BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 4 December 2017

KES SKANDAL KETUA SPRM

















=============================================
Siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah
Malaaysiaq (SPRM) .Dzulkipli Ahmad berhubung dak-
waan Skandal hubungan sulit dengan wanita yang sudah
berkahwin kini di peringkat akhir,kata Ketua Polis Negara
Mohamad Fuzi Harun hari ini.

Beliau bagaimaqnapun enggan mengulas sama ada kenya-
taan Ketua SPRM itu sudah di rakam.

"Kertas siasatan dalam peringkat akhir.Kita akan selesai
kan nya tidak lama lagi,"kata Fuzi kepada pemberita di Pusat
Latihan Polis di Kuala Lumpur.

Fuzi juga enggan mengulas mengenai kertas siasatan yang di-
berikan antara Jabatan Peguam Negara dan Polis sebanyak
tiga kali.

"Itu saya tidak mahu komen.Ada beberapa keputusan yang
kami perlu dapatkan dan beberapa isu forensik yang perlu
di selesaikan,"katanya.

Ini merupakan kali ketiga pihak polis menyerahkan kertas
siasatan kepada Jabatan Peguam Negara selepas penyerahan
sebelum ini di buat pada 17 dan 30 Oktober.

Kertas siasatan itu kemudian di kembalikan kepada p0lis
untuk "tindakan susulan" kata Fuzi kepada pemberita bulan
lalu.

Dzulkefli di landa kontroversi selepas vidio yang mendakwa
beliau bercuti bersama seorang wanita yang bukan isterinya
di Bali tersebar.

Polis menjalankan siasatan keatasnya di bawah seksyen  498
kanun keseksaan kerana menggoda wanita yang sudah  ber-
kahwin.

Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan namun tidak menapi
kan dan diri nya adalah lelaki dalam vidio berkenaan dan hanya
berkata,beliau tidak akan tunduk dengan "taktik kotor".

Beberapa siri klip vidio tersibar menunjukan Dzulkefli dengan
seorang wanita berpegangan tangan dan memasuki sebuah
restoren di Bali.Klip Vidio berkenaan di muatnaik oleh individu
tidak di kenali di Youtube pada oktober.

Wanita terbabit bagaimana pun tampil dan berkata,perceraian
nya tiada kaitan dengan Dzulkefli.Vidio berkenaan bagaimana
pun telah di keluarkan daripada laman perkongsian vidio ber-
kenaan.....MI.



0 comments: