BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday 1 January 2018

UTUSAN:MAHFUZ PERLU BERTANGGUNGJAWAB,KHIANAT JANJI DENGAN ALLAH...
















===============================================

Tiadakan Datuk Mahfuz Omar keluar parti tidak memberi kesan
kepada PAS,Sebaliknya anggota Parlemen Pokok Sena itu perlu
bertanggungjawab dengan perbuatan nya yang mengkhianati janji
dengan Allah apabila pernah melafazkan baiah, lapor   Utusan
Malaysia.

Akhbar itu melaporkan,Mursyidul Am PAS Hashim Jasin sebagai
berkata,segala pendapatan yang di perolehi Mahfuz daripada jawa-
tan wakil rakyat di khuatiri menjadi haram,selain munkin di laknat
Allah selepas melanggar baiah tersebut.

"Di dalam Islam,wajib kita taat pada baiah yang di lafazkan sebab
itu janji seseorang itu dengan Allah".

"Apa sekalipun,kita tidak halang,terpulang kepada beliau (Mahfuz)
kerana itu tanggungjawab nya dengan Allah," beliau di lapor kan ber-
kata kepada pemberita selepas merasmikan Markas PAS  Padang Pauh
di Kangar,malam tadi.

Perkara itu di laporkan Utusan dengan tajuk,"Mahfuz perlu bertang-
gungjawab khianati janji dengan Allah."

Kelmarin yang menjadi anggota PAS lebih 30 tahun mengumumkan
keluar parti serta merta dan menjadi wakil bebas.

Dalam surat perletakan  jawatan nya,Mahfuz mendakwa,PAS hanya
memperalatkan usul melipatgandakan  hukuman bagi kesalahan Syariah
yang lebih di kenali sebagai RUU.355.

Bekas Naib Presiden PAS itu juga tidak berpuashati dengan pendirian
parti yang berkecuali terhadap Belanjawan 2018 serta sasaran 40 kursi
dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Sementara itu,Hashim berkata,pihaknya tidak pernah bermusuh dengan
mana-mana pemimpin yang keluar PAS,sebalik nya parti itu sedia mem-
beri ruang kepada mereka sedar dengan tindakan itu.

0 comments: