolehkan mereka terus bernafas dan memberikan per-
khidmatan,"katanya kepada pemberita selepas Mst Agong
Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia kali ke-
enam di sini hari ini.

Ketika ini tambang bas sekolah bagi kawasan bandar adalah
sekitar RM.80,menakala RM.60,bagi kawasan luar bandar.

Menurut Mohd Rofik cadangan kenaikan itu bagaimana pun
perlu di bincangkan terlebih dahulu antara pengusaha bas se-
kolah dan ibu-bapa.

"Tambang bas sekolah kini terpulang kepada (perbincangan)
antara pengusaha bas dengan ibu-bapa.Ibu bapa mempunyai
ruang yg secukup-cukupnya,kalau dia rasa pengusaha ini ma-
hal boleh pergi kepada yang lain,"katanya.

Selain itu katanya,harga minyak yang tidak menentu juga men-
jadi antara sebab kenaikan kadar tambang bas sekolah tahun
depan.

Sehubungan itu,beliau mengulangi permintaan persatuan agar
kerajaan memberikan subsidi minyak diesel RM.1 seleter ke-
pada kira-kira 18,000 pengusaha bas sekolah negara seperti
yang di terima nelayan.

Mohd Rofik berkata ketika ini pengusaha yang menerima kad
subsidi minyak diesel bagi membolehkan menekmati subsidi
RM.0.20 seleter sehingga maksimum 570 leter setiap bulan.

"Daripada 18,890 ahli persatuan hanya 200 yg menerima kad
subsidi itu setakat ini.Kami menerima banyak aduan daripada
pengusaha mengenai stesyen minyak enggan menerima pem-
belian diesel subsidi menggunakan kad tersebut.

"Saya terima banyak aduan drp pengusaha bas sekolah yang
memberi tahu apabila membeli diesel guna kad ini pengusaha
stesyen minyak kata mesin tergendala,sehingga mereka terpak-
sa membayar mengikut harga pasaran,"katanya.

Beliau dalam pada itu,turut menyarankan kerajaan menyeragam
kan proses pembaharuan lesen,cukai jalan serta pemereksaan per-
khidmatan,pusat pemereksaan kenderaan berkomputer
(Puspakom) bagi kenderaan perdagangan.

Katanya tempoh tamat secara berasingan bagi setiap dukemen
berkaitan menyukarkan operasi pengusaha bas.

"Kalau boleh,biarlah serentak dalam tempuh setahun.Di harap
agensi-agensi terlibat seperti JPJ(Jabatan Pengkutan Jalan)Pus-
pakom dan lain-lain melihat semua dasar ini bagi memudahkan
Pengusaha Bas Sekolah,"katanya-Bernama.

PAS IBARAT EMAS TULEN YANG DI BAKAR
















=============================================

Anggota PAS di ingatkan berkenaan jumlah anggotanya pada
tahun ini yang mencecah 41,813,jumlah tertinggi dalam tempuh
lima-merupakan bukti PAS tidak melarat,malah semakin keha-
dapan.

Naib Presiden nya,Ust Idris Ahmad dalam mengingatkan perkara
itu menyeru agar anggota PAS tidak peduli persepsi orang dan
terus bekerja.

"Teruskan buat kerja,usah peduli apa fitnah dan persepsi orang
yang benci pada perjuangan PAS.Emas yang tulen lagi di bakar
dengan api yang kuat semakin terserlah ketulenan nya,"katanya
seperti di lapor Harakahdaily.

Ust Idris turut mengingatkan bahawa kekuatan PAS tidak tertaa-
luk pada pemimpin tetapi pada dasar yang di perjuangkan.

PAS sentiasa evergreen,Pemimpin boleh datang dan pergi.Ke-
kuatan PAS bukan pada pemimpin nya,tetapi pada dasar Islam
yang di perjuangkan.

"Anggota PAS tidak ada apa-apa kepentingan,kalau ada yang
khianat kepada perjuangan PAS,sedikit pun tidak melunturkan
semangat anggota,"katanya yang dipercayaai merujuk kepada
pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang keluar PAS
selepas Pakatan Rakyat terkubor pada 2015.

Jumlah anggota PAS pada tahun 2015 41,431 yang kemudian
menurun kepada 23,559 pada tahun 2016 sebelum meningkat
semula tahun ini.

Menurut Ust Idris lagi,anggota PAS menyertai parti itu untuk
memperjuangkan Islam dan mereka akan kekal dalam parti
selagi PAS tidak meninggalkan agenda itu.

"Mereka (anggota pas) tidak kesah kalau ada dalam kalangan
pemimpin PAS yang meninggalkan PAS bersama elaun dan
pencen yang di terima,mereka tak pernah serik dan menyesal
terhadap apa yang berlaku.

"Prinsip mereka mengatakan bahawa PAS tidak susah dan
melarat,malahan terus memacu kehadapan-perjuangan mesti
di teruskan,"katanya.

Dalam perkembangan sama,Ketua Penerangan PAS Nasarudin
Hassan berkata,jumlah keanggotaan PAS yang meningkat mem-
buktikan tohomahan parti itu kini di tolak rakyat adalah tidak
benar.

"Ini satu bukti bahawa tohomahan PAS di tolak oleh rakyat
mutahir ini adalah tidak benar,"Tanggapan bahawa PAS kian
terpinggir dewasa kini juga salah,InsyaAllah PAS akan terus
memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan per-
ubahan,"katanya.


Monday 4 December 2017

KES SKANDAL KETUA SPRM

















=============================================
Siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah
Malaaysiaq (SPRM) .Dzulkipli Ahmad berhubung dak-
waan Skandal hubungan sulit dengan wanita yang sudah
berkahwin kini di peringkat akhir,kata Ketua Polis Negara
Mohamad Fuzi Harun hari ini.

Beliau bagaimaqnapun enggan mengulas sama ada kenya-
taan Ketua SPRM itu sudah di rakam.

"Kertas siasatan dalam peringkat akhir.Kita akan selesai
kan nya tidak lama lagi,"kata Fuzi kepada pemberita di Pusat
Latihan Polis di Kuala Lumpur.

Fuzi juga enggan mengulas mengenai kertas siasatan yang di-
berikan antara Jabatan Peguam Negara dan Polis sebanyak
tiga kali.

"Itu saya tidak mahu komen.Ada beberapa keputusan yang
kami perlu dapatkan dan beberapa isu forensik yang perlu
di selesaikan,"katanya.

Ini merupakan kali ketiga pihak polis menyerahkan kertas
siasatan kepada Jabatan Peguam Negara selepas penyerahan
sebelum ini di buat pada 17 dan 30 Oktober.

Kertas siasatan itu kemudian di kembalikan kepada p0lis
untuk "tindakan susulan" kata Fuzi kepada pemberita bulan
lalu.

Dzulkefli di landa kontroversi selepas vidio yang mendakwa
beliau bercuti bersama seorang wanita yang bukan isterinya
di Bali tersebar.

Polis menjalankan siasatan keatasnya di bawah seksyen  498
kanun keseksaan kerana menggoda wanita yang sudah  ber-
kahwin.

Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan namun tidak menapi
kan dan diri nya adalah lelaki dalam vidio berkenaan dan hanya
berkata,beliau tidak akan tunduk dengan "taktik kotor".

Beberapa siri klip vidio tersibar menunjukan Dzulkefli dengan
seorang wanita berpegangan tangan dan memasuki sebuah
restoren di Bali.Klip Vidio berkenaan di muatnaik oleh individu
tidak di kenali di Youtube pada oktober.

Wanita terbabit bagaimana pun tampil dan berkata,perceraian
nya tiada kaitan dengan Dzulkefli.Vidio berkenaan bagaimana
pun telah di keluarkan daripada laman perkongsian vidio ber-
kenaan.....MI.