BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday 8 December 2017

KADAR TAMBANG BAS SEKOLAH DI JANGKA NAIK TAHUN HADAPAN?..



















----------------------------------------------------------------------------

IPOH:Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia tidak meno-
lak kemungkinan akan menaik kan harga tambang bagi sesi
persekolahan tahun depan berikutan kos operasi yang mening-
kat.

Presiden nya Mohd Rofik Mohd Yusof berkata,pihaknya men-
jangkakan kenaikan itu adalah RM.10 bagi kawasan luar ban-
dar menakala RM.20 bagi kawasan bandar.

"Kenaikan tersebut di lakukan berikutan pelbagai kos yang perlu
di tanggung oleh pengusaha termasuk alat ganti yang naik 50-80
peratus setiap tahun selain kos penyengaraan.

"Kami tidak menolak kemungkinan akan ada pengusaha bas
sekolah berbuat demikian (menaikkan harga tambang) untuk
membolehkan mereka terus bernafas dan memberikan per-
khidmatan,"katanya kepada pemberita selepas Mst Agong
Tahunan Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia kali ke-
enam di sini hari ini.

Ketika ini tambang bas sekolah bagi kawasan bandar adalah
sekitar RM.80,menakala RM.60,bagi kawasan luar bandar.

Menurut Mohd Rofik cadangan kenaikan itu bagaimana pun
perlu di bincangkan terlebih dahulu antara pengusaha bas se-
kolah dan ibu-bapa.

"Tambang bas sekolah kini terpulang kepada (perbincangan)
antara pengusaha bas dengan ibu-bapa.Ibu bapa mempunyai
ruang yg secukup-cukupnya,kalau dia rasa pengusaha ini ma-
hal boleh pergi kepada yang lain,"katanya.

Selain itu katanya,harga minyak yang tidak menentu juga men-
jadi antara sebab kenaikan kadar tambang bas sekolah tahun
depan.

Sehubungan itu,beliau mengulangi permintaan persatuan agar
kerajaan memberikan subsidi minyak diesel RM.1 seleter ke-
pada kira-kira 18,000 pengusaha bas sekolah negara seperti
yang di terima nelayan.

Mohd Rofik berkata ketika ini pengusaha yang menerima kad
subsidi minyak diesel bagi membolehkan menekmati subsidi
RM.0.20 seleter sehingga maksimum 570 leter setiap bulan.

"Daripada 18,890 ahli persatuan hanya 200 yg menerima kad
subsidi itu setakat ini.Kami menerima banyak aduan daripada
pengusaha mengenai stesyen minyak enggan menerima pem-
belian diesel subsidi menggunakan kad tersebut.

"Saya terima banyak aduan drp pengusaha bas sekolah yang
memberi tahu apabila membeli diesel guna kad ini pengusaha
stesyen minyak kata mesin tergendala,sehingga mereka terpak-
sa membayar mengikut harga pasaran,"katanya.

Beliau dalam pada itu,turut menyarankan kerajaan menyeragam
kan proses pembaharuan lesen,cukai jalan serta pemereksaan per-
khidmatan,pusat pemereksaan kenderaan berkomputer
(Puspakom) bagi kenderaan perdagangan.

Katanya tempoh tamat secara berasingan bagi setiap dukemen
berkaitan menyukarkan operasi pengusaha bas.

"Kalau boleh,biarlah serentak dalam tempuh setahun.Di harap
agensi-agensi terlibat seperti JPJ(Jabatan Pengkutan Jalan)Pus-
pakom dan lain-lain melihat semua dasar ini bagi memudahkan
Pengusaha Bas Sekolah,"katanya-Bernama.

0 comments: