BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday 30 January 2018

RAKYAT KELANTAN RASA TERHINA DENGAN UCAPAN NAJIB:DR.AZMAN IBRAHIM...

"Negeri defisit macam
Kelantan ini pun,kalau
tidak ada sunitkan dripada
Kerajaan Pusat nak bayar
gaji pun tidak mampu,tak
boleh nak bayar gaji."

Begitulah bunyi ucapan
Pedana Menteri di hadapan
penjawat awam di Wisma Persekutuan Kota Bharu ketika DS
Najib melakukan lawatan ke Kelantan kelmarin.

Nada ucapan seorang pemimpin negara bernada penghinaan
kepada kerajaan dan rakyat Kelantan.Mungkin Perdana Menteri
terlupa,Malaysia  yang negara Malaysia di kurusi Perdana Men-
teri termasuklah di dalam nya sebuah negeri,negeri bernama
Kelantan.

Berapa banyak yang kerajaan pusat kaut hasil dari bumi Kelantan
termasuk Gas asli.Saya tahu,sebab saya pernah pergi kuliah di
Plantar Muda,sebuah pelantar carigali Gas yang terletak dalam
Perairan Kelantan dengan jarak 170 km dari pantai Kelantan.
Royalti kepada Kelantan,kerajaan pusat tak bayar walau se senpun!

Dengan 47 kali sehari kapal terbang berlepas dan mendarat di
lapangan terbang Kota Bahru,saya yakin,cukai lapangan terbang
yang di kutip adalah yang paling tinggi berbanding semua lapangan
terbang domestik seloroh negara.

Di Kelantan,kerita penuh jalanraya.Setakat ini,kerajaan Kelantan
tak ada kuasa kutip  cukai jalan dan bayaran lesen,yang kutip
rasanya kerajaan pusat.

Orang Kelntan suka berniaga.Saya takada data berapa banyak GST
yang di kutip dari Kelantan.Tapi saya pasti jumlahnya melebihi GST
yang di kutip di Terengganu.

Belum lagi di kira Cukai Pendapatan yang di bayar oleh rakyat
Kelantan sama ada yang bekerja di Kelantan atau yang berada di luar
Kelantan.Ramai Pegawai Tinggi Kerajaan di Putrajaya dan Kuala
Lumpur adalah orang Kelantan.

Lihatlah di Kelantan tersergam AEON,TESCO,MYDIN,KB MALL,
THE STORE.Pantai Timor serta deretan Hotel Berbintang.Semuanya
bayar cukai kepada kerajaan pusat.

Hasil Gas,cukai lapangan terbang,cukai pendapatan,cukai jalan,ba-
yaran lesen serta banyak lagi kerajaan pusat kaut dari Kelantan.Buruk
Siku Najib mari ungkit balik bila kerajaan pusat ada lagi dana kepada
negeri.

Rakyat Kelantan rasa terhina dengan ucapan Najib,sambil ketawa kecil
ini.Najib silap dalam memahami jati diri orang Kelantan.Rakyat Kelan-
tan sangat anti dengan pemimpin yang angkuh dan bercakap besar.UMNO
Kelantan akan terima tempias dalam PRU 14,hasil dari ucapan NAJIB.
........Tunggulah...

Friday 26 January 2018

MARI KITA TANAM KETUM WEH !!!

Sehari dua lalu
Pengerusi RISDA
Datuk Zahidi
Zainal Abidin yg
juga Ahli Parlemen
Padang Besar Per-
lis memaklum kan
katanya.

Mengikut kajian
yang di buat pakar-
pakar,profesor pusat
pengajian sain formasi di dapati KETUM bepontasi menggantikan
Methadon yang di gunakan dalam mengubati ketagihan dadah.

Zahidi berkata,Risda berharap dapat meningkatkan pendapatan
pekebun-pekebun kecil dan penoreh getah,setelah pengenalankan
beberapa tanaman alternatif kurang membuahkan hasil.

Jika KETUM di benar di gunakan,sudah tentu dadah hilang di
pasaran katanya lagi,terdapat banyak permintaan dari luar negara
untuk menggunakan ketum,sebab ia tidak salah daripada guna
dadah.

Pada aku,ini berita baik untuk kami penoreh dan pekebun kecil
getah,dapat menjadikan ketum sebagai tanaman alternatif bagi
meningkat pendapatan,kerana getah leenie murah,penoreh kena
beralih kepada tanaman ketum,tetapi Risda kenalee bantu pekebun
mendapatkan benih ketum ,baja dan lain-lain.

Ini satu lagi Produk besar,bukan saja di gunakan dalam negara,
bahkan kita boleh menjadi negara pengexspot ketum terbesar di
dunia,kerajaan dapat banyak duit dari cukai ketum,rakyat pekebun
dapat tambah pendapatan dan meningkatkan hayalan.

Orang tua-tua dedulu tak buat kajian pun,mereka tau ketum nie
memeng ubat,mereka guna ketum nie sebagai penawar pelbagai
penyakit,maklum lee,dulu mana ada kelinik,kalau ada pun  non
jauh di bandar aje.

Lagi satu,GANJA,nie pun ikut orang tua-tua dulu ia sejenis ubat
juga,ganja nie boleh merawat penyakit Seduan,leeni orang panggil
Resedung,gatal mata,gatal telinga dll,lagi satu kalau kita tak berapa
selera makan,hisaplee ganja,bukan sepinggan,sebesin dara nasi
pun habis di bahan nya,sebab tuu pak lebai,pak aji pun isap kerana
ia ubat.

Alangkah bagauhnya kalau kedua tanaman ini (Ketun/Ganja) di-
benarkan di tanam,selain membantu meningkatka pendapatan,ia juga
boleh membantu penoreh,pekebun,ia boleh menghayalkan kita dan
melegakan rakyat Malayasia dari tekenan bebanan sara hidup dengan
kenaikan kos sara hidup.

Tapi aku rasa pelik sikitlee,idea yg gitu baik oleh Bos Risda nie,di-
canggah oleh org negeri dia sendiri negeri paling utara di Malaysia,
ia-itu MB Perlis YAB.DS.Azlan Man,beliau menolak cdn ini atas
alasan masaalah sosial akibat penyalahgunaan bahan tersebut.

Di sebalik kita berseronak,dengan adanya produk baru nie,aku ter-
fikir pula dengan masaalah yg di takuti MB nie,betul juga,kalau kita
perhati masanie dalam keadaan kawalan ketat pun,dadah,ketum,ganja
pil kuda tetap ada,apatah lagi di beri kebenaaran.

Pada aku kalu boleh kawal,okay lee.


                            " Satu Lagi Projek Barisan Nasional"



Wednesday 24 January 2018

MAKIN HEBAT,PERTIKAIAN LIDH MCA-DAP.


















==============================================

Pertikaian lidah antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan
Eng dan Timbalan Presiden MCA Dato Seri Wee Ka Siong ber-
hubung Projek Pembinaan Trowong dasar laut di Pulau Pinang
berterusan hari ini.

Lim,seorang akauntan,berkata,jika beliau adalah pensyarah,,
Wee,pasti akan gagal.

"Beliau seolah-olah tidak memahami kuliah saya dengan betul
pastinya beliau akan kandas dalam pepereksaan," kata nya
kepada Malaysiakini semalam.

Menjawab sindiran itu,Wee seorang jurutera awam dengan
PHD dalam perancangan pengangkutan,berkata,beliau gem-
bira kerana Lim bukan antara pensyarahnya.

"Menjawab sindiran yang di limparkan Lim kepada saya,saya,
saya  ingin berkata 'Amithahha' (unggapan buddha),saya gem-
bira,saya tidak mempunyai pensyarah seperti Lim".

"Cakaplah apa kamu suka,supaya tidur malam kamu lena,"
katanya dalam catatan di Facebook hari ini.

Ketua Menteri itu membidas Wee melalui sebuah Klip Video
di mana pemimpin MCA itu mempersoalkan Lim berhubung
bayaran yang di buat kepada Projek Mega Terowong 7.3 km
yang di jadual akan menghubung pulau itu dengan Butterworth.

Tuesday 16 January 2018

APA NAK JADI NIE ???-FITNAH...





















===============================================

Apa nak jadi dengan Malaysia nie?, tanah air yang kita cintai,tiap
hari,tiap masa dan ketika,kita di sogok kan dengan fitnah,    adu
domba melalui media-media elektronik berterbang di alam maya,
tv, media cetak arus perdana,di sambung pula dengan surat-surat
berantai di tujukan kepada individu tertentu,terutama orang-orang
kuat menyokong perjuangan PAS. Leenie mudah sungguh buat dosa,
kerana semuanya di hujung jari.

Tempias segala fitnah adu dumba nie bagitu hebat terkena pada PAS
dan pemimpin nya,macam-macam di fitnah pada PAS-Pas nak ber-
sama Umno,UG,Pas parti suci,Pas sesat,Pas terima RM.90 Juta dari
Najib Umno dan bermacam-macam lagi di fitnah kepada PAS, pada
hal sampai ke leenie pemitnah nie tak dapat buktikan nya tuduhan
mereka, nielee yang membuat rakyat pening lalat,macam orang ma-
buk ketum..

Fitnah kepada Pas nie timbul oleh kerana Pas taknak bersama pem-
bangkang Pakatan Harapan,selepas Pakatan Rakyat (PR) terkubur.
Pas bukan lee sombong tapi dah serik,kerana mereka tak menghur-
mati Pas,Pas hanya hendak menjadi alat tunggangan mereka,macam
mana nak bersama mereka,sedangkan apa yg di perjuang Pas menge-
nai Islam,di perlekeh,di hina, tuu belum lagi menang,kalau dah me-
nang nanti,apa jadi dengan perjuangan Pas,menegakkan Islam.

PAS bukan sombong,angkuh,Pas boleh berkawan dengan sesiapa
saja,asalkan menghormati perjuangan Pas,sama ada dengan sesama
muslim dan non muslim.

Pas parti tertua di Malaysia sebagai pembangkang,telah menyertai
pilihanraya sejak 1995 lagi,yang lain-lain tuu baru tumbuh,Pas ada
sedikit pengelaman kalah menang dlm pilihanraya.

Udah-udah lee sekalian pemitnah, Umno/Bn dan Pakatan Harapan,
Khasnya Umno/Bn, mari lah kita lawan sebagai anak jantan di PRU
nanti di padang yg sama rata,menang kalah biar rakyat tentukan,
kepada Pakatan Harapan,halakan senjata anda kepada musuh utama
anda Umno/Bn,hentikan fitnah adu domba,kerana ini akan merugi
kan diri sendiri.

Rasullullah saw dalam sebuah hadith yang mashur,maksud nya
"Fitnah itu umpama seekor binatang buas,maka wailun (Celakalah)
orang yang membangunkan nya."

Untuk renungan kita termasuk aku,aku paparkan kesah lagenda
Abu Nawas,
Dizaman dedulu ada seorang hamba Allah yang selalunya mengutuk
memcerca Abu Nawas,dia membuat fitnah ke hulu kehilir,merata
ceruk kampung memburuk-buruk kan Abu Nawas.

Nak di takdirkan Allah pada satu hari timbul rasa insaf di hati nya,
dan mahu bertaubat,lalu ia pun pergi berjumpa Abu Nawas dan ber-
kata "wahai Abu Nawas,aku nak minta maaf kepada kau atas apa
yg pernah aku cakapkan dan fitnahkan engkau,engkau hukum lah
aku dan minta apa saja yg engkau hendak sebagai ganti rugi kepada
engkau."

Abu Nawas berkata,aku tak mahu apa-apa pun sebagai ganti rugi
balas,tetapi hamba Allah itu tak berpuas hati dan terus mendesak
Abu Nawas supaya mengatakan apa-apa yg di perlukan nya,nerca-
ya aku pertimbangkan.Oleh kerana kuatnya desakan hamba Allah
itu maka Abu Nawas akur seraya berkata,"Engkau tolong carikan
aku sebiji bantal yang berisikan bulu,(bulu ayam) untuk aku."

Hamba Allah itu dengan senang hati membawa bantal sebagaimana
yg di pinta Abu Nawas,sambil berkata dalam hatinya,seribu biji
bantal macam nie pun mampu aku adakan.....hahaha..dia dengan ter-
sengeh-sengeh menyerahkan bantal tersebu pada Abu Nawas.

Lalu Abu Nawas pun meminta hamba Allah itu berdiri di satu kawa-
san lapang dan menyuruh hamba Allah itu mengeluarkan isi bantal
tersebut yang merupakan bulu-bulu,maka berterbanganlah bulu-bulu
dari bantal tersebut kemerata tempat di bawa angin hingga tidak
kelihatan lagi.Lalu Abu Nawas berkata pada hamba Allah itu,"Seka-
rang engkau tolong kumpulkan semua bulu-bulu tersebut ke dalam
bantal tadi seperti sediakala."hahaha...cer kita fikir,bolehkah si hamba
Allah tuu buat seperti kehendak Abu Nawas ???.

Renung dan fikir-fikirkan lah cerita nie agar menjadi teladan kepada
kita semua,hentikan fitnah.

































Saturday 13 January 2018

WEH !!!, "REGA GETAH BUKU JATUH LAGI"



















================================================

Kesian aku pada penoreh getah nie,termasuk aku lee,dah lee,atas nasib
malang mereka,dahlee harga getah jatuh,harga barang terus naik,nak
kata apa ini ketentuan Allah,jadi penoreh getah,kata menteri PESOLA
Umno/Bn.

Dedulu rega getah buku nie 35 sen-40 sen aje sekilo,tapi penoreh boleh
hidup tenang dapat tanggung anak-anak sekolah hingga ke peringkat
Universiti,kerana harga barang tak naik pun,harga gula,barang keperluan
dapor murah,beras tak sampai tiga ringgit segantang,tak cukup duit boleh
beli secupak dua,leenie tak main gantang cupak dah,pakai kilo.Dulu tak
dak GST.

Lauk pulak,boleh kutip sayur-sayur kampung,ikan boleh pi jala,sauk
menangkul,leenie ikan-ikan sungai dah takdak dah,dah buta mata,pupus
dah kerana sungai tercemar lumpur,akibat pembalakan tak terkawal oleh
kerajaan Pasola.

Penoreh getah nie bukan boleh kerja terus,ia bermusim,musim hujan,
musim daun gugur (luruh),musim hujan takleh toreh,getah tak masuk Pot,
melilih kat lain,nak kerja lain dah tak larat,kerana dah tua,yang boleh buat
dok melengung di tangga,sambil isap rokok daun tembakau jawa.Penoreh
nie boleh di kata kan 80% org tua,orang muda dah taknak menoreh dah,
bau busuk getah beku nie.

Walau pun kerajaan Umno/Bn ada bagi bantuan BMT (bantuan musim
tengkujuk) rm.200 sebulan,Nov-Dec-Januari,tapi bukan semua tuan kebun
dan penoreh dapat,dia ada syarat,pekebun,penoreh mesti ada kad dari LGM
(Lembaga Getah Malaysia),nak dapat kad nie terpaksa pergi Pejabat LGM
yang jauh.

Tapi apa pun syukur BMT rm.200 tuu,boleh buat bayar bil letrik,air dll,
kalu ada lebih sepuluh dua tuu boleh buat belanja beli beras.Aku harap
menteri-menteri Pasola Umno/ Bn segera ambil tindakan menstabil kan
rega getah nie,jangan dok kata ketentuan Allah saja,kerana demo nie lee
penyokong tegar kamu.

Takpe-takpe,"Kami Penoreh tak Rela di Perdaya Umno/Bn lagi".














Sunday 7 January 2018

ASTAGHFIRULLAH !!!,PENONGGANG BOGEL DI TELUK INTAN ?.
















===============================================

Aku terbaca dalam Malaysiakini kesah yang bertajuk "Kecoh
Penonggang Bogel di Teluk Intan".

Lelaki penonggang motosikal itu muncul pada jam satu tengahari,Aku
rasa dia nie dah Stress,apa tidak nya,minyak naik,barang keperluan ha-
rian naik,kos hidup tinggi,anak ramai,pendapatan ciput,dok kat rumah
bini merepek,barang tuu takdak,barang nie takdak,anak nak makan

Tuulee dia ambik keputusan tunggang motosikal dengan bertelanjang
boging,talanjang boging tuu cakap org kampung aku lee,ia itu bogel
orang leenie kata.Jangan mureh (marah) dia,mungkin dia nak mengu-
rangkan stressnya.

Rakyat Malaysia tak kira bangsa,Melayu,Cina,India sentiasa menge-
luh,terutama Melayu,yang bagitu terbeban dengan cukai-cukai yang
di kenakan oleh kerajaan Ketuanan Melayu,kalau dedulu cukai nie di-
kenakan pada orang tertentu,orang kaya banyak harta setahun sekali
seperti sistim zakat cukup hol/hisab baru di keluar zakat,leenie semua
hamba rakyat di kenakan cukai seperti GST,semua rakyat tidak terke-
cuali,melainkan mereka tak membeli dan tak makan aje tak kena,tapi
adakah orang begitu ???.

Aku tak terkejut sangat kisah nie,kerana sebelum nie Parlemen telah
di beri taklimat oleh Menteri Kesihatan,Malaysia di serang virus gila
rakyat berumor 16 th.keatas.takpe-takpe,tunggu Umno/Bn menang
PRU 14 nanti,lebih banyak orang gila di Malaysia.

Rakyat Marhein jadi gila kerana kos hidup tinggi,orang politik ketua-
nan melayu gila nak pertahankan kuasa,leenie musim persekolahan
macam-macam dedak di beri,beg percuma,gunting rambut percuma.
pastuu dekat pilihanraya nie melawat kerumah-rumah,siap dengan
buahtangan,memeluk mencium org tua-tua,menyuap makan orang
sakit dan berbagai lagi kelaku mereka nie,kalau dedulu mereka jijik
tapi demi undi takpe.

Aku taknak komen panjang perkara nie,sama ada hati mereka ikhlas
atau tidak,itu kerja Allah,bagauh lee buat kerja macam nie,tapi    ja-
ngan lee buat kerja bermusim,kerja amal macamnie di sukai Allah
Allah berfirman,maksudnya "Barang siapa yg mengerjakan amal ke-
bajikan seberat zarrah (habuk yg halus) pun nescaya dia akan meli-
hat (Balasan nya) pula,dan barang siapa yang mengerjakan kejaha-
tan seberat zarrah pun,nescaya dia akan melihat (Balasan) nya
Az-Zalzalah ayat  7-8.

Sayangnya orang Melayu malas berfikir,leenie otak orang melayu
telah di bonsaikan oleh ketunan maelayu (umno/bn) yang melaung
kan pembela bangsa dan agama.

Sebenarnya yg dok kata pembela nie lee yang tak kenyang 2,
tembolok mereka,memborekan perut sendiri,keluarga dan kroni,
mereka membonsaikan otak org melayu hingga terbantut,terutama
org-org kampung,felda dll,mereka dok ingat umno/bn aje,dok nga-
nga dedak,Brim,tak sedar GST pun bawa masuk kubur,hidup
melayu sampai gitu sekali caya pada umno.

Oleh kerana banyak rakyat Malaysia jadi sivil,sasau kerana desakan
hidup,apakata kerajaan Malaysia menambahkan lagi hospital gila nie,
kerana leenie hanya ada dua buah saja,satu di Tanjung Rambutan
Perak dan satu lagi di Tampoi Johor,masukkan mereka kat sini,bila
kuar nanti dapat sijil.

Hahaha..lantakpi lee mamat ooi,bukan anak aku saja yang mati,anak
hang pun mati gak !!!,fikir dan renung-renungkan lee.

"TIADA AEDES,TIADA DINGGI,TIADA UMNO/BN TIADA
G.....S.....T. (GASAK SAMPAI TERTONGGING)Hahaha,,



Monday 1 January 2018

UTUSAN:MAHFUZ PERLU BERTANGGUNGJAWAB,KHIANAT JANJI DENGAN ALLAH...
















===============================================

Tiadakan Datuk Mahfuz Omar keluar parti tidak memberi kesan
kepada PAS,Sebaliknya anggota Parlemen Pokok Sena itu perlu
bertanggungjawab dengan perbuatan nya yang mengkhianati janji
dengan Allah apabila pernah melafazkan baiah, lapor   Utusan
Malaysia.

Akhbar itu melaporkan,Mursyidul Am PAS Hashim Jasin sebagai
berkata,segala pendapatan yang di perolehi Mahfuz daripada jawa-
tan wakil rakyat di khuatiri menjadi haram,selain munkin di laknat
Allah selepas melanggar baiah tersebut.

"Di dalam Islam,wajib kita taat pada baiah yang di lafazkan sebab
itu janji seseorang itu dengan Allah".

"Apa sekalipun,kita tidak halang,terpulang kepada beliau (Mahfuz)
kerana itu tanggungjawab nya dengan Allah," beliau di lapor kan ber-
kata kepada pemberita selepas merasmikan Markas PAS  Padang Pauh
di Kangar,malam tadi.

Perkara itu di laporkan Utusan dengan tajuk,"Mahfuz perlu bertang-
gungjawab khianati janji dengan Allah."

Kelmarin yang menjadi anggota PAS lebih 30 tahun mengumumkan
keluar parti serta merta dan menjadi wakil bebas.

Dalam surat perletakan  jawatan nya,Mahfuz mendakwa,PAS hanya
memperalatkan usul melipatgandakan  hukuman bagi kesalahan Syariah
yang lebih di kenali sebagai RUU.355.

Bekas Naib Presiden PAS itu juga tidak berpuashati dengan pendirian
parti yang berkecuali terhadap Belanjawan 2018 serta sasaran 40 kursi
dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Sementara itu,Hashim berkata,pihaknya tidak pernah bermusuh dengan
mana-mana pemimpin yang keluar PAS,sebalik nya parti itu sedia mem-
beri ruang kepada mereka sedar dengan tindakan itu.

MAHFUZ BUKAN LAGI PONDAN SIAM-NIK AMAR

                                                                                                       

                                                                                                                                                                    


  
               
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                


























































































































































==============================================
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar akhirnya keluar
daripada PAS,sekaligus membuktikan bahawa dirinya adalah anak
Jantan dan bukan nya 'Pondan Siam',kata Naib Presiden PAS
Datuk  Mohd Amar Nik Abdullah.

Malah,beliau mengucapkan tahniah kepada Mahfuz,setelah sekian
lama menjadi duri dalam daging kepada parti itu.

"Saya ucap tahniah kepada Mahfuz kerana menjadi anak Jantan
dan bukan lagi Pondan Siam.

Saya percaya PAS Pokok Sena secara kusus akan menjadi lebih
kukuh dan lebih fokus dalam mempertahankan kemenangan pada 
Pilihanraya umum ke-14 (PRU-14)  katanya di petik Utusan Malaysia.

Mahfuz yang bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu 
mengumunkan keluar daripada PAS dalam satu sidang akhbar ber-
kuatkuasa tengan malam ini.

Beliau berkata,pada masa ini,beliau belum putuskan untuk menyer-
tai sebarang parti politik sehingga selesai tempuh bertenang bagi
dirinya.

Mahfuz sebelum ini di lihat cenderong kepada Amanah,apabila
kerap kali hadir menyokong program yang di anjurkan parti itu
bersama Pakatan Harapan (PH).

Malah,Mahfuz pernah menyatakan kesediaan mewakili PH ber-
banding kekal bersama PAS dalam Pilihanraya Umum ke- 14
(PRU-14).

Mengulas lanjut perkara itu,Mohd Amar berkata,beliau percaya
Mahfuz dan mereka yang sejenis dengan nya akan tinggal sejarah 
dalam politik tanah air.

Ulasan Anak Kampung:

Tahniah Datuk,Detik Dua Belas Malam Istihar kuar PAS.
Aku dulu-dulu memang minat gak datuk nie,,tapi bila dia dah
jadi "Harum Manis" Kulit Hijau,Isi Kuning,aku tak minat dah..
Walau apa pun itu pilihan dia,kita nak kata apa,nak nasihat,dia
orang bijak,tak perlu nasihat kita.

Kita doakan saja dia berjaya dalam parti barunya kerana peng-
istiharan nya di ambang tahun baru 2018 Detik Dua Belas Malam,
selamat tahun baru Datuk Mahfuz......