BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 8 December 2017

PAS IBARAT EMAS TULEN YANG DI BAKAR
















=============================================

Anggota PAS di ingatkan berkenaan jumlah anggotanya pada
tahun ini yang mencecah 41,813,jumlah tertinggi dalam tempuh
lima-merupakan bukti PAS tidak melarat,malah semakin keha-
dapan.

Naib Presiden nya,Ust Idris Ahmad dalam mengingatkan perkara
itu menyeru agar anggota PAS tidak peduli persepsi orang dan
terus bekerja.

"Teruskan buat kerja,usah peduli apa fitnah dan persepsi orang
yang benci pada perjuangan PAS.Emas yang tulen lagi di bakar
dengan api yang kuat semakin terserlah ketulenan nya,"katanya
seperti di lapor Harakahdaily.

Ust Idris turut mengingatkan bahawa kekuatan PAS tidak tertaa-
luk pada pemimpin tetapi pada dasar yang di perjuangkan.

PAS sentiasa evergreen,Pemimpin boleh datang dan pergi.Ke-
kuatan PAS bukan pada pemimpin nya,tetapi pada dasar Islam
yang di perjuangkan.

"Anggota PAS tidak ada apa-apa kepentingan,kalau ada yang
khianat kepada perjuangan PAS,sedikit pun tidak melunturkan
semangat anggota,"katanya yang dipercayaai merujuk kepada
pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) yang keluar PAS
selepas Pakatan Rakyat terkubor pada 2015.

Jumlah anggota PAS pada tahun 2015 41,431 yang kemudian
menurun kepada 23,559 pada tahun 2016 sebelum meningkat
semula tahun ini.

Menurut Ust Idris lagi,anggota PAS menyertai parti itu untuk
memperjuangkan Islam dan mereka akan kekal dalam parti
selagi PAS tidak meninggalkan agenda itu.

"Mereka (anggota pas) tidak kesah kalau ada dalam kalangan
pemimpin PAS yang meninggalkan PAS bersama elaun dan
pencen yang di terima,mereka tak pernah serik dan menyesal
terhadap apa yang berlaku.

"Prinsip mereka mengatakan bahawa PAS tidak susah dan
melarat,malahan terus memacu kehadapan-perjuangan mesti
di teruskan,"katanya.

Dalam perkembangan sama,Ketua Penerangan PAS Nasarudin
Hassan berkata,jumlah keanggotaan PAS yang meningkat mem-
buktikan tohomahan parti itu kini di tolak rakyat adalah tidak
benar.

"Ini satu bukti bahawa tohomahan PAS di tolak oleh rakyat
mutahir ini adalah tidak benar,"Tanggapan bahawa PAS kian
terpinggir dewasa kini juga salah,InsyaAllah PAS akan terus
memimpin gelombang kebangkitan Islam dan gerakan per-
ubahan,"katanya.


0 comments: